Tuesday, February 8, 2011

Balik Kampung.

Kalau dilihat pada sudut geografi, memang lah rumah kami tak terletak dalam kawasan kampung. Tapi, kalau dah namanya pulang ke tempat tanah tumpah darah, kita tetap akan cakap ‘nak balik kampung’.


Orang yang jenis family-oriented macam aku dan Cfu, asal cuti dan tak terikat dengan program lain, kitorang mesti balik kampung. Agenda yang bosan bagi sesetengah orang. Sebab tu, kadang-kadang kami pelbagaikan cara dan meriahkan aktiviti balik kampung. Bukan setakat balik-makan-tidur je.


Di samping tu, nak latih anak mengutamakan keluarga dalam segala hal. Bermula dengan menziarahi orang tua.


tasik

cny 034

Sanggup keluarkan RM 25 sorang, semata-mata nak rasa pengalaman naik keretapi letrik Malaysia (ERL). Ruang dalaman sangat selesa tapi tak sempat nak explore lebih sebab tiba-tiba dah sampai. Kemain laju macam jet pejuang. Jakun gila. heh.


klia3

cny 041

Inilah kali pertama aku jalan lenggang-kangkung nak masuk boarding hall di KLIA. Siap singgah membeli-belah kat Flying Emporium dalam tu. Dulu, disebabkan nak lepak dengan Cfu lama sikit kat luar, sampaikan nama dah kena announce barulah aku gelabah terkejar-kejar nak masuk. Sambil berlari-lari anak, melintasi semua kedai dalam tu setakat pandang-pandang je lah, tak sempat nak pegang-pegang.


cny 061

Bertuah budak zaman sekarang. Belum pun cecah umur setahun, dah banyak kali terbang tinggi. Aku ni, makan berpuluh tahun mengidam, barulah merasa. Macam sikit nostalgik yang mengimbau kenangan zaman aku duduk berjauhan dengan Cfu. Bila lalu je kawasan tertentu, aku akan bisik kat telinga Alfiy, “Kat sini la Papa tunggu Mama tiap-tiap hujung minggu dulu”. auwww.


ganu

.. na, na, na, na, na.. Ganu kite!


cny 076

shopin

Tok dan Ki bergembira berbelanja untuk cucu. Mak bapak kepada cucu tersebut pun dengan besar tapak tangan, tolong tadahkan :p


cny 094

alfiy 008

Syurga makanan.


cats cny 122

Ri-yaz Heritage. Terlepas nak tengok Monsoon Cup, tengok tempat kapal layar berlabuh pun jadik lah.


cny 134

Aku selalu risau Alfiy jadik obes sebab dia termasuk dalam kategori ‘bayi besar’. Sekali jumpa dengan bayi perempuan umur 4 bulan yang berpangkat ‘makcik’ kepada Alfiy ni, terasa macam alahai halus nye anak aku. Terus sedih, nak sumbat susu banyak-banyak biar gemuk menandakan cukup makan.


arfa

Lawatan sambil belajar ke Noor Arfa Craft Centre (NACC). Meriah dengan ahli bas rombongan dari merata-rata dan SALE sampai 70%. Tapi, dah nama pun Arfa Batik, sutera dia semua main ratus-ratus je. Yang 50 hengget pun ada tapi nak ke kau pakai corak zaman 70-an dulu? oh, sekarang trend vintage kan.


cny 171cny 159 cny 174

Zaman sekolah dulu, aku pernah masuk pertandingan lukis batik, tau. Jangan main-main. Bakat datang dari langit, kot. Lukis poster selamatkan penyu kita, dadah itu najis, macam-macam hah aku masuk. Cuba suruh lukis sekarang, mau lukisan batik aku pun serupa orang lidi.


cny 182

Alfiy yang beriya-iya nak shopping. Aku tolong pilih, Cfu pulak tolong bayar. heh.


tti

cny 210

Tempat aku ambik kelas renang dulu sebelum kelas tiba-tiba dihentikan separuh jalan sebab bumbung runtuh. Oleh hal yang demikian, aku pandai berenang setempat je, masuk tempat dalam terus tenggelam (-_-)


cny 230

Nah, siapa kata balik kampung tu bosan?


Kalau kena cara dan gaya, acara balik kampung boleh jadik perkara yang paling ditunggu-tunggu di setiap kali cuti dan hujung minggu.



HER : Kalau boleh, buang mind setting pasal balik kampung sekadar memenuhi tradisi balik kampung untuk sambut raya je.

24 comments:

  1. Alfiy yang comel....sonok balik kampung kan..:)

    ReplyDelete
  2. amboi, sonok ek...

    Aku cukup jeles ngn ko xeaa...

