Aku terlalu berdebar-debar sampaikan jari-jari tangan berkuku cawan ni laju je nak menaip entri baru.
dup dap dup dap.
Kemain kuat lagi bunyik dia. Boleh tembus paru-paru. Jantung pun berdegup laju. Macam nak gugur. Aku jogging pun tak rasa macam ni (Jogging konon. Padahal lari setempat je.) Sampaikan tangan kaki sejuk semacam mengalahkan takut baru lepas jumpa hantu puchong err.. pocong.
Semua gara-gara dia ni lah. Teruja habis sampai buat entri semata-mata nak mendebar-debar kan aku dan sekalian handai taulan.
Tidur tak lena. Tapi taik mata tetap sendat. Mandi tak basah. Tapi tetap berbau wangi untuk suami. Makan tak kenyang. Ok. Tipu. Makan maintain melebih-lebih.
Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Nak masak untuk suami peliharaan pun dah hilang mood (cheit. Alasan tak boleh blah.) Mulut pun ringan je nak maki mat indon kontrak yang tiba-tiba datang sembur ubat ke racun ntah untuk bunuh nyamuk. Lepas tu teringat Uncle Seekers rancangan 'siapa mahu jumpa hantu sila pakai seksi' tu cakap, "Hantu menyerupai dalam pelbagai bentuk. Manusia. Haiwan. Serangga pun ada."
Sejak tu, aku jadik pembunuh nyamuk dan lipas yang zionis. Berbotol-botol Ridsect dan ubat gegat mini market depan ni aku borong. Nak bunuh 'hantu' lah konon. Alih-alih, hari ni datang orang sembur ubat ke racun ntah nak bunuh nyamuk. Terdetik kat hati, mesti kawasan rumah ni banyak nyamuk. Banyak nyamuk, maka potensi besar banyak hantu. Sudah sudah. Berhentilah menakutkan suami sendiri. eh eh. Suami saya bukan penakut. Beliau adalah sangat gagah perkasa dan taf lagi kacak bergaya (Kalau mahu muntah, sila keluar. Tak nak lah blog ini berbau kurang enak dengan muntah hijau cendol kamu.)
Kan aku dah kata tadi, kalau aku tengah tak tentu arah, lagi panjang aku merepek. Silap-silap, boleh karang satu novel bertajuk, "Kenapa suami saya kata saya gemuk." Sila pakai baju merah datang ke majlis pelancarannya, ya. Dan jangan lupa beratur untuk mintak autograf. Diam kau, sisi xeea yang gelabah! Bertenang lah. Tarik nafas dalam-dalam.
Aku cuba bertenang. Duduk diam. Kaki rapat. Tapi, peluh jantan eh betina (peluh pun ada jantina kah?) tak sudah-sudah menitik membasahi baby-t cap pasar malam sepuluh ringgit yang aku pakai untuk goda suami peliharaan pulang dari kerja. Hoi. Cerita dalam selimut mana boleh jaja.
Oh. Pasar malam belakang rumah aku adalah terbaik sebab ada jual ayam goreng berempah yang aku selalu mintak kuah lebih. Sampaikan kalau aku tak mintak pun, kakak jual ayam goreng tu akan tanya, "Tak nak kuah lebih?" Padahal masa tu aku beli fishball cucuk kat lidi je. Akak ni kot iye pun nak perli saya, jangan lah sampai macam nak suruh saya makan fishball berkuah gaul dengan nasi.
Tengok. Makin jauh aku merepek.
Perasaan macam ni buat aku rasa nak balik kampung. Baring kat celah ketiak mak. Tengok TV sambil makan kerepek. Ada pisang goreng pun ok. Biskut Jacobs cicah Milo adalah terbaik di kala hujan lebat. Oh. Encik Cfu adalah pakar membuat Milo ais kaw. Kalau bukak kedai, Rejab 24 jam boleh merana bankrap takde orang datang.
Baik. Aku berhenti sekarang.
HER : Rekod menulis entri dalam masa tak sampai 1 minit dan dengan hanya satu nafas, terus tekan butang publish.
hahahah :D takot nak kene posting ye! semoga dapat tempat best best yea!
ReplyDeletewohooo.dalam satu nafas? kagum kagum.uhuw.
ReplyDeletemari lah pulang ke kampung.
saya dah berada di kluang skarang ni.
nak duk celah ketiak ayah ummi maupun adib pun dah boleh.hehe
kak ziha tak pulang ke muar?
dh dpt biter posting ker?hehehe
ReplyDeletehahaha..xeea..aku dah selamat...esok pagi2 kol pn niza cepat2 yea..aku jangkakan line dia susah nak ditembus esok...
ReplyDeletehebat kamu..menulis dengan satu nafas menyebabkan saya pun membaca dengan satu nafas juga..
hahaha..amacam?dh dpt tau ka mana posting?takut lps ni xdpt minum milo ais kaw la..
ReplyDeletebile tulis 1 nafas,aku nk cube bc 1 nafas gaks..
ReplyDeletetp x mampu..hehehe
menarik penulisan spontan anda.. huhu.. ni g buat slalu singgah kemari..
ReplyDeleteaku telah menulis dengan beberapa nafas kerana akhirnya aku dapat di poli kuching....hehe
ReplyDeletesaat menunggu posting mmg sgt mendebarkan
ReplyDeletesgt tak senang duduk
sgt pikir mcm2
berdoa mcm2
time dpt 'pink form' mmg lah rasa seram sejuk nak bukak
takut kena antar mana2 je nanti
tp bila dpt yg kita nak
rasa nak lompat2 tinggi2
rileks zea..
tenang...dpt lah tu apa yg kamu nak
soraya : wish me luck!
ReplyDeleteanna : dah balik last week. hepi holiday!
aziyana : ade orang dah call kpt. tp takleh nak confirm lagi laa selagi belum dpt surat. dah laa tak upload kat website. huh.
miss dee : malas nak call. haha neway, tahniah baca dalam satu nafas je! *tepuk! tepuk!*
sheliza : blom. tawar hati dah nak posting. huu
kristy : mak buyung oiii. jgn carik pasal. punya la nak baca dlm satu nafas, tak pasal-pasal kang terberanak pulak.
peijan : thanx. sila. sila. jemput datang lagi.
hussaini : eh? bukan ko nak poli kota kinabalu ke? heee
dayu : aminn. kalau tak dapat apa yg kita nak, terduduk diam lah jawabnya.