Wednesday, February 25, 2009

Auto-pilot.

Kelmarin adalah hari pillow talk dengan suami peliharaan.

Adat hidup berdua, semua benda nak kena bincang. Kena muhasabah. Luah segala perkara yang kalau disimpan lama-lama, boleh jadi nanah dalam hati.

Sebelum ni, pillow talk banyak berkisar hal sinetron politik negara. (Mengalahkan perdana menteri, kan?) Kali ni, lebih banyak menyentuh perihal perjalanan hidup aku. Tak tahu lah macam mana aku boleh jadik subjek dan isu. Selain daripada seksi dan jelita (ehem), mungkin juga disebabkan oleh status semasa. (Baca : Tidak bekerja.)

Bila dikenang semula, kadang-kadang aku rasa, orang-orang yang tergolong dalam kategori rebel atau suka memberontak adalah sangat bertuah. Sebab mereka punya kudrat, suara dan keupayaan untuk pertahankan apa yang mereka nak dalam hidup.

Ada seorang kawan, memberontak tatkala disuruh masuk matrikulasi kerajaan yang ditempatkan sementara kat kolej swasta suatu masa dulu. Dia betul-betul tak mahu pergi sampaikan duduk mogok dalam kereta tak mahu keluar masa hari pendaftaran. Beritahu ibu ayah dia yang dia betul-betul tak mahu! Nasihat ibu ayah dia supaya cuba dulu tinggal sehari dua, memang tak lut kat telinga. Akhirnya, ibu ayah dia akur dengan apa yang dia mahu.

Kes adik aku pulak, dapat 10A dalam SPM. Mak Abah satu keluarga semua suruh dia sambung jurusan kedoktoran. Tapi, dia memberontak tak mahu walaupun semua orang tak setuju. Dia masuk universiti pilihan dan ambil jurusan yang dia impikan. Dah tahun akhir pun. Keluar nanti, dia bercita-cita nak buka nurseri sebab dia sukakan kanak-kanak. Itu yang dia mahukan.

Aku kagum dengan tahap rebel orang-orang seperti ini.

Yang membolehkan suara mereka didengari untuk nyatakan apa yang mereka mahukan. Berupaya buat keputusan sendiri pada usia yang mana rata-rata antara kita, pada masa itu, setiap keputusan banyak ditetapkan oleh ibu bapa.

Abah kata, aku jenis rebel. Degil.

Mungkin fakta tentang orang yang lahir pada tengah malam agak keras kepala, ada betul nya. Ditambah pulak lahir lewat seminggu hingga dipaksa keluar daripada rahim Mak dengan bantuan vacuum.

Lihat.

Bukan main berganda-ganda aku punya tahap degil.

Tapi, aku rasa ianya masih tak cukup kuat untuk dirasai dan didengari. Tak berupaya untuk tentukan apa yang aku mahukan.

Mungkin sekali je lah.

Lepas UPSR dulu, aku nak sangat-sangat masuk sekolah Sains. Aku memberontak bila Mak Abah suruh terima tawaran sekolah agama yang datang dulu. Hentak kaki, kurung diri dalam bilik, tak mahu makan, pasang radio kuat-kuat. Mujurlah tawaran ke sekolah Sains menyusul esoknya. Jadi, aku rasa macam berbaloi pemberontakan hari semalam.

Tapi, aku mula perasan yang sifat rebel dalam diri tak mampu nak buat apa-apa apabila sekolah tu takde tawarkan subjek Prinsip Akaun sebaik je aku masuk Tingkatan 4. Semua wajib ambil subjek aliran Sains tulen. Masa tu, aku memberontak, nak tukar sekolah. Mak abah puas pujuk. Suruh cuba dulu. Takkan nak tinggalkan sekolah asrama penuh hanya sebab itu. Aku akur. Tak nak susahkan hati mereka.

Mulai saat itu, sifat rebel dalam diri aku makin tak berfungsi.

