Tuesday, February 10, 2009

Anjakan para-para digma.

Tak sangka, sekarang aku dah duduk rumah sewa sendirik serta tak perlu lagi bertekak dengan mak abah pasal hiasan rumah, lebih-lebih lagi bila masuk bab karpet pakistan corak berkerawang awan larat bagai harga ribu-ribu kegemaran mereka.

Tak sangka jugak, aku dah ada peti sejuk saiz XXL sendirik dan boleh disumbat dengan beraneka jenis aiskrim, coklat serta makanan ringan lain yang sering dileteri oleh mak abah dulu.


Lagi tak sangka, dalam senarai-barang-yang-perlu-dibeli-bulan-ini dah ada perkataan kangkung dan bayam. Kalau dulu, asyik-asyik ubat gigi, megi, ubat gigi, megi.


*sigh*


Ni pulak, percubaan pertama masak nasik ayam.

Kalau ikutkan prinsip mak aku bila sebut pasal masak nasik ayam, "ala, kedai nasik ayam dekat je, buat apa susah-susah nak masak", memang sampai ke anak cucu nanti lah aku tak reti masak nasik ayam.

Terima kasih kepada ibu mertua yang dikasihi; Puan Seri Saudah serta boyfriend Momo; si Korie atas resipi yang senang dan tak menyusahkan orang berpenyakit ganjil macam aku ni.


Nih haa. Nasik ayam koboi.
Tanpa daun salad, tomato dan daun sup sebagai hiasan.
Oh. Gambar nasik takde. Kat dalam periuk lagi.


Bak kata cfu, "Tak payah lah hias cantik-cantik bagai. Yang penting, rasanya macam nasik ayam. Bukan nasik lemak."


Dan, nasik ayam aku memang rasa macam nasik ayam.

Licin pinggan sampai boleh buat cermin nak tengok jerawat nasi kat pipi.


HER : Bagus jugak memasak sambil dicanang-canang penuh bangga kat blog ni. Sekurang-kurangnya, ada jugak bukti nak tunjuk kat anak cucu nanti yang aku pernah masak nasik ayam. Mane lah tau kan, tiba-tiba besok, aku pun nak ikut prinsip mak aku tu bila sebut pasal masak nasik ayam.

18 comments:

  1. wah..mcm sedap jek..ala..xyah letak salad pon xper..kat sini xde salad..timun sehiris dah rm4..hukhuk

    ReplyDelete
  2. wahh suspennya. mengenang nasib diri yang hanya tau masak kurang dari lima lauk dalam hidup ini. nasi ayam jauh sekali laaaah.

    oh ayam tuh nampak enak & garing. slurrrp.

    ReplyDelete
  3. ..hehe..chill!!!!tulis byk2 lg ek,kita suka baca :-)

    tp yg kaler2 hitam tu apa???hemm musykil kita ;p

    ReplyDelete
  4. oh oh bes nye tengok ayam goreng kicap tuh. um saye suke gile nasik ayam.nanti nak rase kak ziha nyer nasi ayam okehh.ehehe

    tahniah tahniah.saye ni bile la nak try masak bagaii. ;)

    oh tulisan kak ziha tak berubah!

    ReplyDelete
  5. nasi ayam satu.... ayam lebih nasi kurang yek... sup semangkuk besar... kasi cepat skit ek...

    hehehehehhe...

    ReplyDelete
  6. suke bc celoteh xeea kt blog ni..lg suke bile cite psl ur chores as a wife..heheh keep it up sis!!

    ReplyDelete
  7. nanti bila dah ada anak sok..jangan pulak turunkan kata kata cam nih kat anak

    "ala, kedai nasik ayam dekat je, buat apa susah-susah nak masak"

    alamat nasi ayam kat dunia nie..takder penyambung warisan lahh..nmpknya

    ReplyDelete
  8. Nanti aku srh ajar ko wat BBQ source, jimat takyah g pasar beli botol BBQ source, mana tau ko nak rasa lain skit ke..

    ReplyDelete
  9. feresa : lain kali ko dtg umah aku lagi, aku jamu ko nasik ayam pulak, yer.

    soraya : haha. dun worry. akak dulu balik-balik masak sadin je. dah kawen nti, automatic mesti tau masak lebih dari 5 lauk punye!

    suzie : yang hitam itu menawan. ehem.

    anna : sila. sila tambah nasik. oh. tulisan masih macam bujang, kan? huu

    ReplyDelete
  10. zul : siapppp!!!

    aziyana : haha your turn will come, akak.

    hidden stories : kat mane tumpahnye kuah, kalau tak ke nasik, kan? heee

    momo : owh. BBQ belum cuba. meh ajar aku. BBQ set dah ade, dpt ms wedding ari tu. Masaknye je belum lagi.

    ReplyDelete
  11. wah..aktiviti masak memasak semakin rancak skang..hehe

    ReplyDelete
  12. wahh..bestnya nasik ayam..
    lagik hitam, lagik rangup, lagi sodap..

    ReplyDelete
  13. wahhh..penyakit ganjil dah berkurangan ni...ganbatte..
    bila sebut pasal chef teringat kat Pn. Muhaini.. tu lah antara cfu masakan saya..:).. teringat mee hailam n blackberry cheesecake dia yg sangat mabeles....

    ReplyDelete
  14. oren : boleh tahan lah. huu

    sheliza : ayam tu masuk dlm sup skali. pastu gaul dgn kicap pekat. tak bakar pun. tu yg jadik hitam gitu. hitam kan menawan. rasanya lagilah tak tahan. huuu

    ira : haha. dah ada vaksin penyembuh kot.

    ReplyDelete
  15. besnya tgk org yg dulu ada penyakit ganjil pastu skang dah kurang dah sket2.

    cuak ni, my fiance dah mellow down tak demand2 dah suh i blajar masak itu ini..tp deep down rasa cam serba salah plak ish aku ni tatau masak pe pon laie ni huhu..

    resipi yg kat korie tu utk bape org makan smp cili 20 biji tuu

    ReplyDelete
  16. miza,

    berusaha! sikit2, lama2 jadik bukit.

    20 cili tu utk kasik pedas je. tp i alter. tak letak spi 20 biji tp ganti dgn cili padi nak bagi pedas. huu

    ReplyDelete
  17. xeaa..satu petua (kalau minat laaa) masa perap ayam ..taruk sikit garam masala.....yuummmmmm :)

    ReplyDelete
  18. sha,

    garam masala tu camana rupa? bole try nih.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.