Wednesday, May 15, 2013

Quick Catch Up(s).

Relevan dengan tajuk, update pun kena cepat-cepat lah kan.

 

i) SELF UPDATE

Alhamdulillah, morning sickness dah berkurangan. KURANG je, bukan takde terus. Takpelah, aku macam dah redha yang aku ni kalau mengandung, memang ala-ala manja gitu. Lembik lain macam. Bezanya, kali ni, tiga bulan pertama, ada orang teman. Tak macam masa pregnant kan Alfiy dulu, aku sorang-sorang duduk kat Kemaman, nun. Tak boleh merungut banyak. Kan ke dah berbuih mulut aku cakap, anggap je lah dugaan macam ni umpama nikmat yang tak semua orang boleh rasa.

 

Syukur lah, adanya.

 

Satu lagi perbezaan ketara, elok je melepasi tahap RED ZONE morning sickness, alih-alih aku terus masuk kategori overweight T_______T Semua orang pun heran datang dari manalah berat berlebihan tu semua sebab kali ni, aku macam kurang selera makan. Makan sekadar nak elak muntah teruk. Takpelah, asalkan anak mak sihat, jadik obesiti lagi sekali pun mak redhaaaaaa, nak.

 

20130315_083706

Masuk hospital tak kali ni?

eh, mestiiiii, bukan aku lah tu kalau pregnant tak masuk hospital :p

 

ii) HOME UPDATE

Weekend Project kat Organizing Thing memang tergendala secara tiba-tiba lah nampaknya. Pokok-pokok kesayangan semuanya dah masuk tahap ‘nazak’ sebab kurang kasih-sayang. Aku memang takde mood langsung nak mengemas, apatah lagi nak menghias rumah. Kau tala lah perabot import dari Jerman pun, aku tak heran satu apa pun sekarang ni. Pasrah je lah bila Alfiy secara senyap-senyap menjadikan semut-semut sebagai haiwan peliharaan. Siap bagi makan biskut, okehhhh (-_-“)

 

iii) FAMILY UPDATE

Alfiy semakin petah bercakap, tapi dalam bahasa pelat dia lah. Bak kata Cfu, pelat dia ni je lah yang menunjukkan Alfiy is still our baby boy. Kalau dah tak pelat nanti, mesti rasa macam dia dah big boy sangat! tsk. Berat dah cecah 15++ kilo tapi takdelah besar mane pun badan. Cuma makin meninggi je. Habis senteng semua seluar dia. Tiap-tiap malam, nak tidur kat celah ketiak Mama dia je sekarang ni. Dan, kalau boleh, macam nak masuk balik duduk dalam perut Mama, gamaknya. Dah ada ciri-ciri nak jadik Abang tapi masih confuse panggilan Abang tu untuk dia ke, siapa sebenarnya.

 

Cik Abang Cfu?

Owh.. ada jugak orang nak tau perkembangan Cfu, ye. heh. Semakin gagah perkasa dan taf, semestinya. For a meantime, Cfu banyak ambik alih tanggungajawab menguruskan keluarga sekarang ni. Like seriously, he is the real BREADWINNER & HOUSEKEEPER. Syukur, Tuhan kurniakan seorang suami yang cukup memahami dan sudi bertolak-ansur dalam menguruskan rumahtangga bila tiba fasa kritikal macam ni. Mudah-mudahan Tuhan terus beri Cfu kesihatan, kekuatan dan murah rezeki sentiasa. Hanya doa yang mampu aku pohon demi membalas jasa baik suami selama ni. Kalau tak kite puji suami sendiri, siapa lagi, ye tak?

