Monday, March 16, 2009

Auto-pilot mode ON or OFF?

Pagi-pagi Abah dah telefon,

"Along, the rumors is true. Surat dah sampai. 'Sukacita dimaklumkan Tuan/Puan ditawarkan jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi gred DH41 bertempat di Politeknik Kuching, Sarawak.' Lapor diri di PICC 23 haribulan ni. Kuat ye, Long. Kita cuba buat rayuan. Abah tau, Along boleh!"

Kamu rasa, apa reaksi aku?


Dah tentu aku terlampau SUKACITA.


Suami di KL, Mak Abah di Johor, Mertua di Terengganu, anak sulung kepada 4 orang adik yang masih belajar termasuk seorang yang tergolong dalam kategori OKU dan seorang adik ipar. Tinggalkan mereka beribu batu jauh di seberang laut sana. Tunaikan tanggungjawab melalui pos dan doa di angin lalu.


Ya. Aku GEMBIRA.


Terus melompat bintang lapan puluh lapan kali atas katil sambil ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia. Jangan kata aku gila. Kan aku sedang bergembira tak tentu hala ni. Tolong heret aku sekarang! Sumbat kepala aku dalam mangkuk jamban. Lepas tu jangan lupa, flush flush flush!


Kalau kamu jadi aku, apa yang akan kamu lakukan?


(a) Baring atas jalan sambil memegang poster bertulis,

"Aku gembira. Kamu memang buat kerja dengan cemerlang. Buat apa susah-susah mintak surat nikah dulu? Kenapa tak terus hantar ke Gaza je?"

(b) Bakar bangunan kementerian yang berkenaan guna mancis memasak di dapur. Sambil jerit, "Bakar! Bakar! Bakar!"

(c) Rompak Bank Negara, bayar 100 hingga 200 ribu, putuskan ikatan kontrak biasiswa.

(d) ON-kan MODE auto-pilot.


Dengan penuh rasa rendah diri,
aku memohon,
melutut, merangkak, merayu,
handai taulan yang terima jawatan seangkatan,
dan masih bujang di luar sana,
belum banyak komitmen,
mahukan cabaran,
berhati tulus dan qudus,

sudilah untuk membantu saya insan hina dina ini.
marilah kita tukar suka-sama-suka.
demi kesejahteraan bersama.

aku dalam proses nak buat anak ni, woiii!

tolonglah memahami.

*buat muka sayu habis dah ni*


NOTA untuk Saloma, kalau kamu ada tiket KL-Kuching pergi balik FREE atau diskaun 20%, 50%, 70% hingga 99.9%, saya mahu for every weekend, please!! Sanggup melutut, merengek, merayu mintak kat kamu.


HER : Saya butuhkan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sudut oleh kamu semua yang ada di sini. Hari ni, hari aku, mana tau, esok lusa, hari kamu pula. Terima kasih.

36 comments:

  1. b strong...every problem hv solution.bakar kementerian also part of solution gak.let me know kalau ade plan bakar membakar.i nk share petrol you and mancis nk bakar KPN...

    p/s:try get supporting document "proses nak buat anak".mgkin bole tlg..insyallah

    ReplyDelete
  2. sedihnye kene separate dengan ur loved ones. bawak banyak bersabar eh, jgn stop usaha buat rayuan mintak tukar balik ke sini tau.

    miracle does happen,
    believe in that yea :)

    i wish u the very best of luck.

    ReplyDelete
  3. anggap yang diberi itu rezeki dan dugaan bagi kamu yang baru starting hidup baru bersama yang dicintai..

    bukankah itu semua ader hikmah disebalik kejadian NYA.. kiter fikir balik kenapa ALLAH bagi kiter ujian ini..

    think it deeply my dear...
    mungkin rezeki akan bertambah dengan KuasaNYAkan...

    ain yakin kamu boleh...cayookkk!!!

    ReplyDelete
  4. ziha..

    Allah takkan uji ko camni kalo die tau ko x cukup kuat..

    so i say, u start saying hello to elaun wilayah yg lebat ok?

    ReplyDelete
  5. ini pengalaman 1 of my fren...

    dier dapat poli mukah, but dier tak nak gi...

    dier berdegil tak mau lapor diri di mukah...

    akhirnyer beberapa bulan lepas tu dier dapat KK area selangor...

    ader sorang member pernah ckp, if u taknak posting kat situ, jgn lapor diri dulu... try wat rayuan dlu...

    klu ko lapor diri dulu, susah skit nak dapat tukar...

    but kesahihannya tak dapat 100%... pergilah ke KPT try tya dlu... kes ikut suami ni, kes yg kuat utk wat rayuan... klu ader gambar scan baby lagi bagus (klu dah ader ah)...

    aku doakan ko berjaya...

