Thursday, March 5, 2009

Apabila teknologi makin canggih, manusia jadi makin ketagih.

Sikit masa dulu, pernah jugak dengar pasal hal ni. Ingatkan saja gimik media nak naikkan rating. Takpun lawak April Fool ke apa.

Tapi, bila tertengok ('ter' kah? padahal memang 24 jam duduk menghadap TV) dalam rancangan Oprah, baru lah aku percaya yang benda ni memang betul-betul berlaku. Bukan gimik saja-saja.


(Kredit : Oprah.com)

Kamu rasa, Oprah tengah buat apa?

(a) Ukur perut siapa lagi buncit.
(b) Demo teknik sedut lemak.
(c) Main sep sep, me me.
(d) Ajar senaman yoga.

Sila bulatkan hanya SATU jawapan sahaja.


Sebenarnya, semua jawapan di atas adalah TIDAK BENAR (pilihan jawapan dalam soalan aneka pilihan yang paling aku tak suka).

Oprah sedang kagum dengan lelaki ini. Terlalu kagum, sampai tak dapat tahan perasaan nak pegang perut suami orang ni di khalayak ramai. Kalau aku pun, mesti secara separa sedar akan buat perkara yang sama jugak, tanpa mengambil kira perut suami peliharaan pun apa kurangnya.

Sebab lelaki ini sedang HAMIL.

Ya. Lelaki ini bernama Thomas Beatie.
Dan dia mengandungkan anak.
BUKAN lemak.


Secara biologi, dia dilahirkan sebagai perempuan. Sampai ke satu tahap yang tak dapat dipastikan, tiba-tiba dia tukar jantina. Siap buat pembedahan buang payudara dan ambil testosteron nak bela bulu serta ubahsuai anu dia.

Bila dah kahwin, isteri dia ada masalah untuk hamil. Jadi, dia pun ambil keputusan untuk mengandung bagi pihak isteri dia sebab masih punya sistem reproduktif wanita. Guna kaedah persenyawaan tabung uji dengan sperma yang diderma, kemudian suntik masuk dalam uterus, maka mengandunglah dia dan mencetuskan macam-macam konflik perbalahan satu dunia.

Tapi, dia buat tak tahu je. Jalani hidup macam biasa, minum Anmum, mengidam buah mangga, berlatih teknik pernafasan, sama macam ibu-ibu mengandung yang lain. Difahamkan, anak pertama dia dah lahir pun. Anak perempuan; Susan Juliette. Dan sekarang dia sedang mengandungkan anak yang kedua pulak.

Macam mana lah Oprah tak kagum, kan?

Aku lagi lah. Terbeliak bijik mata. Rasa macam nak suruh laki aku yang mengandung pun iya jugak! :p Tapi, sebagai wanita sejati lagi mithali (ehem), mestilah kita nak mengandungkan anak sendiri. Nak jugak rasa pahit manis pengalaman sebagai perempuan hamil. Orang kata, best. Banyak keistimewaan. Lagi best, boleh manja-manja berlagak tuan puteri dengan suami.


Ini pulak si Nadya Suleman.
Bukan main gigih aku meng-google lepas baca berita pasal dia kat surat khabar minggu lepas. Nak jugak tengok macam mana lah rupa perut dia mengandungkan 8 anak sekaligus!
Subhanallah.


Ikut kata mak dia, Nadya ni terlalu obses dengan kanak-kanak.

Kot iye pun obses, kan. Takkanlah sampai nak berubah jadik kilang membuat anak. Kalau dah ada 6 orang anak kecik (umur 2 hingga 7 tahun), ditambah lagi 8 bayi serentak, mau tak kalut. Lepas tu, adalah nanti kes anak-anak tak cukup makan, kurang kasih sayang, terabai pendidikan, terlepas pandang dan macam-macam lagi lah.

Kadang-kadang, aku macam tak setuju dengan kaedah bayi tabung uji yang selalu 'ter'buat bukan setakat kembar 2 je, malah boleh jadi sampai kembar 5, 6, 7 dan 8!

It is all about quality NOT quantity.


HER : Mengandung nanti, nak sapu losyen anti strech mark satu badan.

HER lagi : Ada baka kembar :D

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. adush terkesima sebentar..inikah dunia?ker dunia dh terbalik..teringt ade satu crita yg laki prgnant..skang bukan sekadar crita tp realiti..ooohh sukar menerima kenyataan

    ReplyDelete
  3. dulu teringin gaks anak kembar..
    tp rsnya x mungkin la dpt...
    xpe... :D
    yg penting quality like u said...
    not quantity...

    ReplyDelete
  4. mula2 ingat ka lelaki tu buncit.
    tgk2 ngandung..hihi..

    a,ah sapu losyen kat perut supaya xmerekah :)

    ReplyDelete
  5. a'ah la hodohkan lelaki mengandung...x syeksyi...

    panduan tak ade,beginila jadinya..

    ReplyDelete
  6. soraya : geli, kan? tak seksi langsung.

    my turn? on the way. usaha tangga kejayaan! :p

    aziyana : kite lagilah. ingat mmg gimik cite Oprah. sekali betul2 daa.

    kristy : kalau ada rezeki nak dpt kembar, baby akan datang pun boleh ape. yg sorang tu pun msti u dah tak saba2 nak tunggu dia keluar, kan? huu

    sheliza : gunalah bio oil! :p

    syida : kan? kan? bonchet man is still sexy. not pregnant. huu

    ReplyDelete
  7. OMG. gila takut tgk perut perempuan yg mengandung anak 8 org itu. mcm retak menanti belah.

    scary mannnn.

    ReplyDelete
  8. hidd,

    dah retak dan belah pun. Itupun dia boleh cakap nak mengandung lagi. adoi aii. baby yang 8 tu masih merah lagi.

    ReplyDelete
  9. "Its all about quality...."

    Teringat aku mase deliver harituh... Tu lah ayat Professor Hashim kat aku, mase nak decide either nak normal or ceasar....

    ReplyDelete
  10. dayah,

    ehem. aku ada bakat jadik doktor sakit puan lah, yer. :p

    so, ko normal ke ceasar? mane satu lagi berkualiti?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.