Rezeki anak.
Terlalu muda bagi aku untuk perkatakan tentang perkara yang masih baru aku lalui. Hijau lagi, orang kata. Tapi, aku terpanggil untuk buat entri ni atas kesedaran masih ramai lagi orang di luar sana yang kurang pendedahan tentang perkara ni.
Tak payah pegi jauhlah. Orang keliling aku, hatta famili aku sendiri pun buat reaksi aneh bila aku cakap yang aku masih menyusukan Alfiy sepenuhnya, hingga ke saat ini. Pada hemat mereka, menyusukan anak hanya masa tempoh berpantang je. Naik keja, tak perlu dah. Payah.
Susu ibu.
Semua orang pun tahu perihal 1001 khasiat susu ibu.
Paling istimewa, antibodi yang terkandung dalamnya tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, vitamin mahupun makanan supplement yang lain. Sejak dari masa hamil lagi, aku dah tanam niat nak susukan Alfiy, paling kurang pun, 6 bulan. Kalau dapat hingga 2 tahun, aku anggap sebagai bonus.
Awal-awal lagi aku dah buat persediaan untuk realisasikan niat tulus qudus nih. Tiap hari, berusaha bersihkan B part guna baby oil. Bagi bukak semua liang-liang susu, dengan harapan takde lah kes merekah, berdarah, luka apa semua tu. Baca buku, surf internet pasal teknik penyusuan yang betul. Tak lupa jugak, ringan mulut tanya kat orang-orang yang lebih berpengalaman.
Lepas tu, sediakan kelengkapan untuk mengepam. Mujurlah Cfu bagi sokongan 100% dan sudi nak taja pam susu pilihan hati. Biarpun Mak aku macam terkejut beruk bila dengar aku beli pam susu elektrik cecah 800 ringgit! Siap tanya, “Tak bahaya ke pakai elektrik kat badan?” heh.
Hasilnya?
Alhamdulillah, aku berjaya tunaikan hasrat untuk menyusukan Alfiy sepenuhnya, walaupun dah hampir sebulan naik kerja. Mak Abah yang mula-mula tak faham aku buat macam mana, sekarang ni macam dah boleh terima dan semakin menggalakkan.
Easier said than done.
Proses menyusukan anak sepenuhnya bagi golongan ibu berkerjaya sepenuh masa bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi first timer macam aku.
Sedari beberapa jam lepas bersalin lagi Alfiy dah diberi susu formula sebab aku mengalami alahan bius pembedahan yang agak teruk. Mak dah lalok teruk, perut terbelah pulak, mana lah ada daya nak pangku susukan anak, ye tak?
Hari ke-6, Alfiy kena jaundice. Doktor tak bagi susukan Alfiy dalam tempoh 6 jam pertama Alfiy dimasukkan bawah lampu. Nak tengok sama ada jaundice dia ada kaitan tak dengan perbezaan darah anak dan ibu atau alahan dari ibu.
Maka, hilang sudah tahap EKSLUSIF nya.
Walaubagaimanapun, aku tak putus semangat. Aku tetap teruskan niat aku yang satu ni, hinggalah ke satu tahap yang dah ditentukan oleh-Nya. Cuma, aku kurang setuju kat segelintir golongan yang suka mengecam antara satu sama lain.
Yang menyusukan anak, dok mengata orang yang bagi anak susu formula. Kata anak manusia kena minum susu manusia, bukan susu lembu. Susu formula menggemukkan lah, membazirlah, macam-macam lagi.
Yang tak menyusukan anak pulak, keluarkan kenyataan balas kata buat apa susah-susah perah susu, nanti luyut lah, anak susu ibu halus sangat lah.
Semua pun mahu hanya yang terbaik untuk anak.
Mungkin hari ni, hari kita. Mampu nak bagi anak susu berkoyan-koyan. Tak mustahil bangun esok hari, Tuhan tarik balik nikmat tu, susu kering tiba-tiba. Begitu jugak sebaliknya.
Kita hanya mampu merancang, kan?
Syukur, jangan kufur.
Muka gigih mengepam kat workstation, sambil update blog :p
HER : Macam nak trade in Medela Swing ni dengan Freestyle la. Lagi berbaloi kot. Ada sesiapa berminat?
mmg susah mula2, yg pntg semangat kena tinggi demi anakanda tercinta :)
ReplyDeleteHi, ingat lagi? Kite dah selamat deliver baby girl :) thanks for the checklist! Its really helps me, dear
ReplyDeleteKite pun menyusu badan but kena pam manually. Bila dihulur, baby kita asyik menolak jer. Is it normal? Ada apa apa tips tak, how nk buat dia interested with B? :D
How much nk tolak Medela tuh? Which BP Electric yg better ? Kite baru nk beli yg electric nya.. Dah penat tekan manual.. ahaks :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSabarlah Xeea..orang memang macam tu,yang penting nawaitu kita,so teruskan ngan BF ye..chaiyok..chaiyok :)
ReplyDeleteawal2 lepas pantang mmg lumayan susu..pe yg penting kene pam at least 3 kali waktu siang di opis..konsisten..
ReplyDeletepe pun happy bf..
salaam k.xea,
ReplyDelete8 hours kat ofis pam susu dapat brape botol n oz nya?
alhamdulillah, teruskan usaha yang murni ni!
perkembangan baby yg cemerlang,gemilang,terbilang dengan susu ibu! (hesy, mcm kat UiTM plak)
salam..