Kecuali dalam hati.

1. Lepas SPM, aku tak nak masuk matrikulasi. Nak buat TESL kat luar negara sebab aku jatuh hati dengan semua cikgu Bahasa Inggeris, yang aku kira macam best dan sporting je. Abah kata, masuk matrik dulu, dapat tawaran nanti, keluar lah.

Aku akur.
Memberontak dalam hati sebab kena banyak menghafal terma Biologi yang langsung tak digemari.

2. Belajar dekat satu semester, dapat tawaran TESL, mereka tak bagi pergi. Sayang katanya, dah belajar berbulan-bulan. Mana tahu ada rezeki aku boleh jadik doktor.

Aku akur.
Memberontak dalam hati sebab aku tahu CGPA aku tak cukup bagus nak sambung jurusan perubatan.

3. Habis matrikulasi, masih tak putus asa lagi, nak masuk universiti yang ada tawarkan jurusan TESL. CGPA bawah 3.8, sains hayat pula, memang kena lelong lah jawabnya. Mak Abah pujuk lagi, suruh masuk dulu, sambil buat rayuan ke universiti lain.

Aku akur.
Memberontak dalam hati, abaikan pelajaran, ponteng kuliah, CGPA bawah 3 untuk semester satu. Cukup untuk bukak mata Mak Abah betapa aku tak suka jurusan itu.

4. Masuk semester 2, rayuan diterima. Tapi, bukan jurusan yang aku minta. Mak Abah kata, belajar lah kat mana-mana pun, yang penting usaha, pasti berjaya. Duduklah aku di situ lagi.

Aku akur.
Memberontak dalam hati, belajar sampai dapat ijazah kelas kedua tinggi, tanpa memasang niat untuk mempunyai karier masa depan dalam jurusan itu.

5. Habis degree, terikat dengan biasiswa, kena sambung belajar lagi. Tak mahu pergi. Tapi, mana nak cari 200 - 300 ribu nak bayar ganti rugi.

Aku akur.
Memberontak dalam hati, belajar sampai habis, setakat untuk memenuhi tuntutan kontrak dan syarat.

6. Sama juga halnya masa nak kahwin, pasang impian itu dan ini, nak buat begitu begini. Akhirnya, kena ikut jugak kemahuan, keperluan dan telunjuk keluarga. Atas peringatan, perkahwinan bukan setakat berdua.

Aku akur.
Wedding is all about family.


Walaupun aku rasa orang-orang yang suka memberontak tu bertuah, sebab boleh tentukan hala tuju hidup sendiri, tapi bukan bagi aku. Atau dengan kata lain, aku tak punya cukup kekuatan untuk perjuangkan apa yang aku mahu. Tak sampai hati untuk bantah kata Mak Abah yang dah banyak bersusah-payah. Tak punya kudrat nak menolak kemahuan dan kecewakan mereka. Dengan orang lain, mungkin. Bukan dengan keluarga.

Sebab tu, aku hanya mampu memberontak dalam hati.

Sekali pandang, jalan hidup yang aku dah lalui seolah-olah macam tiada pilihan. Hanya tekan butang auto-pilot, maka ia pun bergerak ikut haluan yang dah diprogramkan sedari awal. Sampaikan bila dah berada pada tahap ni, aku macam tak tahu apa sebenarnya yang aku mahukan. Tiada apa lagi untuk diberontakkan.

I'll just go with the flow.


Walaupun bukan semuanya berlaku seperti yang aku mahukan, aku tetap bersyukur sebab masih dikelilingi oleh orang-orang yang dikasihi dalam melalui semuanya. Tuhan Maha Besar. Masih ramai lagi orang di luar sana yang hidupnya terumbang-ambing tanpa arah tujuan.

Kadang-kadang je terdetik dalam hati. "Bertuahnya orang ini. Dapat lakukan apa yang dia ingini."

Itu lah.

Aku cuma mampu memberontak dalam hati.