    ReplyDelete
  6. hmmm sabar ye kak ziha.
    jangan putus asa buat rayuan.
    cube cube dan cube.
    bersusah-susah dulu yep.
    insyaallah akan senang di kemudian.

    ReplyDelete
  7. avit : ade ke document 'proses' tu? haha welcome, neway! :)

    soraya : sudah tahu kenapa saya sedey, kan? instinct i mmg kuat. tsk tsk

    lady daisy : semoga saya kuat. thanx for your support.

    byn : still trying to look at the bright side $$$$$. tapi kalau dah dok ulang-alik KL, mau kopak jugak.

    bingung aku fikir nak dok mane lah nanti. sedara-mara pun takde. any suggestion? tumpang berteduh umah parents ko agak-agak bole tak? :p

    zul : thanx bro. kamu memberi aku satu sinar harapan baru *mata bercahaya berkaca-kaca*

    anna : mintak2 lah 'susah' tak lama. kalau makan tahun, mau merana jugak laaa.

    ReplyDelete
  8. xeea,
    budak batch aku ade yg dpt kuching
    tp dia mintak rayuan lepas kol hari tuh..alasan mengandung..n dia dapat tukar ke kk sabak bernam..bukan suka sama suka..tp rayuan..
    sabar xeea..ko try dulu buat rayuan k..b strong xeea..

    jika aku tidak memikirkan parents yg hanya tinggal berdua di rumah ini sedangkan kakak dan abg ku di menetap di oversea..mau saje aku bertukar dengan kamu..sorry yea xeea..

    ReplyDelete
  9. warghh sedih plak aku dgar cte ko... slow2 cr mst ade..

    ReplyDelete
  10. ala xeea.. :( instinct xeea mmg kuat la..patut la xnk cal kpt aritu..rupanya mmg jauh sgt dia letak.

    ada junior kita buat rayuan last week dia dpt tukar.tp sebab dia pregnant..try la..insyaalah setiap usaha ada hasilnya..sabar yea xeea..

    ReplyDelete
  11. kebaikan;
    1-dpt peluang kerja sbb org kementerian tak brape nak lyn proses tukar ni...kwn sy dah penah kena.nnti dia ckp masa apply dulu tak kira kalo dihantar ke mana2 tp bila masa dpt tempat tak nak pula (dorg react siap dgn muka2 lg)
    2-dpt tgk 'negeri' org tp sy fhm bagi yg dah kawen bkn 1 keputusan mudah.
    3-welcome to KPT..hihi..tp sy kat kolej komuniti =)

    keburukan;
    1-kalo kita tangguh takut nama lg tercicir,ntah2 thn bile akan dpt.
    3-proses pengesahan amek masa,induksi,btn,interview n semua ni effect tempoh perkhidmatan.yg tak bernasib baik mcm kwn sy 5thn baru kena panggil utk induksi.

    ziha,buat la solat istikharah byk2,sy yg jd weekend husband-wife pun dah antar borang pindah tak dpt smpai skrg *kachiwa oke*

    ReplyDelete
  12. ms dee : dia pregnant kot. tu bole tukar terus.

    its ok, ms dee. jgn rasa bersalah pulak. thnx for hearing :)

    farhanna : sedih? kan aku banyak kali highlite aku tengah GEMBIRA tu. bergembiralah :p

    sheliza : kan? kan? kan? sejak tulis entri auto-pilot lagi kita dah rasa mcm tu. tsk tsk.

    suzie : u kk mane aa? tade kosong ke kat tpt u, suzie? i dept. IT. dept. sc & math pun boleh masuk. *muka mengharap*

    ReplyDelete
  13. hua...dpt keje gov,skali sawak dia bg..adei...
    sabalah hati...

    ReplyDelete
  14. kk jelebu,ada kalo u IT boleh masuk kursus sistem komputer & sokongan kot...tmpt2 ulu mmg tak ramai tp kalo kk hulu langat kat kajang sampai terlebih2 lecturer.

    cuba je apply utk tukar,bg reasons yg power2 n concrete ok.mana tau luck will be at ur side.

    ReplyDelete
  15. hye ziha...igt aku x,aku shad kawan aju mase kat matriks...aku pun pppt mcm ko..nasihat aku if nak buat rayuan cube la ko buat rayuan untuk poli2 yang pedalaman sket kat semenanjung ni, may be senang die nak bagi, if ko mintak poli shah alam susah sket la kot..ko duk kl kan..rasenye yg paling dekat politeknik behrang ni la, sbb staff sini pun ade yg ulang alik behrang - rawang pun dalam 1 jam...tu suggestion aku..ok, ape2 pun all the best k..

