Semalam, aku pulang dari PICC dengan perasaan yang berbaur-baur dan fikiran berkecamuk. Tak lupa jugak period cramp yang mencucuk. argh.
Aku semacam anti dengan pegawai-pegawai yang bertugas kat sana. Sangat menyakitkan jiwa raga. Tak tahu lah kenapa rasa macam menyampah sangat dengan mimik muka mencebik yang seolah-olah mengejek sinis tu bila aku dan Cfu datang menghampiri untuk merayu.
Macam bagus.
Pegawai : "Pergi je lapor diri dulu. Lepas tu, mohon pertukaran. Ada 2 kali peluang dalam setahun."
Aku : "Tak boleh jugak, ke? Suami saya kerja swasta, saya lah yang kena ikut dia."
Pegawai : "Suami saya pun kerja swasta. Saya faham." (buat mimik muka sinis yang menjengkelkan)
Aku : "Kalau Puan jadi saya, apa Puan buat? Puan nak pergi ke? Jauh tu." (intonasi dah macam sebak sikit)
Pegawai : Diam seribu bahasa..
Aku (dalam hati) : "Tau pun kau tak mahu! Kalau tengah bujang lagi lain cerita. Takde lah aku mengada nak jaja muka tembok sana sini merayu kat kau-yang-rasa-macam-best-sebab-ada-autoriti-boleh-letak-orang-kat-mana-kau-suka." Perkataan 'autoriti' tu, dia sendiri yang bagi.
Semalam memang hari penuh emosi buat aku.
Tersenyum girang masa taklimat pasal gaji lepas berkira-kira yang aku bakal terima lebih kurang 3800++ sebulan. Mata aku masa tu memang tak nampak lain dah. Simbol $RM$RM$ berlegar-legar kat kepala. Aku macam dah nekad nak settle down di Kuching. Nak angkut suami peliharaan sekali. Beranak-pinak kat sana. Tak peduli dah.
Tapi, sebaik je bercakap dengan Mak kat telefon, dia pujuk suruh fikir masak-masak dulu, air mata berjurai-jurai keluar. Jumpa pulak kawan-kawan yang datang memujuk, suruh tabah, bersabar, best lah gaji banyak boleh balik jenguk suami selalu dan kamu-tahulah-apa-lagi. Makin lebat air mata yang turun. Masing-masing menyatakan rasa hairan, macam mana aku pulak yang ke sana. Padahal mereka yang masih bujang, sama kursus, selamba badak je diorang letak dekat-dekat sini.
Masa isi borang penempatan dulu, bukan main siap suruh letak status dan nyatakan tempat kerja suami. Beriya mintak attach surat nikah sekali. Motif? Lepas ditanya, jawapan mereka, kami tak terima maklumat tu. pergh. Rasa macam nak bambu je, kau orang ni buat kerja macam mana ha? Makan gaji buta ke? Mujur aku masih rasional. Menggigil jugak lah tangan menahan rasa.
"Habis, kau nak suruh aku buat apa? Tukar dengan aku nak ?"
Tu je lah dialog yang aku ulang tayang berapa kali entah lepas diajukan oleh soalan-soalan berbau hairan oleh teman seangkatan. Dan hanya akan disambut dengan senyuman tawar sambil menggeleng kepala tanda tak mahu.
Selagi kamu tak pegang status suami atau isteri, kamu takkan faham. Gaji macam tu memang sangat 'mewah' untuk kamu. Tapi bukan bagi kami yang dah pegang komitmen untuk seumur hidup ni. Banyak benda lain nak difikirkan selain daripada duit semata-mata.
Duit banyak, hati tak bahagia, apa gunanya ?
HER : Mogok tak mahu makan dan bercakap dengan sesiapa. Sepanjang hari tidur macam tiada hari esok. Tak sudah-sudah jugak tanya diri sendiri, kenapa aku? kenapa?
hmmm.. betul tuh.. duit bukannye boleh guarantee our happiness, tapi memang pelik- kenape dalam ramai ramai lagi calon yg ade, bini orang jugak yang diantar jauh jauh ?
ReplyDeletesue yang tengok nih pun rase perit, ape lagi la akak yang tanggung eh.. be tough k~
hmm betul betul betul.
ReplyDeletekesian kak ziha.
orang cakap memang senang, tapi yang menanggung tu yang rasa sakitnya.
yup, be strong ya.
sekarang ni ziha, ko kena bertungkus lumus untuk minta tukar jugak.
