Baru beberapa hari lepas menonton filem lama; Bicentennial Man.
Kisah sebuah robot istimewa. Punya naluri macam manusia. Berjuang sampai 200 tahun untuk dapat pengiktirafan sebagai manusia selepas melalui pelbagai bentuk proses naik taraf. Secara fizikal, memang dia serupa macam manusia. Punya hati dan perasaan juga. Bezanya, hanya pada akal fikiran dan teknologi mekanikal dalam tubuh yang menghidupkan dia.
Aku tak berminat nak ulas pasal robot.
Aku tahu pasal Transformers pun sebab filem. Tahu sikit-sikit pasal Asimo, hanya kerana ia robot ciptaan majikan tempat Cfu bekerja.
Saja nak quote dialog dalam filem Bicentennial Man,
"Imperfection make us individual, that's what makes us unique."
Bila diamati petikan dialog tadi, ada betulnya.
Pada sesetengah perkara, aku amat pentingkan kesempurnaan. Perfection. Selagi tak menepati tahap 'piawai sempurna' yang aku gariskan, akan diulang semula setiap kerja dari awal sampai dapat. Bila dah dapat, sesuatu perkara akan nampak cukup sempurna pada mata aku. Tiada cela.
Sampai kadang-kadang tak sedar diri, ia tak mesti sempurna pada mata orang lain.
Sebab tu keluar pepatah, "Nobody is perfect". Tiada perimeter sempurna yang khusus kat dunia ni. Kesempurnaan tu terlalu subjektif. Abstrak sifatnya. Tak terjangkau dek akal kita. Setiap orang, punya kayu ukur yang berbeza.
Dari dulu, aku pegang satu prinsip yang aku pandai-pandai reka untuk tingkatkan keyakinan diri setiap kali berdepan masalah, "Maturity and confidence makes all perfect".
Amat mengharukan, seorang kawan satu sekolah yang terkenal dengan sifat pemalunya buat pengakuan, dia pinjam prinsip rekaan aku ni untuk digunapakai dalam hidup dia. Dia tak pernah yakin dengan diri. Nak cakap kat depan kelas pun ketar lutut. Setiap kali balik makan, mesti monyok. Menangis. Malu kena ngorat dan diperkotak-katikkan oleh abang dewan makan.
Alhamdulillah, dah jadik cikgu pun sekarang.
Macam tu jugak dengan hubungan persahabatan, kekeluargaan, percintaan dan perkahwinan.
Sebuah teres dua tingkat mungkin sangat sempurna buat kita, belum tentu selesa untuk orang yang punya anak sembilan.
Suami pendapatan sederhana dan pandai ambil hati dirasa cukup melengkapkan hidup kita, belum tentu dapat memenuhi ciri lelaki idaman wanita yang mahu hidup dilimpahi kemewahan.
Sahabat setia, satu kepala dan sentiasa ada untuk kita belum tentu boleh jadi sahabat yang baik kepada sahabat kita yang lain.
Sarapan lempeng kelapa cicah sambal tumis masih belum mampu mengenyangkan perut kita, boleh jadi hidangan paling mewah untuk golongan bawah sederhana.
Kalau sekali-sekala duduk berkumpul, jumpa kawan-kawan lama, masing-masing akan cerita pasal perkembangan terkini. Hal kerja, cinta, keluarga dan mungkin ada selit sikit isu semasa.
Kalau rasa hidup macam bagus, cukup sempurna, kita akan cakap panjang lebar tanpa noktah. Tak ditanya pun kita akan cerita.
Kalau hidup tak berjalan dengan begitu baik, kita tak banyak bukak mulut. Nak lepak lama pun takde mood. Balik-balik tanya buat apa sekarang, kerja mana, duduk mana, kahwin bila. Tadah telinga, dengar saja. Kalau bernasib baik, saja tukar topik. Tak boleh tahan rasa cemburu takpun pedih hati sebab terasa macam disindir. Takpe, takde orang perasan punya, kata dalam hati.
Tapi, adat biasalah. Ada segelintir orang sentiasa berusaha untuk kelihatan lebih baik daripada orang lain. Nak nampak sempurna. Macam satu situasi aku pernah jumpa, si Bedah beritahu suami dia beri cincin berlian harga 2 ribu. Si Joyah balas balik, boyfriend dia nak bagi cincin harga 2500 masa kahwin nanti.
Nampak?
Si Bedah, sah-sah lah suami dan cincin dah ada depan mata, si Joyah pulak, bertunang belum, tarikh kahwin apatah lagi. Si boyfried yang tabur janji tu pun belum tentu jadik suami dia nanti. Punya lah tak mahu kalah.
Dunia blogging pun macam tu jugak. Pernah tak rasa macam nak behave dan cuba jadik sesempurna mungkin apabila bertemu empat mata dengan penternak blog yang rata-rata penulisannya berbentuk pemerhatian terhadap kegiatan sosial dan tatacara hidup manusia. Takutlah kalau-kalau terlepas cakap ke apa, kita pulak akan jadik isu dan bahan untuk entri blog dia yang seterusnya.
Moral cerita, tak perlu rasa rendah diri terhadap ciri perbezaan kita ada berbanding orang lain. Yang kita anggap sebagai kekurangan kita. Ketidaksempurnaan. Apa yang kurang pada mata kita, boleh jadi nampak sempurna pada mata orang lain. Lagi bagus, kalau dapat salurkan ketidaksempurnaan tu menjadi satu kekuatan yang tak dimiliki oleh orang lain.