    ReplyDelete
  16. btul kater zul..member kitrg mmg xpegi sampai sudah..rayu dh byk kali tp last2 dpt KK..tp die lelaki.kebetulan mmg perlu laki kt ctu..tp doa la bnyk2 xeea..mmg perit PJJ ngn suami kan..

    ReplyDelete
  17. sabar ye xeaa..haih~ cian ko..
    tu je la yg bley aku ckp..tp try la buat rayuan, kan abah ko ckp bley wat rayuan..try dlu..kalo x leh gak, ko btau aku...kirenye, ko gune aku last skali laa utk menyelesaikan masalah ni..ehehe..
    InsyaAllah mesti ada jalan penyelesaian punye...

    Gambatte Neh!

    ReplyDelete
  18. oh my god...
    hmmm...xeea, can imagine ur condition skrg ni..mesti tgh macam2 punya pikir
    buat rayuan dulu xeea
    insya allah boleh tukar, pompuan senang skit,lagi2 dah kawin kan

    tak pun gi je lapor diri dulu
    kat sana nanti mesti ramai gak yg nak tukar
    boleh carik sape2 yg boleh tukar suka sama suka...

    ReplyDelete
  19. kristy : pinjam perut kamu!! at least, i ada satu lagi alasan konkrit. huu

    suzie : kk hulu langat penuh ye? pelik jugak. sbb still ada kawan yg dpt masuk. neway, any updates, i btau ok. mana tau, nak mintak tlg u nanti.

    shad : ingat la =) tatau pulak ko pun pppt jugak. poli behrang tu poli tg malim kan? ko dept. ape eh? untung2 ko bole tolong :p

    aziyana : tak pegi, rasa rugi. kalau pegi, hati tak bahagia. uwaaaa

    cik oren : ko bole tlg ek? ko ade contact sesape ke? skang ni aku x kira sape dah. buat muka tebal je nak mintak tlg kat semua orang.

    ReplyDelete
  20. dayu,

    tiap mlm i tdur tak lena. otak ni non-stop fikir. suami jauh, xde sedara mara, nak duduk mana, duit lagi. masa pun makin suntuk.

    kalau suami ada ikut sekali, tade aa prob sgt kot. tapi, dah keja dia kat sini. private pulak tu. camana nak mintak tukar sekali. tsk tsk.

    dah aa kpt ni sume kita kena urus sendiri. tiket ke apa suma tanggung sendiri. claim kendian hari. arghhhhh. sgt pressure, ok.

    ReplyDelete
  21. tgk course jgk ziha,ada yg ajar kursus pendek sbb kapasiti dah penuh,so far kwn2 dari kkjelebu dah 2org dpt pindah ke sana.

    suzie pun nak try mtk pndah sana sbb harapan nak masuk hq tkde (takut sebenarnya)n lgpun syg apartment kt putrajaya tu tkde sape yg duduk.

    lg 1 kkhulu langat ni tkde premis tetap,masih menumpang dkt sm teknik kajang n bangunan kedai.anything let me know,sy tkde cable kuat plak kat kpt..huhu..

    ReplyDelete
  22. uih jauh...
    breathe....
    kite doa de org tukar ngan kak ziha :)
    good luck k

    ReplyDelete
  23. xeea dear,

    no wonder blog ternakan satu lg itu sunyi sepi shj..sy sgt simpati..tp sy tak mampu nk tolong..cuma boleh doakan saje dr jauh..moga² ada yg terbuka hati membantu..

    p.s:teruskan usaha nak anak itu.. :)

    ReplyDelete
  24. xeea..ko pm kat ym aku eh...
    kite bley try la gune org tu.ahah

    ReplyDelete
  25. suzie : masuk hq? boleh ke? i try je la pi picc 23 hb ni. tengok camana.

    fiqah : sedey,kan. nak anta jauh, biar lah sampai US terus. boleh gak tumpang umah u.

    wardah : awak sudi membaca dan komen pun dah cukup sbg sokongan utk saya.

    cik oren : will do. thanx.

    ReplyDelete
  26. ahahahahah.gembira nya!!

    bawak bertenang.tiket diskaun saya hanya untuk famili sahaja.ada adik lelaki? :p

    ReplyDelete
  27. aku rase macam ni..ko pegi kpt...bahagian pengambilan tu kan.. pas tu ko bawak surat rayuan...ko buat la alasan ko tinggal ngan husband n slalu kene ulang alik umah family sbb parents dah tua ke..ko nangis gile2 blakon...u know what ade kakak tu dulu die buat mcm tu..dapat weh tukar...ko nangis gile2, n rela di maki..kakak tu cakap die mmg nangis gile alasan mintak tukar dekat ngan husband, n nak jaga parents yg dah tua and org tu mmg marah2..tapi aku rase kalau bab nak duk dekat ngan husband ni x payah blakon pun sure leh nangis, n kalau org tu marah2 ko pun ko biar je..ko buat je muke kesian...kakak tu terus org tu bg tukar and org tu cakap sy saje je nak tgk mcm mane awk bersungguh ke x nk mintak tukar..a'ah psas, kat sini mmg kurang pensyarah, aku department maths n comp datang le sini bekerja bersama2 aku..=)

