Wednesday, February 4, 2009

Realiti TV menyanyi dah macam komedi. Raja Lawak pulak komedi yang tak menjadi.

Lama dah tak cerita pasal penyakit gila meroyan aku dengan TV.


Asyik cerita pasal cinta mekar bahagia burung berkicauan cahaya matahari menyinari bunga-bunga nan berkembang angin sepoi-sepoi bahasa daun-daun pun berguguran yadda yadda.


Sekarang ni, aku tengah kemaruk tengok American Idol musim baru. Tengah peringkat audition la yang best. Ala. Macam tak biasa je. Kan ke seronok gelakkan orang yang duduk melalak tanpa segan silu perasan suara merdu bak bulu perindu di kaca TV dan ditatap oleh manusia seantero dunia.


Siap dengan macam-macam gimik semata-mata nak tarik perhatian juri.


Aku paling tak tahan yang sarung costume arnab, bawak pasukan sorak sekali dan pakai bikini. Bila tang nyanyi, mak oi. Nak je aku rekod balik burn dalam DVD lepas tu pos balik kat orang tu nun kat Amerika sana. Biar dia buat post-moterm sendiri. Dia tu tengah menyanyi ke tengah menyalak.


Kadang-kadang, peserta yang pergi audition ni, macam syok sendiri pun ada. Tak kurang jugak yang pergi setakat nak menyibuk, nak masuk TV. Bukan sebab yang dia tu betul-betul ada bakat menyanyi.


Tapi, tak semua lah. Ada jugak yang betul-betul berbakat walaupun muka nampak macam seposen je. Pakai pun ala-ala je. Sekali dia bukak mulut, nyanyi. Menganga mulut aku ni, hah!


Adegan paling aku suka bila diorang kena reject.


Oh.

Siapa-siapa pun memang susah nak terima rejection, kan.


Tapi, tak perlu lah sampai nak mencarut bagai sampai semua tok nenek perkataan carut pun keluar siap tayang jari hantu merata maki juri pekak, bodoh dan tak reti menilai apa muzik yang dia cuba bawakan. Lagi parah, air mata mencurah-curah keluar mengalahkan orang yang mati anak. Dengan nyaris nak pengsan sesak nafas sampai terduduk segala.


Oh lagi.

Tak segan ke diorang bila tengok balik siaran ulang tayang tu nanti. Lagi pulak saudara-mara, sahabat handai, jiran tetanggga malah satu dunia duduk depan TV menonton sama.


Oh. Dan oh lagi.

Bila difikir-fikir balik. Orang sana kot. Dah memang jadik budaya dia agaknya.


Tapi, malam kelmarin, bila tengok One In a Million, orang-orang kita pun lebih kurang sama je fi'il nya. Panjang jugak harakat kata-kata carut yang keluar bila tak diterima. Samalah panjangnya dengan jari hantu mereka. Siap boleh kutuk suara juri tu pun bukanlah sedap mana. Amboi. Belajar lah terima kekurangan diri sendiri, dik oi. Tak cukup dengan jari hantu, jari telunjuk dia pun sibuk nak tunjuk orang lain punya salah.


Oh. Dan oh lagi. Dan oh lagi.

Ada lagi perkara lain yang lebih sentap daripada jari-jari hantu dan ucapan sulam carut, rupanya.


"..sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..."


Oooohhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!!

Eh, ini bukan Oh lagi.

Ouch! Auuwww!

6 comments:

  1. ko tau, korie rase pelik kalo aku tengok tv sorang sorang pastu gelak sorang sorang, pelik sgt ke ? aku rase tak pn. dah benda tu kelakar, aku ketawa je la hentak kaki. hahaha ko pn sama gak kan. So ade geng la hua hua hua

    ReplyDelete
  2. Salah id....pembetolkan aku la...

    ReplyDelete
  3. jom gi audition af7... untung2 ader gak keje nak wat sebelum ko posting... heheheheheh...

    teringat zaman berdebat dulu... dengar pendebat melalak... mmg ngeri..heheheh

    ReplyDelete
  4. momo : cakap kat korie, laughter is the best medicine!

    btw, aku mcm nk try resipi ns ayam dia. nampak mcm senang dan sedap. huu

    zul : AF? pendebat karaoke? ohhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

    ReplyDelete
  5. ha ah, orang malaysia pun sama jugak.. kalau bab ujibakat menyanyi, berduyun2 yang datang. kalau dah kena reject, tak boleh terima hakikat pulak... :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.