ReplyDeletesebab, kalau dah lapor diri kat Poli Kuching, alamatnya susah gak tu utk transfer..lama..
kalau dah keadaan nak tukar time sebelum melapor diri tu macam ni keadaannya, nanti kalau dah mengajar kat poli kuching, agak susah ckit kalau nak transfer.
apa yang mustahak, aku doakan utk ko dan suami akan mendapat cahaya mata dgn cepat. tunjukkan bukti scanning tu kat diorg. sebab cara ni adalah cara yg paling berkesan.
kalau mereka tak memahami juga, memang takde dasar kemanusiaan lah mereka. hukum karma akan membalas mereka. tak mereka, anak cucu mereka.
cuba ko tanya aina aishikin, seksyen 1 macamana kes dia boleh tukar dari Poli Kuching dapat Poli Tanjung Malim kemudian boleh pula minta kat Poli Melaka. mungkin ko boleh guna strategi dia.
aku pun nak minta tukar gak nanti ke Poli Kota Kinabalu Sabah. Kahwin nanti senang, dekat sikit ngan bini n kpg halaman. takdelah membazir duit nak balik. balik je ke kpg halaman (walaupun aku org sarawak) dah amik belanja RM400. pulang alik RM800. kalau ada elaun wilayah xpe lah juga. boleh gak tutup lubang tambang ni....
btul kata hussaini tu xeea..kalu mmg nekad xnk poli saner jgn lapor diri lg..mcm member kitrg..2bulan lepas lapor dri pun die xlapor dri lg kt mukah..mmg berkeras ar..buat rayuan 2 3 kali, naik putrajaya tu pun 2 3 kali..kene sabar ckit ar n kene tekal..jadi degil..dok jauh2 ni kalo family ader sakit ker bukan senang nk trus terbang balik
ReplyDeleteawak cuba lagi minta tukar. buat rayuan. jgn berhenti.
ReplyDeletekalaulah masih tidak dapat, awak fikir dulu betul-betul.
kalau awak tolak, anggap ini bukan rezeki awak. mungkin ada yang lebih baik untuk akan datang. mesti ada rezeki yang lebih baik untuk awak.
kalau awak mahu juge ke sana, bayangkan tiba2 awak pregnant. mcmana? suami jauh. kalau awak morning sickness & all, siapa nak jaga awak?
awak fikirlah.
kita bukan nak saiko awak tau.
pendapat kita saja :)
klu la aku berada dlm golongan insan yg br d posting, aku sanggup tukar dgn ko... tp btol apa mmber2 ko ckp, skali da lapor diri, susah nak tukar... mcm adik aku, posting ke sebauh, bintulu... org soh lapor diri dulu, dia pun layan je... skang nak mintak tukar punye la seksa.. guru besar taknak lepaskn la... apa la... sgt kesian tgk dia. ada mmber dia smp sudah tak lapor diri, last2 dpt posting semenanjung je.. kadang2 org degil ni ada untungnye... tp tu la, benda-benda mcm ni d luar bidang kuase kite.. be strong k... tke cre..
ReplyDeleteciannye la seksa hati nk gi sana...
ReplyDeletetp btol gaks,drg ni cmne leh lost ur important docs yg sgala mala surat nikah la ape tu..
careless!!!
waaa...begitu rumit skali prosedurnya ek ? mcm mana dokumen nikah n kerja suami boleh hilang? boleh saman ni xeaa..SUNGGUH TIDAK PATUT!
ReplyDeletep/s: sorry la ..haku pun naik geram.. emo emo..
soraya : kita hanya mampu merancang. DIA jugak maha menentukan.
ReplyDeleteanna : masuk dalam kasut saya, mahu? :p
hussaini : mcm mana nak timang cahaya mata? stress bertimpa-timpa. cakap pasal karma, aku ada jugak terdetik kat hati masa tu. mintak-mintaklah termakbul satu hari nanti. huu. aku tak peduli. kalau aku dah tak peduli, aku memang jadi kejam.
aziyana : tu lah. at least kat semenanjung, tgh2 bulan tade duit, bole jugak balik naik bas ekspress.
hidd : ada jugak fikir pasal tu. kita ni dah lah manja2 keladi. nak berkepit dgn suami je sana sini. harap2 kalau ada morning sickness, biar kena kat dia, macam Adi :p
mrsantuz : aii. makin hari makin tawar hati aku nak ke sana. tatau lah. kalau suami boleh ikut sekali, takde masalah sgt kot. tapi, apa boleh buat, rezeki dia ada kat sini.
kristy : tu lah. bersepah dah dokumen kita kat sana sini, awak. merayu punya pasal. sudahnya, jawapan diorang senang je, takde terima pun. padahal kita pergi hantar by hand tu.
sha : kalau boleh saman, dah lama dah. nak saman malu sekali sebab macam diperlekehkan je. huu
xeea,
ReplyDeleteitu lah karenah yg kita kena hadapi..
pegawai tuh ckp macam tuh sebab tak kene batang hidung dia sendiri..cuba kene nanti..kat anak2 dia ke..apa ke..bru lh terduduk..suka suki jek..
aku yg berharap dpt borneo xdpt pulak..bila dalam surat dah dpt dekat untuk mintak tukar musti parents aku xbg..:(
tak dapat tukar lagi?kesian..sabar ye.same thing happened to my mom.lagi lah..dah tua2 kena transfer jauh2 dari family semua.rasa nak terajang je pegawai yg ada 'authority' tu
ReplyDeletemiss dee : parents ko tak bagi? aku boleh tlg bagitau parents ko. haha kidin2.
ReplyDeletesaloma : mak awak pun kena jauh jugak eh? itu lah. siapalah kita ni, kan. org2 yg takde 'autoriti'.