ReplyDeletehai xeea,,,
tahniah dah dapat alfiy.. dan jugak tahniah sebab berjaye menanam satu tekad untuk bgi alfiy yang terbaik. ekslusif atau tidak tak penting, yg penting niat kita. kak huda pun lepas pantang bagi jugak susu formula seminggu untuk baby sebab kene pergi btn.stok tak cukup.jd x ekslusif la.. Alhamdulillah.. sehingga sekarang, bby masih lagi menyusu dengan susu ibu sepenuhnya.Semoga kite same2 diberi kekuatan untuk menyusukan sehingga 2 tahun.InsyaAllah...
Pasal pump tu, cume nak bagi tips yang mungkin berguna..
Kak huda gune Ameda.untuk free style kan pump tu, akak beli pump ease kat fabulous mum.jdi,mudah la untuk mengepam sambil buat kerja lain.
Semoga dipermudahkan semua urusan.Amin
Mama Harris pun da jual swing beli freestyle....berbalo-baloi....i beli freestyle kat pumps4mums.com.uk...
ReplyDeletesyok kan dpt BF baby kan... aku pun BF gak dulu...lame..tapi not fully as you. tah cane chuchu skit smacam.cukuplah sekadar utk menidurkan die di malam hari and di kala die ingin bermanja. huhuhu... once 2nd preggy, org kata tak elok continue BF. kite 2 bulan gak la tak pisah lagi. Sedih sgt when the moment kene pisah. Tp seb baik la mase Amsyar kene mouth infection. n jangkit sekali kat umi nye B. So cam berenti macam tuh jek.
ReplyDeleteziha! saye pon terpikir nak medela freestyle. senang & mudah kan?
ReplyDeleteskrg ni dok bawak spectra3 pegi keje,dah mcm robocop dah, ade 3 beg ok bawak gi keje setiap hari, tuh yg nak freestyle makin membuak2. huhu..
alhamdulillaj, rezki xeea byk utk anak tersayang :) just naktanye, xeea ade mkn ubat suplement ke utk tambah susu? kalau ade, kongsi2kan lah yer :)
ReplyDeletexeea!!lama x baca blog xeea..alhamdulillah..dah ada alfiy..comel sangat! :D
ReplyDeletewoah..kagum ok xeea susukan anak.dulu pun macam ada pasang2 niat lepas baca kisah2 nabi..kalau boleh nak sampai anak tu besar minum susu kita.hehe
mak dulu bagi adik minum susu badan n susu soya(bkn yg beli kt psr mlm tu ye..yg ni mmg special utk baby)..alhamdulillah..adik bila besar,jadi sopan sangat.. :)
yatie :
ReplyDeletethnx! mesti la bersemangat. u kan idola ai :p
azie :
hi, azie! glad that it helps!
pasal baby refuse your B tu, its normal for 1st timer, i guess. sbb i dulu memula pun sama. pujuk baby u dulu, bagi dia calm, kalau boleh u dgn baby je masa nak breastfeed. so, tade distraction. neway, pelan2 kayuh :p
on medela swing tu, i plan nak let go around 500++ i purchased at 800. do email me if u're interested, k. another opt for electric is spectra & ameda as from others recommendation.
mrs nageb :
secara tak langsung, BF also teach us about patience, kan? thnx neway.
aida :
3 kali? ala, tak sempat la.
the best i can do 2x je kat ofis. pastu sambung kat umah. kire ngam2 la stok utk esok harinya. stok utk frozen biasa buat time wkend je. thnx for the tips neway!
ummu ahmad :
kalau pagi, biasa dpt byk sket, around 10 oz. ptg dlm 5-6 oz je. sbb tu kena sambung kat rumah plak, tak cukup nak tampung alfiy's demand. huu
em, same goes to u too!
hafiy hasha :
yg penting niat & usaha kan, kak? lain2 tu, urusan Dia. kdg2 kita sangkut je corong pam tu kat nursing bra. jadik la ala2 freestyle.LOL
neway, boleh la nti ushar pump ease. fabmom tgh sale nih.
mama harris :
alaaaa, dah habis stok la! ok tak pakai? tp mmg murah la kat situ. so tempting.
dayah :
tak kisahlah camana cara pun, kan. dapat bagi sikit pun kira bagus dah. no worries, pasni boleh fully breastfeed ur 2nd baby pulak :)
sha :
sy yg bwk swing ni pun dah rasa mcm tak cukup tangan nak bawak. sy dpt bayangkan awk lg susah nak angkut spectra tu. quite bulky kan? jom jom slambe main kutu beli freestyle. hee
hanie :
syukur :)
tade makan ape pun hanie. sy minum horlicks je, pastu make sure minum fresh milk tiap hari.
saloma :
mesti la comel macam mama *konfiden lebey*
i try my best. kalau dpt sampai 2 thn, alhamdulillah. mintak2 alfiy pun jadik sopan santun gituu.
btw, mish u saloma :)
salam,
ReplyDeletekas ada amik medication tuk tambah air susu.. just nak share nama ubat tuh kat sini boleh.. Metoclopramide.. maybe berguna for those macam kas tak byk air susu.. happy BF..
thax for sharing, mrs daydeck! :)
ReplyDeleteni minggu ke2 aku mengepam susu. gune medela swing jugak..huhu..mmg sgt bersemangat la, tp jenuh jugak la bl pump 1 1 kan..xpe simpan target for 2nd baby leh beli freestyle punye..ehehe
ReplyDeletegambatte neh!
juju,
ReplyDeleteaku dah upgrade to freesytle! mmg terbaek woooo! after all, swing still the best, sbb dah byk berjasa sblm ni. hee