    Aku masih berjauhan... biler nak merasa nikmat rumahtangga ni... huhuhu

    ReplyDelete
  3. aah kan, no more skeptical and pessimist thinking about balik kampung activity

    ReplyDelete
  4. ee same la. asal cuti je blk kg. xyah tunggu time raya. blk kg adalah perkara plg best aku rs. hehe..

    tapikan bertuah anak2 kite skang kan, x smpai setahun dah merasa naik flight. aku ni umur 25 tahun baru merasa..hihi

    ReplyDelete
  5. tp aku balik kg raya haji je... kat kuala berang...huhuhuh

    ReplyDelete
  6. wahhh acara mkn besar tu yg best sekali :)

    ReplyDelete
  7. bile dah ade kt kampong pastu g jalan2 dgn family ramai2, tu yg heaven giler.

    klu takat ddk rumah melangok x buat ape, mmg ade boring sikit la..

    ReplyDelete
  8. seronoknya balik kampung..
    Atok dan Nenek lagilah suka bila cucu memeriahkan rumah..

    kami pun bila ada peluang..
    mesti nak balik kampung Abah Haqq tu..
    walaupun jauh dalam ladang sawit..
    tapi seronok sangat :)

    gambar yang last tu..
    Alfiy dah macam pelancong dari Jepun je... :P

    ReplyDelete
  9. minggu ni mmg planned nak balik kampung. haruss buat agenda lawatan sambil belajar!

    ReplyDelete
  10. Helo Alfiy!. seronoknya balik kampung. =D

    Balik kampung mmg agenda wajib tiap2 bulan kami sekeluarga. Syok balik kampung, rasa tenang je...

    ReplyDelete
  11. heheheh
    kita ni lak kalau balik kg suka dok dalam umah
    melepak2 dlm umah
    baring2
    mak ayah yg sibuk suh gi jalan2
    hahahaha

    nape nak risau alfiy obes
    baby tembam takpe
    comel wehhh

    ReplyDelete
  12. alfiy comel sangat pake cermin mata biru tuh.. hehehe..

    ReplyDelete
  13. mcm ade org pggil nama sayep kat sni..
    hahahhaha ganung kiterrr :p

    ReplyDelete
  14. next time kalau nak ziarah Ganu kena bawak xeaa la nampaknya. detail betul cerita nya. teruja pulak nak pergi. hehe

    ReplyDelete
  15. Best nya dapat balik kampung yang jauh.

    Saye selalu balik kampung jarak 20minit jer dari rumah. Hehehe

    Baeklah, lepas ni cuba untuk tukar mindsetting. =p

    ReplyDelete
  16. blik ganu ker bru ni..aisey,,kiter pun blik kg gak..

    ReplyDelete
  17. Memang selalu balik naik kapalterbang ke?

    ReplyDelete
  18. fasya :
    seronok lah dia jumpe tok ngan ki. bukan selalu pun kan.

    zul :
    hang in there. ada rezeki, bersama jugak satu hari nanti. mesti ko rindu gila ngan auni, kan? balik2 je tgk dia dah makin besar.

    yatie :
    yup. kdg2 kite dah terlalu selesa dgn 'kebiasaan'.

    juju :
    zaman kite dulu tade lagi kapal terbang tambang murah :p

    as :
    oh, kat kuala berang lg meriah masa raye haji ye? kitorang tak kire raye ape, sume pun tibai balik kampung.

    suzie :
    tu mmg acara wajib!

    nur easy :
    the best vacation ever :)

    sharena :
    kalau duk rumah, tak buat ape, pun boleh stress jugak. hee

    mak haqq :
    pelancong jepun kacuk jawa nih :p

    mrs syediz :
    wahhhhh, seronoknyeee!

    ann :
    agree. lupa kejap pasal kerja kan.

    hanie :
    makpaknye yg eksaited lebih :p

    dayu :
    most of the time, mmg lepak dlm umah je. layan DVD. takpun bergolek ngan alfiy. ntah ek. takut tros jadik obes sampai besar :p

    sha :
    itu baby boy. awk bayangkan kalau sy dpt baby girl dulu. hee

    nurul :
    mothercare mari :)

    mrs daydeck :
    mangsa fesyen mama :p

    nano :
    eh, eh perasan pulak makcik na ni. hihi

    wardah :
    no hal. komisen 100 hengget, oke :p

    nadia :
    jauh perjalanan, luas pemandangan kata orang. tapi penat pun boleh tahan.

    afiqah :
    tempat jatuh lagi dikenang :)

    aziyana :
    raya cina hari tu. pulun seminggu kat sana.

    hidd :
    sejak ada alfiy, mmg tak pernah naik kereta lg balik ganu. nak-nak pulak time cuti pjg mcm ari tu, mau makan berjam-jam dok atas jalan je. tunggu dia besar sket kot nanti.

    ReplyDelete
  19. pergh,,,cuti cuti malaysia nih!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.