HER : Tunggulah posting kat mana nanti. Kalau jauh dari suami, tak mahulah aku akur lagi. Penat dah memberontak dalam hati.

18 comments:

  1. hurm same ar kiter..slalu memberontak dlm hati..nk diikutkan kedgilan pkir akibatnya pulak..last2..hati sntiasa menangis..ternyata dlm hidup xsmua yg nk kiter dpt..hidup dikongsi dgn ramai org

    ReplyDelete
  2. sedeynye....

    CRY OUT LOUD..

    klu aku cte akunye auto pilot mau menangis orang 7 hr 7 mlm...

    tp bile renung2kan

    auto pilot kadang2 boleh kite rujuk dengan kata2 ni
    "ALLAH know the best"
    maka terpujukla semua hati nan lara..

    pesanan untuk syahida juga:
    jadikanla kami hamba Mu yang sgt bersykur,sgt sabar dan sentiasa merasa diri ini kecil..

    [kecut perut gak ni menantikan posting..]

    ReplyDelete
  3. aziyana : kita hanya mampu merancang, selebihnya DIA yang tentukan.

    syida : tu lah. redha je. mungkin ini jalan yg terbaik. HE knows best.

    debor2 seh. siot je SPP ni tanak kuarkan kat website dia. siap lah kena lapor diri kat putrajaya. senior kite dulu ade ke camtu?

    ReplyDelete
  4. xeea, klu kita dpt jauh dr suami kita memberontak sama2 yer..hihi

    tp kyus sembang ngan org spp dia kt insyaalah diaorang anta kita terdekat dgn address.tp tgk gak kekosongan course kt..

    ReplyDelete
  5. oh oh. kak ziha macam saya jugak.

    saye pun, ambil course electrical sebab ayah saye yang mawu saya jadi engineer.

    saye tak minat.sikit pun tak minat.
    memang sejak sekolah lagi dah tak suke belajar fizik.
    form 4 belajar fizik dengan arwah tn hj osman.
    form 5 plak blaja fizik ngan cikgu saemah. ;)

    n skarang ni, macam agak derita jugaklah bile belajar sumting yang saya tak minat. tapi saye still fikirkan harapan ayah saye tuh.
    and akhir-akhir ni, ayah saya macam baru sedar yang minat sebenar saye bukanlah ape yang saye belajar skarang ni.
    tu sebab die support bile saye decide untuk run bisnes kecil-kecilan ni.

    tapi dah tak boleh nak berpatah balik dah.

    i'll just go with the flow too! ;)

    ReplyDelete
  6. hmmm..

    sebagai org yg mmg rebel. aku rase agak terkedu sbb ko bleh puji org cam kitorg. huhu..

    mmg la, aku byk buat decision sendiri. tp aku byk hurt feelings org sbb aku fikir diri aku je.

    manusia itu sentiase dlm kerugian.

    so mane2 ko pilih pun, ade pros n cons. x stiap kali rebel bleh dpt ape yg nak.. dah la penat woo nk rebel tu..

    the best approach will always be going for what u need. not what u want. the things u want will flow in as u achieve the things u need, sincerely.

    ReplyDelete
  7. sheliza : sama2 kita buat rusuhan eh, kak! :p

    posting ikut alamat? alamat kite kat johor lah. laki kat Kl. uwaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  8. anna : i hate physic too.

    at least, anna stick dgn cita2 dan kemahuan. dpt jugak buat apa yg anna nak walaupun lewat sikit. akak ni, tatau dah nak buat apa. ikut je apa2 yg akan berlaku.

    all the best, anna!

    ReplyDelete
  9. byn,

    my pleasure. aku mmg kagum dgn org rebel.

    thanx for a really good advise. truly inspiring. mcm ko kata, semua benda ada pros and cons. aku ikut je.

    mungkin satu hari nanti, aku akan jumpa jugak apa yg aku cari dan aku nak selama ni.

    err.. ayat last aku dah macam nak carik harta karun lah pulak.

