Monday, February 16, 2009

14 Februari pertama. Dah kahwin pun boleh apa.

Situasi biasa 14 Februari.

Ayat dari mulut orang-orang lahir tahun 50-an dan ke atas :

"Jangan sambut Valentine. Amalan orang kafir. Berdosa."


Ayat dari mulut orang-orang lahir tahun 80-an dan ke bawah :

"Ala. Apa salahnya. Valentine kan Hari kasih sayang. Yang penting niat."


Love is REALLY in the air !!!

*****


Aku tak peduli pun Valentine tu apa atau siapa.

Yang aku ingat, pernah dapat patung setan warna merah bertanduk dua yang disalah anggap oleh Mak sebagai lembu (oh. Mak memang sangat comel bila berlagak innocent macam ni) pada 14 Februari suatu masa dulu.

Aku jugak ingat, pernah dapat hadiah istimewa berupa bantal bentuk hati warna merah daripada Kenny Rodgers sebagai pelanggan bertuah yang makan kat situ, pun pada 14 Februari suatu masa dulu.

Yang paling aku ingat, terlibat dalam kemalangan jalan raya kat simpang masuk tol lebuhraya Ayer Hitam, kepala benjol besar macam bola sebab terhantuk kat dashboard akibat tak pakai tali pinggang keledar, juga pada 14 Februari suatu masa dulu.

Aku tak pernah peduli akan kedatangan 14 Februari.

Tapi, bila umur dah menginjak 18 tahun (ehem), dah jadik isteri orang, ditambah pulak gelaran suri rumah tangga sepenuh masa yang kemaruk menghabiskan masa berjam-jam menonton filem Titanic sambil memeluk suami peliharaan (ehem), hormon mengada-ngada nak sama merasa apa best nya 14 Februari tiba-tiba membuak-buak.

Hormon mengada-ngada aku ni berjaya jugak mengheret suami peliharaan untuk sama-sama keluar berjanji temu, pakai baju sama warna, pimpin tangan silang jari, pergi pusat membeli-belah bentuk piramid yang ada bela singa.

Hajat di hati, nak tonton Si Upin & Ipin, nak bagi rasa macam muda-mudi yang duduk berdua-duaan, saling bersuapan makan aiskrim Baskin Robbins sambil tangan masing-masing pegang sejambak bunga dan ambil gambar bawah pokok bunga. Oh, anak remaja zaman ini memang sangat romantik!

Pusing punya pusing, Upin & Ipin tak ada, kami pergi pusat bowling. Daripada membayar untuk baling bola masuk longkang je, kami buat keputusan untuk tengok ikan dalam akuarium kat pusat bowling tu saja. Percuma.

Lepas tu, masuk pusat peliharaan haiwan. Terpikat kat seekor hamster berbulu tebal macam kucing. Bulat macam bola. Tengok je. Percuma.

Dating apa ni? Asyik percuma. Percuma.

Sudahnya, masuk bahagian basah, beli ikan. Tak lupa jugak spaghetti dan sos Prego. Habis jugak dalam tiga puluh Ringgit Malaysia.

Haaa... ini barulah dating namanya! Keluarkan duit dalam seringgit dua.

Balik rumah, lepak depan TV, baring-baring, malas-malas, goda dan pujuk suami peliharaan suruh dia masak, lepas tu makan sampai kenyang, tengok filem Titanic, dua-dua feeling terlebih sampai tersedu-sedan menangis senyap-senyap, saling mengelap air mata dan hingus masing-masing, sedar-sedar dah terbongkang tidur atas sofa merah kesayangan.


Itulah pengalaman 14 Februari pertama aku.

Best jugak, kan?

11 comments:

  1. sambut valentine kat umah lagi best yer..

    ReplyDelete
  2. hahaha..okay la tuh... aku lagi la mmg tak sambut from the beginning of relation..cewah!
    kuar jugak ayat sambil mencembengkan bibir "huuuuuu...tak penah dapat bungeeee.....".. tp husband mesti buat muke...sebab nye die dah tau dah...ape sudahnye pada bunge2 fresh flower yang aku ade...mule2 smpan..kering..berhabuk busuk.. dlm mase sebulan bunge tu msti dah masuk tong sampah..hahaha....
    tp aku nk betau! aku dapat tgk upin n ipin mase valentine! tapinye bukan dengan husband... kami pergi betiga..aku, husband n my best fren yg dah lama tak jmpe..malangnye 1 seat tercampak kat tempat lain...so suamiku yg sgt understanding itu berkata.."takpela..biar abg amik seat yg sorg tuh..."
    aduhh..sayang nye die...mlm ni kite claim yehhh....

    ReplyDelete
  3. wow, inilah realiti suami isteri. mcm best jugak je ;P

    ReplyDelete
  4. pn ziha,i'm all against valentine's day celebration JANGAN-JANGAN-JANGAN (ayat konservatif) tp betul-betul--betul (tagline upin n ipin) betul jgn ikuttttt

    hari2 kan l.o.v.e??

    ReplyDelete
  5. wah..mcm best jer..

    ni bley jadi hari-hari adalah hari kekasih...

    aman daman dunia ku...ekeke

    ReplyDelete
  6. as long as kite bersame ngan org tercinta, memang besh jadiknye. tak kire lah kat mane pun. kan kan kan. ;)

    ReplyDelete
  7. emmmmm... musim mengawan yek ....

    ReplyDelete
  8. adakah benar valentine tu seorang pahlawan dan telah meraikan kemenangannya pada 14 Febuari? Itulah perdebatan antara aku dan awang hari tu time die travelling ke tempatku. Apapun, kesimpulannya, kita buat yang elok dan elak yang mungkar sudah memadai....

    banyak nar pengalaman ko erk...ada pahit dan manis. Tapi yang pasti tahun ni 'manis'...harap kemanisan tu akan berlanjutan pada tahun akan mendatang dan terus subur.....

    ReplyDelete
  9. hhahah lucu la xeea ni..mcm2..excited sungguh bergelar isteri..bile nk dpt baby ni?

    ReplyDelete
  10. sheliza : yup. bole baring2, golek2, buat mcm cite hindustan sket. hee

    dayah : "mlm ni kite claim yehh" wah. wah. kemain lagi ko rasuah laki ko yer.

    soraya : kan ke rancangan realiti tu sume lagi best dari drama? :p

    suzie : totally agree! tiap hari sayang (sambil buat gaya tangkap muka mcm iklan fair & lovely tu)

    ReplyDelete
  11. cik oren : besssstttttttttttt!! trust me. sila lah kawen. huu

    anna : betul.betul. betul.

    zul : nak mengawan mane ade musim weh. *intonasi gatal dan jahat*

    hussaini : amin. mudah2an.

    aziyana : baby? err.. err.. berusaha tangga kejayaan!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.