 

Lesson learnt :

Sentiasa percaya pada kemampuan suami. Jangan pandang rendah pada kebolehan mereka dalam hal ehwal menguruskan rumahtangga. Memang kadang-kala, setiap kerja rumah yang dia buat tu tak sempurna pada mata kita, tapi jangan lah kita tarik muka, membebel tak tentu hala. Tunjukkan cara yang betul, bantulah dia dari segi sokongan moral, sekurang-kurangnya. Bukan mudah bagi seorang lelaki untuk merendahkan tahap ego sebagai suami, nak buat kerja-kerja menguruskan rumah ni. Sekali lagi, bersyukur lah apa adanya. 9 bulan je pun rumah macam tongkang pecah, ape ada hal? *padahal mata berpinarrr, je kan. hehe sabar sabar.* Asalkan setiap hari ada baju nak pakai, anak lapar susu pandai dia nak uruskan, cukup baik dah tu.

 

IMG-20130505-WA0003

Sekian, disudahi dengan gambar si sepet-sepet kesayangan. Kite tunggu bulan Oktober nanti, kot-kot yang keluar sepet jugak, makin bertambahlah koleksi sepet kesayangan ku :))

 

 

HER : Yup, dah tau gender baby. Cer tekaaaaaaa untuk dapatkan hadiah misteri. hehehehe

21 comments:

  1. mesti boy jugak *saje tak nak cakap girl sbb nak bg geng dgn I* hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kite boleh buat team bola sama-sama! hehehe

      Delete
  2. sejak2 semua geng dah dpt sepasang ni,
    so aku syak mu dpt gurl plak kot? hehehe

    ReplyDelete
  3. sy skrg nie pun dah menghampiri overweight.mana xnyer.memula morning sickness teruk smpai xlalu makan.sekarang nie pantang orang sua makan...mesti makan punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai gitu la. Makan makan makan makan pastu muntah. Camana? Tu yang heran overweight ni datang ikut celah mana. huu

      Delete
  4. jom dapat sepasang sama-sama. ecehh...mcm boleh diajak2 pulak yerp? kehkehh..kompiden je kunun bb boy..skali keluar lain pulak..pasrahhhh =P

    october yer....dekat2 la jugak tu kite...mine will be end of July or early August. sebaya lagi anak kita yawwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, sebaya lagi. Untonglaaaa member tu dapat sepasang! heehe tu yang kitorang pun takmo over confident dgn gender predicition ni. Nak beli baju pun macam neutral2 color giteww

      Delete
  5. rasanya boy jugak ni haha...eh sejak bila pandai teka jantina baby ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecehcehceh mak buyong sorang lagi ni, sejak2 dia pun berbadan dua, dah tukar profesion jadik mak nujum pulak, ye! heee

      congratz to u & Gubin as well! Take care :))

      Delete
  6. Replies
    1. Amboiiii very the confident gitu! huu

      Delete
  7. baby girl kot..sbb alfiy suka ngendeng ngan ko..hehe..ni assumption je =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Kemain menjadik2 ngempeng dia ko tau! Ko nye dah tau gender lom Cheq? Dulu Alfiy sebaya anak buah ko, kali ni sebaya ngan anak ko pulak kan. Mommies date ah pasni. hihi

      Delete
  8. overweight? gelak gila gila kot! alfiy dah besaaaaaaar! sebiji macam ayahnya. haaaai bagai pinang di belah dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooooo ugelak kat iollls, ye! Your turn will come *dendam kesumat* hahahaha

      kannnn? Sebijik gila kot. Part buat perangai tak senonoh pun sama :p

      Delete
  9. wah preggy..daku baru kethauan :) moga tak terlambat nk wish congratualtions :)

    take good care of urself

    ReplyDelete
  10. jaga diri xeea. apa ada hal rumah mcm tongkang pecah nanti lepas adik alfiy keluar mummy deco dan kemas puas2 tau

    ReplyDelete
  11. aku baru tau kau peknen babe.. tahniah.
    jaga diri..
    dah tau gender?? apakah?
    adik nanti nak join alfiy basuh kereta dgn papa ke join mama deco rumah??

    ReplyDelete
  12. Girl!!! Kalau btl dapat ape? Hihihi

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.