My handsome Alfiy Hafeez turns two on August 18th, 2012.
Alfiy Hafeez,
Pejam celik, pejam celik, anak Mama dah masuk 2 tahun. Sekejap je, kan. Rasa macam baru semalam Mama cium Alfiy buat kali pertama sebaik je Alfiy dikeluarkan dari rahim Mama. Menangis suara macam kartun. heh. Alih-alih sekarang, menangis dah macam meraung, pura-pura menangis pun pandai. Lagi heran, bila Alfiy menangis tiap kali tengok babak kittens kena ikat dalam kartun Puss-in-Boots, takpun masa flashback Po kena tinggal masa kecik dalam cerita Kung Fu Panda. Tak sangka anak Mama ni seorang yang penuh perasaan. Betullah kata Papa, sebijik macam Mama yang kalau tengok filem sedih je, terus meleleh air mata.
Super-Baby Alfiy!
Alfiy Hafeez,
Kalau nak Mama cerita satu-persatu tentang ragam Alfiy sejak cecah umur 2 tahun ni, memang tak siap-siap lah entri ni sampai raya Puasa tahun depan. Sebab memang terlalu banyak ragamnya! Cukuplah sebahagian gambar di atas untuk menggambarkan betapa anak Mama ni seorang yang sungguh lasak, jiwa kental, raja mogok, cheeky happy go lucky, stunt-man-in-the-making, drama king, superman, gentleman, sampai tahap nak jadik Ultraman pun boleh tapi dalam hati sentiasa ada taman. Mama akui, ada kalanya, Mama memang tak cukup sabar untuk layan kerenah Alfiy. Mujur lah Tuhan hadirkan Papa untuk Mama; seorang suami yang cukup sabar dan begitu menyenangkan hati.
Terima kasih Tuhan beri Mama peluang menyusukan Alfiy hingga Alfiy genap 2 tahun. Terlajak sikit lah sebulan dua. Sekarang, Alfiy dah minum susu formula sepenuhnya. Tipu lah kalau Mama tak rindu nak susu kan Alfiy macam selalu tapi dah sampai masanya, kan. Anak Mama dah besar panjang pun. Tak seswaiii tau nak bergayut 24 jam.
Biarlah orang putih panggil peringkat ni sebagai ‘terrible twos’ pun, Mama sedaya mungkin nak abadikannya sebagai ‘terrific twos’ walaupun mungkin Mama histeria lalu menjelma jadik raksasa gorgon hampir setiap hari untuk melalui fasa yang begitu mencabar ni. Pada hemat Mama, beberapa tahun pertama ni je lah yang Mama ada untuk merasa Alfiy nak kiss Mama setiap hari, peluk Mama dengan erat setiap malam dan hadiahkan senyum paling manis setiap kali Mama ambil Alfiy pulang dari taska. Senyuman yang bisa mengubat segala rasa duka. Bila Alfiy dah semakin dewasa nanti, pegang tangan Mama pun Alfiy taknak, inikan pulak nak kiss pipi Mama, kan? Tak macho lah depan kawan-kawan, katanya (-_-”)
Tiada yang lain Mama harapkan, melainkan doa seorang anak soleh. Semoga Alfiy membesar menjadi anak yang baik, diberikan kesihatan sempurna, menghormati orang tua dan sentiasa membahagiakan orang lain.
Sayang kamu selalu,
Mama Xeea & (Papa Cfu pun mesti sibuk nak tumpang sekali)
HER : Masih belum layak diiktiraf sebagai Super-Mama kerana rasa sabar masih belum cukup tebal T___T
nampak sangat dia lasak, genes sapa lah tu
ReplyDeleteWondering the same issue :p
DeleteHappy Birthday Alfiy...memang stunt-man-in-the-making...huh..be a gud boy to mama & papa oke ...:)
ReplyDeleteThanx Aunty! Amin :)
DeleteWarkah seorang mama kekdahnyer...
ReplyDeleteMungkin semua ibu pernah jadi raksasa gorgon kot di saat anak menginjak ke usia 2 tahun... pssst, kat umah i ada sorang...heheheh...
bapak2 jugak yg selalu jadi 'fairy' tempat anak mengadu sambil ajak lawan sama itu raksasa gordon...
Nway, i'd try to re-open my blog and become blogger once again... moga berjaya kali ni... takut2, bersawang lagi setahun dua...heheheh..
hepi besday alfi, dah 2 taun pon, uncle tak pernah jumpa pon... tak berjodoh nak jumpa...
hahahahahaha Raksasa Gorgon is compulsory in every family demi menjaga keharmonian rumahtangga & keamanan sejagat! ekekeke
Deletederang dah boleh buat macam2 kot, dah ada keberanian nak cuba macam2, tu yg kuar macam2 perangai
ReplyDeletetak mampu nak bersabar, redha je lah tgk segala peel dia
Jadik mama nak kena kuat! Urat dawai, tulang besi & hati batu! hahahaha
Deletetakpe...setahun je xea....you will see more lots of changes when he turn 3... ^_^ ase dh bujang sgt!
ReplyDeleteSkrg pun lagak nak serupa bujang sangat! adoii
Delete