Contohnya, model-model terkenal di luar sana. Pada pandangan mata kasar kita, bukanlah cantik sangat pun mereka. Bibir tebal, muka berbintik, pipi cengkung, hitam legam, kepala botak pun ada. Tapi kriteria 'tidak sempurna' tu lah yang menjadikan mereka menonjol daripada yang lain. Istimewa. Unik.
Secara azalinya, kita memang tak sempurna. Sebab tu lah dijadikan secara berpasang-pasangan untuk saling melengkapi ketidaksempurnaan tu. DIA juga yang Maha Sempurna.
Oh, ya! Jangan tak tahu, Lee Kuan Yew, Leonardo da Vincci serta saintis Albert Einstein jadi ternama disebabkan oleh 'ketidaksempurnaan' mereka.
HER : Bangga dengan hidung kecik dan tak mancung yang diwarisi daripada bonda tercinta.
Gila kuat ingatan aku kalau masuk bab menghafal dialog filem. Kalau disuruh baca doa qunut depan pegawai agama masa temuduga nak kahwin dulu, siap boleh tersasul-sasul. Nampak sangat selalu baca doa qunut tak khusyuk, sembahyang subuh dengan mata terpejam. Lagi parah, kena sujud sahwi sebab terus sujud lepas ruku' rakaat kedua. Mana tak gagap bila disuruh baca tiba-tiba.

Cuba teka, yang mana satu cap Petaling Street?
Kalau dah semua perempuan kat dunia ni kemaruk cucuk Botox kat bibir, bagi nampak bengkak, sama macam Angelina Jolie, habis lingkup lah periuk nasik dia. Silap hari bulan, Brad Pitt pun tinggalkan dia sebab bersepah klon dia kat luar sana.
Kalau dah semua perempuan kat dunia ni kemaruk cucuk Botox kat bibir, bagi nampak bengkak, sama macam Angelina Jolie, habis lingkup lah periuk nasik dia. Silap hari bulan, Brad Pitt pun tinggalkan dia sebab bersepah klon dia kat luar sana.
Secara azalinya, kita memang tak sempurna. Sebab tu lah dijadikan secara berpasang-pasangan untuk saling melengkapi ketidaksempurnaan tu. DIA juga yang Maha Sempurna.
Oh, ya! Jangan tak tahu, Lee Kuan Yew, Leonardo da Vincci serta saintis Albert Einstein jadi ternama disebabkan oleh 'ketidaksempurnaan' mereka.
HER : Bangga dengan hidung kecik dan tak mancung yang diwarisi daripada bonda tercinta.
mmg ada kwn suzie yg tak boleh lebih dari org...segala2 nak nampak sempurna-gaya,wedding etc n suka in a way mendominasikan kwn supaya kwn tu tak kwn dgn kita.
ReplyDeletemmg suzie rasa setiap org cuba accentuate perfection dlm hidup supaya tak rasa let down n nampak kurg dari kwn2 yg lain sedangkan tak perlu buat mcm tu,org pun mungkin 'hendakkan' hidup yg kita miliki walhal dorg tak tahu apa 'berlaku' di dlmnya-tak cukup duit ke,tak bahagia ke etc.
manusia mmg byk ragam,byk cara,byk pilihan cuma yg tentukan diri kita...choose to OR have to
good n3 ziha,in fact personally this is the BEST ever.
suzie,
ReplyDeletekalau tang wedding, takyah cerita lah. skrg ni dah macam berlumba2 nak tunjuk siapa lagi hebat. kadang2 tak sedar, the most important thing is the marriage itself.
pasal life, lagi lah macam2. kalau rasa kerja doktor tu cukup hebat, tapi kita tak ingat yang perjalanan ke arah nak dapatkan title "Dr." bukannya singkat dan mudah. dah dpt title tu pun, mcm2 benda lagi nak kena lalui. luaran mmg lah nampak macam sempurna.
pucuk pangkal, mcm u kata tadi, personality is the core factor above all.
hidup ini mudah, tp kita sendiri yang buat ia jadi complicated.
ReplyDeletehidd,
ReplyDeletesetuju. hidup ini mudah dengan apa adanya. kita sendiri yang jadikan ia rumit. huru-hara.
dan setiap masalah, pasti ada jalan keluarnya. mungkin cara penyelesaian je berbeza. cara mudah atau susah.
kita boleh pilih.
Hi there :)
ReplyDeleteNice knowing you. I found your blog from one of your friends. :)
Btw, whenever you have the time, do visit my sales blog okay darling. We have Tie Rack scarves instore ;p
This is So Fashion
bercakap hal sempurna.sebab ini lah yg saya rasakan saya tak layak jadi seorang isteri lagi xeea oi..sebab takut semua jadi serba tak sempurna bila dapat saya yang kurang sempurna ni.haih.
ReplyDeleteaida : love your tie rack scarves esp. the oblong one!
ReplyDeletesaloma : sy pun sama. tak pernah rasa sempurna dan betul2 sedia nak bergelar isteri. sebab tu kena kawen. utk saling melengkapi. cukup lah sekadar sempurna pada mata masing2.
lepas kawen pun, masih tunggang-langgang. bgn pagi lewat memanjang. itulah, mana ada org yang sempurna. kena terima seadanya.
no worries. ada rezeki, jodoh sampai jugak nanti, kan. belum cuba, belum tahu, tau :p