Thursday, May 31, 2012

Photobook & Wedoo Jr.

P1050274
New photo collection makes me one happy camper!


Zaman foto digital memang awesome.


Jimat filem, jimat duit, jimat ruang simpanan, jimat banyak benda lah. Tapi dek kerana terlalu jimat, foto-foto digital yang aku simpan sejak tahun 2000-an tak pernah wujud dalam bentuk fizikal. Semuanya tersimpan rapi dalam CD dan DVD. err.. adalah jugak satu, dua album tapi tak boleh lawan album foto sebelum zaman foto digital lah.


Bila tiba era external hard disc, kerja menyimpan foto digital makin mudah. Semua pun aku humban dalam tu. Nak dijadikkan cerita, external hard disk tu corrupt kena virus mahadewa. Sampaikan setiap PC yang aku cucuk dengan hard disc tu akan hang dan terus rosak. Gila mahadewa punya virus. Maka berkabunglah aku 44 hari sebab banyak foto kenang-kenangan yang hilang.


Sejujurnya, aku lagi sanggup hilang barang daripada hilang foto.


Minah sentimental, kan. Sejak dari hari tu, aku kembali simpan foto digital dalam CD dan DVD. Serik woh. Dan, aku mula tanam niat untuk print foto digital setiap tahun. Paling kurang, satu album satu tahun.


Mujurlah aku pelanggan setia Groupon. Maka, terjumpa lah offer baik punya dari Photobook dan Wedoo Jr. Kalau tak, sampai ke sudah kot cita-cita satu album satu tahun aku tu tak tercapai agaknya.


P1050290

Ala-ala customised album pengantin tu lah, kan. Harga asal cecah 200++, guna Groupon, dapat RM 50++  je. Best tak? Best tak?


P1050298P1050299
Kualiti printing sangat berkualiti. Cuma download Photobook Editor, pilih layout yang disukai, guna kaedah drag & drop je, siap boleh buat gaya scrapbook lagi. Ikut kreativiti masing-masing lah. Highly recommended!


P1050292

Compact, stylish & affordable. Harga asal RM 88, guna Groupon dapat RM 30++. Terus aku beli lima. Jadik lah buat print gambar-gambar travelling, honeymoon dan maternity yang dah berkurun tu. Konsep design lebih kurang macam Photobook jugak tapi with limited function lah sebab saiz pun kecik, kan.


P1050296
Datang sekali dengan softcover dan fail poket. Kualiti printing tak boleh lawan Photobook. Tapi aku puas hati lah sebab dah tercapai hajat nak tengok foto-foto kenangan manis dalam bentuk fizikal.


Sekarang ni, aku tengah tunggu Photobook bukak offer lagi. Dah lama berhutang dengan Alfiy nak buat progress album dia daripada baby sampai lah cecah usia toddler. Kesian pulak bila mengenangkan dia besar nanti, takde foto album masa kecik untuk dibelek. Jenuh pulak dia nak carik gambar bila sampai masa nak buat slide kahwin nanti. heh.



HER : Zaman aku kecik dulu, setiap tahun Mak Abah mesti bawak ambik gambar kat studio, lepas cuci, Abah akan simpan dalam album khas dan tulis kat belakang “Ziha; 6 bulan. Dah pandai merangkak”. Auwww! Now I know where the sentimental genes comes from.

22 comments:

  1. Xeaa, ada lagi kan photobook deal kat groupon skg? D days left before expire, tak pernah cuba, memang few days ni asyik usha je deal tu, so lepas baca xeaa nye entry ni, nak purchase la. Thanks for the review! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. rasanya, yang tu lain kot Huda. Not from Photobook Malaysia. Photobookmart rasanya.

      Delete
    2. Ooo photobook malaysia ek.. orait thanks! :p

      Delete
    3. Btw xeaa, yg comment system ni pakai apa eh?

      Delete
    4. Just tukar setting comments. Tukar pop up to comment below post kalau tak silap.

      Delete
  2. I pun nk tgu blk msia nti nk cuci gmbr2 yg bertimbun ni. bukan apa..hdisk I pun mcm dh ada ura2 nk corrupt jugak huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuiiii bahaya tu! Buat backup tau. U dah lah banyak gila gambar travel. Kalau hinag, nangis tak berlagu nanti, you.

      Delete
  3. macam kite jugak.dia pun beli kat groupon cuma sayang gambar kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar kurang? Kumpul aa banyak2, pastu buat album, baru puas hati. huu

      Delete
  4. wah best giler! benci Xeea! bile buat review pasal ape pun mesti hati lylie jadi meronta2 nak juga! pandai sangat!

    bile baca n3 nie pun rase suspen juga, serius byk giler gmbr yang cuma disimpan tanpa di print kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaahahha jgn benci kite lah Lylie!!! ekceli, ade banyaaaaak lagi review entri kite simpan khas utk awak :p

      Delete
  5. best giler
    aku pn nak buat gak lah
    aku dh merasa ilang gmbr zmn belajar bila laptop ilang

    skrg gak aku terjah groupon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat weh. Lagi2 ko makin banyak melancong sejak dua menjak ni kan. Mesti gambo melambak. Nak2 pulak kamera makin canggih kan kan kan :p

      Delete
  6. sukaaaa..... best2... :) thanks xeea for sharing.

    ReplyDelete
  7. giler best..thanx so much for sharing..hehe

    nina

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. Benda best mesti dikongsi :)

      Delete
  8. salam
    cuba try pixajoy.com
    aku suka buat di sini sbb murah dan banyak promo
    tapi kualiti tak boleh lawan photobook
    sekian

    cikgu amree

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.