![]()
Al Fatihah khususan ila Allahyarhamah Hjh Sipang bt Masalam; nenda yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah pada 31.12.2011 yang lalu.
Selepas lebih sebulan keluar masuk hospital, Embah pergi jua akhirnya.
Hampir saban minggu kami pulang melawat Embah di Hospital Muar. Sempat jugaklah Embah bermain-main dengan cicitnya; Alfiy, buat kali terakhir. Terkenang-kenang pada senyuman bahagia Embah melihat telatah Alfiy ketika itu. Biarpun tak sempat bersama-sama dengan arwah tatkala saat-saat beliau ‘dipanggil’ Tuhan, aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu memandikan, mengkafankan dan menyempurnakan Embah.
Buat pertama kali dalam hidup, aku kuatkan diri untuk membantu menyempurnakan jenazah. Melangsaikan tanggungjawab sebagai seorang cucu; berbakti bagi kali yang terakhir. Juga menunaikan Fardhu Kifayah seorang Muslim.
Di setiap siraman, air mata tak berhenti mencurah. Setiap kali mahu menggerakkan jenazah, hati tak berhenti bertanya, “Sakit tak dia?”, “Sejukkah dia?”, “Apa yang dia rasa?”.
Terbit rasa insaf yang cukup dalam. Ketika sampai masa aku nanti, siapa pula yang akan memandikan aku? Siapa yang sudi sempurnakan jenazah aku? Di mana aku akan disemadikan? Adakah aku cukup bertuah untuk punya anak, cucu dan cicit soleh solehah yang boleh menyempurnakan jenazah aku sepertimana Embah?
Wallahua’lam.
Lewat hari pengebumian, aku mengucup wajah bersih Embah yang pergi dengan begitu mudah, dengan dikelilingi oleh anak-anak dan orang kesayangannya. Pada hari tu, aku rasakan bau kapur barus yang digunakan untuk memandikan Embah adalah yang paling wangi dalam dunia. Sedikit bedak dan celak Mekah dioles nipis pada wajah Embah. Berseri-seri Embah ketika kembali menghadap Penciptanya.
Semoga Embah damai di sana.
Ingatan anak, cucu dan cicit sentiasa mengiringi di setiap solat dan doa.
Al Fatihah.
HER : Embah adalah panggilan untuk nenek atau atuk dalam Bahasa Jawa.
20 Happy Note(s):
takziah... moga rohnya tenteram di sana dan ditempatkan dlm golongan org2 beriman...
takziah yer xeea...
terkesan di hati n3 xeaa yg ini...
Al-Fatihah buat embah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin..
Takziah ye kak xeaa?
takziah ziha
kak suzie pun kehilangan nenek tersayang thn 2011 n mmg sgt2 sedih,everytime ingat sure akak nangis sbb nenek akak sempat jumpa ilyas 1x je masa raya thn lps tu pun kejap je :(
Takziah. Ada hikmahnya di sebalik semua ini. Allah lebih menyayanginya
Takziah buat Xeea sekeluarga.
Teringat sewaktu menguruskan jenazah arwah ibu dulu.. T___T
Alfatihah.
takziah kak, Al-fatihah untuk nenda akak, semoga rohnya berada dikalangan muslimin dan muslimah amin :)
takziah ye..moga ALlah mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin..
takziah ziha. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rih embah..
Al-fatihah buat embah. moga tenang rohnya di sana dan ditempatkan bersama org2 beriman. Takziah ziha.
Thanx. Haiii lama tak nampak?
Thanx Ena.
Aminnnn.
Sedih sangat, kak. Kite takde nenek dah. Tp dah sampai masa dia, kan.
Tiap musibah, pasti ada hikmah.
Bertuah arwah ibu Fasya sbb diesmpurnakan oleh anak dia sendiri. Alfatihah utk ibu Fasya jugak.
Aminnn. Lama dah Su tak singgah sini, ya.
Mudah2an. Amin.
Thanx Sha.
takziah buat xea sekeluarga
bertuahnya xea dapat berbakti pada nenek..semoga dijadikan pahala di akhirat nnt..
Post a Comment