    ReplyDelete
  10. :) takpe kak, kalau kita pilih tidak memberontak untuk dengar cakap orang yang kite sayang & kite hormat (especially orang tua), hidup dapat lagi banyak sweet blessings ;)

    in the end, it is Qada' & Qadar after all.. pusing kot mana pun, mesti back to square tu jugak..

    wah tengah tunggu posting yea ? macamana kalau akak dapat posting ke sarikei atau sandakan ? apa langkah pemberontakan seterusnya ? hahahahha ;) goodluck!

    ReplyDelete
  11. tak dpt masuk TESL kwn dgn org TESL mcm kita pun bolehhhh =) tu la ziha,kita apply TESL dulu pun sbb admire my english teacher,pn rozina...kiranya teacher jd idola masa 2ndary skool dulu.

    so here i am =)

    ReplyDelete
  12. penulisan awak bagus *clap*

    saya seorang rebel. i always get what i want. memang saya tak reti bahasa. sebab itu masa wedding, saya dapat apa yang saya nak.

    tp kadang2 selfish pun ya juge.

    just go with the flow tu kalau selalu sangat tak bagus la awak. kita rasa, awak perlu ada tiang dalam diri awak. tiang seri tegak berlima supaya awak lebih kuat. hihi.

    :)

    ReplyDelete
  13. u know, ayat yg u ckp last skali tu tang bertuah blah blah tu was d same thing that i thought dis morning..

    i'm also under auto-pilot mode skang..blm kawin pon dah rasa cam dlm auto pilot coz u just can't be selfish kan?

    ReplyDelete
  14. setiap sesuatu ada hikmahnya...tapi kadang-kadang aku pun meluat dengan ayat hikmahnya ni..huh...

    tapi, apakan daya. Semuanya telah terputus di dalam qudus Allah. Qada dan Qadar telah ditentukan...

    Tertarik dengan kewibawaan SUARA pelajar cemerlang pasal posting kita...

    ReplyDelete
  15. soraya : mudah2an ada betulnya. dengar kata orang tua lebih baraqah, mungkin.

    kalau sarikei atau sandakan, mau i buat rusuhan secara besar-besaran. tak main aa setakat baring2 atas jalan.

    suzie : owh. baru tau suzie nih chekgu, ye. sama lah bidang kita. best nye lah hai. byk2 cikgu, nama2 cikgu english je yang sy boleh ingat darpada tadika sampai lah masuk U. obses, kan?

    hidd : tiang tu memang ada. tapi, dah lama senget. tak tahulah bila boleh nak baiki. doakan saya.

    ReplyDelete
  16. mieza : pasal wedding toksah cakap lah. idea kita ni kadang2 macam di angin lalu je. tak yang betul nya. apa boleh buat.

    hussaini : muak dah dengar ayat tu. tadah je lah telinga.

    perghh!!

    lancangnya dia. mujur bukan budak MBV. tak pasal2 org mengata kita balik nanti. tapi, betul apa. org2 yg takde kena-mengena tiba2 ambil tempat kita. sakit jiwa.

    ReplyDelete
  17. aku baru baca entry nie..
    aku juga baru membincangkan hal ini dengan seorang rakan..
    yeah..kita serupa..siapa aku pada ketika ini bukan apa yg aku inginkan tapi sebaliknya apa yg org lain mahu aku jadi..hati memberontak tetapi tak sanggup melukakan hati org2 yg telah banyak susah payah untuk diri nie..sudahnya..aku yg menangis sendirian..sumtimes rasa nak gile..susah nak cakap..perang dgn perasaan sendiri..korbankan keinginan sendiri n ikut apa yg org lain nak aku jadi..we r just same..go with the flow..*sigh*

    ReplyDelete
  18. miss dee,

    shuh shuh *tepuk2 belakang*

    you're not alone
    semoga kita terus kuat
    :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.