Friday, March 13, 2009

Pelangi Tak Muncul Setiap Hari.

Beberapa hari lalu, terima email daripada pembaca misteri.


Apa kamu panggil? Silent reader, huh?


Bertanyakan perihal entri aku kebelakangan ni yang banyak berbau sinis dan ada sedikit unsur emosi. Dia rindu mahu baca tentang cerita ceria warna-warni hidup aku yang umpama pelangi, katanya. Dah lama tak dengar celoteh hiruk-pikuk aku selaku suri rumah muda. Kalau masuk sini, hati dia turut sama kena tempiasnya. Tak gembira.


Hurm. Macam mana aku nak kata, ya.


Aku pun manusia biasa. Punya hidup umpama roda. Bukan sentiasa di atas duduknya. Ada jugak pasang surutnya. Kadang-kadang, masa nak mengharunginya, hampir lemas juga.


Kamu mungkin tak tahu. Dulu, sejak zaman sekolah lagi, kalau melalui saat-saat macam ni, aku terus capai pen dan kertas. Tulis puisi. Makin banyak masalah, makin banyaklah puisi. Tak tahulah macam mana cara tu boleh buat aku rasa lega. Bila baca semula bait-bait puisi yang pernah aku tulis, ia akan mengingatkan aku kembali pada setiap bait perasaan yang aku alami pada ketika itu. Sangat dalam.

poem

Arkib puisi peribadi. Since 1998.

Lebih 10 tahun woo.

Dah boleh consider sebagai dokumen bersejarah tak? :p


Kat bawah setiap puisi tu pulak, walaupun tak berapa nak pandai melukis, aku mesti lukis emoticon bagi menguatkan lagi gambaran perasaan aku pada ketika itu. Buruk pun tak apa. Asalkan ada.


Contohnya, macam ni.

poem3

Dicilok daripada puisi bertarikh 11 September 2003.

Judul : Payah.


Tapi sekarang, aku lebih senang menulis di sini. Mungkin sebab tu, kalau tiba-tiba rasa macam ni, aku ludahkan semuanya kat sini. Walaupun bukan secara direct, dada aku rasa sedikit lapang. Senang dan tenang.


Pergi mana-mana, aku junjung sekali masalah ni bersama. Maka, orang akan nampak pada riak muka. Dan mula bertanya. Respon biasa; orang akan bagi nasihat, suruh sabar, bertabah, istighfar, usaha, mohon pada-Nya, tawakkal, ini hanya ujian, dugaan dan kamu-tahulah-apa-lagi.


Terima kasih.

Aku dengar. Terima segala nasihat seadanya. Akan ikhtiarkan sebolehnya.


Buka mulut.
Cakap.
Memang mudah.


Tapi, cuba sesekali letakkan diri kamu di tempat aku. Di mana aku berada. Fahami apa yang aku rasa sebenarnya. Fikirkan emosi aku bagaimana. Hayati setiap titis air mata yang tumpah tu atas sebab apa.


Kamu akan tahu betapa senyum yang aku pamerkan hari ini tak serupa dengan apa yang aku rasa di dalam sana. Baru kamu tahu, kalau terkena pada batang hidung kamu sendiri, mau terduduk juga.


Masa tu, kalau boleh, kamu mahu semua orang diam.


Emoticon entri ini:

Sebab tak reti melukis atas kanvas siber, pinjam emoticon puisi bertarikh 19 Mei 2003.

Judul : Di kala Aku Lemas.



HER : Setiap hari dihujani dengan sms dan panggilan telefon bertanya aku dapat posting mana. Untuk makluman semua, aku buat keputusan untuk tunggu surat je.

10 comments:

  1. :) cantik tulisan akak.

    wah pandai sungguh simpan dokumen dokumen sejarah tuh eh, kemas jek. kalo manusia da bleh pegi sekolah dah umur die tuh ;)

    ReplyDelete
  2. amboi, awan mendung nampak..jgn sampai banjir sudah...

    ReplyDelete
  3. Orang memang mudah untuk berkata-kata...mudah untuk memberi kata semangat dan juga mudah memberi komen.

    Tapi yang merasai hanya kamu seorg.Sebab setiap orang mempunyai Tuahnya yang tersendiri dan dugaannya tersendiri mengikut kemampuan mereka.Kamu bertuah sebab diberi dugaan sebegini.Bagaimana orang lain? Aku rasa mungkin ada yang lebih berat dugaan yang dia hadapi.

    Anggaplah dugaan yang kamu hadapi ini adalah pengalaman hidup yang manis.Mungkin sekarang di kira pahit, tapi di masa akan datang kamu akan terus tersenyum..

    Betul kata kamu, pelangi x selalunya muncul.Tapi apa yang hendak aku katakan, tiada dugaan maka tidaklah dinamakan kehidupan..

    Tabah ye Xeaa :)

    ReplyDelete
  4. xeea,
    everything happen for a reason..
    selagi kita bergelar manusia..
    selagi itu masalah takkan pernah hilang..
    i noe its easier said than done..
    but kita xde pilihan lain..
    "sumtimes we must get weak to realized that we are actually strong..!"

    ReplyDelete
  5. soraya : thanx. tapi, kenapa tak pernah menang tulisan cantik masa tadika dulu, eh?

    apa boleh buat. i'm kinda sentimental person. semua benda pun nak simpan. tu belum tunjuk collection tiket wayang. huu

    zul : bukan setakat banjir, tsunami dah ni.

    momo : i'm trying!

    cik oren : sdg usaha nak cari kat mana manis nya.

    ms dee : i'm tired of uncertainties. always thought that I'm not lucky. at all.

    thanx for your concern, darl :)

    ReplyDelete
  6. puitis rupanya u ni :)
    wishing u happiness all the way :)

    ReplyDelete
  7. u remind me of my fren, die pun mcm u jugak..tp die express it in a diary la..pastu ur handwriting and hers is exactly the same plak tu huhu

    ReplyDelete
  8. shiro,

    err.. thanx. *blush blush*

    ReplyDelete
  9. mieza,

    oh. dlm diary ada jugak. kadang2 la. lepas ni i tunjuk koleksi diary since 1996 pulak. :p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.