Friday, February 13, 2009

Kisah sehari selepas Khamis malam Jumaat.

Pagi-pagi Jumaat aku menjerit-jerit melolong bagai dirasuk.

Ayam berkokok, burung-burung berkicauan dan suara anak-anak kecil menangis habis tenggelam dek pitching suara aku yang boleh cecah tahap not paling tinggi pagi tu. Vokalis Meet Uncle Hussein pun kalah dan boleh bungkus kain baju, balik kampung tanam jagung.


Tangan aku meronta-ronta.

Siapa datang dekat, tak pasal-pasal kena penampar Jawa secara percuma.


Kaki pulak menendang segala benda yang ada kat sekeliling katil;



majalah Wanita edisi Abby Abadi sebagai kulit depan,

komik Shin Chan siri 49,

patung anjing merangkap bantal busuk; si Luna,

jam loceng antik tahun 80-an,

losyen badan untuk bayi yang wangi,

alat kawalan jauh penghawa dingin warna kuning kusam berdaki.



Habis semua bertaburan atas lantai.

Berselerak semua macam baru lepas dilanda garuda.

Bersepai-sepai.

.

.

.

.

.

"Siapa curik selimut aku ??!!!!! Pulangkannnnnnnn !!!!!!!"

.

.

.

Mata yang sendat berisi tahi tiba-tiba terpandang sekujur tubuh lelaki separa seksi di sebelah sedang nyenyak tidur berlagu dengkur sambil diselubungi kain selimut tebal warna putih umpama kepompong.

.

.

.


HER : Betul lah, Zul. Aku dah mula nak meroyan sebab tak posting-posting lagi.

7 comments:

  1. hehhe bawak bersabar xeea..kitrg penah rase betapa gabannya hidup nk tunggu posting..tp bezanya kami hnya 6 bulan menternak mcm2 tumbuhan kt umah

    ReplyDelete
  2. issskkk
    ingat kan nape tadi

    tggu posting??
    keje pe?? lecturer??
    isskkk..selagi ada masa ni..
    enjoy lah ur free moments xeea
    nanti dah keje kang...

    rasa rindu nak lepak2 kat umah

    ReplyDelete
  3. ler..hengatkan kene rasuk ke haper....saspen sungguh...huhu...
    selamat menunggu xeaa :)

    ReplyDelete
  4. meroyan jugak adik aku yg sorang ni rupernyer...

    rilek ah... tak lama dah tu...

    bykkan berdoa...

    ReplyDelete
  5. chill..

    the fruit of effort is best enjoyed when it comes at the right time.. not too soon, not to late..

    all the best! the fruit will be juicy and sweet.. and totally worth the wait.. trust me..

    ReplyDelete
  6. aziyana : ternak tumbuhan ade gak hasil. ternak blog bole hlang boring. ternak lemak?

    dayu : tu lah. tgh berusaha enjoy the moment to the fullest lah ni. kadang2 je meroyan.

    sha : termia kasih. semoga saya kuat.

    sheliza : kita serupaaaaaa.

    zul : wish me luck, bro!

    byn : can't wait for the fruit! i am TOO hungry! uwaaaaaa

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.