    ReplyDelete
  28. anon: seriously kena buat macam tu?means diorang memang saja post kamu jauh2 dan later mahu kamu datang rayu2 kat diorang just mahu tengok kamu ni bersungguh2 mahu tukar/tak?

    macam haramjadah.patut bangsa tak maju.

    when u walk down the street of life,always held ur head high n keep walking.dont ever let anyone shake ur faith in urself,because that's really all that u have - sherry argov

    ReplyDelete
  29. pergghh..cabaran tu nak buat rayuan...
    Kuching memang jauh...
    aku pun takde semangat nak pegi..
    Walau pun aku kat sarawak, tapi jarak aku dari Lawas nak Kuching ibarat dari Johor nak ke Selatan Thailand ok...
    Kalau jalan darat, 2 hari baru sampai...
    Kalau naik flight, terpaksa dua kali naik. Lawas - Miri - Kuching...

    Aku sepatutnya dapat elaun wilayah!!! Sebab kos perjalanan aku lagi mahal dari semenanjung nak ke KL..pergi kuching je naik flight makan kos RM 400...huhu

    ReplyDelete
  30. saloma : ada2!! org kata, muka dia mcm tomok. the best of all, dia sentiasa WANGI mcm kakak dia :p

    anon : humang aih. aku dah la tak berapa reti nak bercerekarama bagai. aku pegi dah kpt tu. bo-layan je. dia suh gak aku pi lapor diri kat picc dulu. cerita sana pulak. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

    saloma lagi : yg sy tak paham, kenapa ntah dorang buat keja tak fikir 2 kali. pi hantar org yg dah kahwin sampai ke borneo nun. lps tu, dorang gak pening kepala balik bila kami ni berduyun2 dtg mintak tukar. sah2 laa masing2 dah pass surat nikah dulu. konon katanya, org dah kahwin takkan anta jauh. adoii ai.

    ala, semua tu org kita jugak. faham-faham je la.

    hussaini : perghh. ko lagi jauh ek. byk sgt ke elaun wilayah tu? boleh tampung kos pegi-balik aku every weekend tak?

    btw, kita duk serumah nak? aku tade member ni. sebatang kara je :p

    ReplyDelete
  31. ahahha.kimsalam adik ye akak..kih kih.dok sebelah sambil tutup mata.nak bau tapi takmau tengok tomok. :p

    *nanti ada tiket free. :DD

    ReplyDelete
  32. saloma : yeayy!!! u're the best! *peluk kuat-kuat*

    ReplyDelete
  33. minggu ni memang minggu paling aku pening. Nak menguruskan pasal kerja aku yg kat sekolah yg belum settle lagi...argghhhh...esok dah nak jalan dah ke KL...

    elaun wilayah tu berbanding ngan gaji aku, korang akan dapat lebih RM400 ke atas. Tak sure lagi lar. Tunggu slip gaji.

    Booking AirAsia awal-awal, ambik harga murah. Taktik tu memang selalu guru semenanjung kat sekolah aku guna. 2 minggu sekali balik KL. Sampai siap jadi ejen tiket Airasia lagi. Nak tiket, beli n booking dari dia...

    nak duduk serumah? hahaha...bahaya..ko dah kawen...

    ReplyDelete
  34. hussaini,

    err. kalau confirm takleh tukar, aku posponed dulu aa nak lapor diri kat sana. byk benda belum settle. tengok lah camana nanti. kita kaw-tim kat picc ok.

    siap jadik ejen eh? ni yg aku semangat nak bukak bisnes jugak. lagi makcik kayoooo!!!

    dah kawen? lagi bagus. boleh jadik tukang masak FREE. jgn main2 dgn bakat terpendam aku ni tau :p

    ReplyDelete
  35. xeaaa: wehh tahniah and takziah at the same time!

    jujur ..haku tumpang happy akhirnya u got THE NEWS...tapi ...alahai..bawak bersabar byk2....mungkin ada jalan lepas ni utk kembali ke hubby a.s.a.p...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul ...kalu wofsha dapat offer sama ...wofsha sanggup jek tuka ngan xeaa no problem .....tapi apa kan daya .....sabar ek..

    ReplyDelete
  36. sha,

    tatau la nak buat apa dah :( i need a shoulder!! thanx for your concern neway.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.