Tuesday, June 23, 2009

Resipi #03 : Trifle.

Atas permintaan ramai, entri ni dihasilkan semata-mata nak tepek resipi trifle yang menggiurkan tu.


Mempersembahkan…

wow 009

Trifle.


Bahan A (Lapisan bawah sekali) :

1 buku kek (lebih baik beli kek butter/mentega) **perasa ikut suka

Penyediaan : Potong nipis dan susun rapat-rapat kat bahagian bawah bekas kaca.


Bahan B (Lapisan ke-3) :

3 sudu besar tepung kastard

2 biji telur (kuning sahaja)

1 tin susu cair

2 sudu besar gula

Sedikit esen vanilla

Air

Penyediaan : Campurkan semua Bahan B dan masak atas dapur. Sentiasa kacau dan tunggu hingga menggelegak.


Bahan C (Lapisan ke-2) :

1 tin fruit cocktail

Penyediaan : Toskan airnya siap-siap.


Bahan D (Lapisan atas sekali) :

2 kotak serbuk jelly segera (nak buat sendiri pakai agar-agar pun boleh) **perasa ikut suka

Penyediaan : Masak dengan 5 cawan air panas dan kacau sehingga pekat. Pastikan tidak terlalu lembik.


Cara-cara :

Tuang satu-satu bahan A, B, C dan D ikut turutan macam gambar ni, ok..

bulan madu 2 121


1) Mula-mula tuang bancuhan kastard (Bahan B) dulu kat atas lapisan kek (Bahan A) yang dah disusun siap-siap dalam bekas kaca tadi. Ratakan dan biarkan sejuk sekejap.


2) Lepas kastard dah keras/ membeku sikit, barulah tuang fruit cocktail (Bahan C) yang dah siap ditoskan tadi kat atas lapisan kastard.


3) Akhir sekali, barulah tuang bancuhan jelly (Bahan D) kat atas lapisan fruit cocktail. Ratakan.


4) Simpan dalam peti sejuk. Biarkan selama 2-3 jam sebelum dimakan.


Selamat mencuba!



HER : Bila masuk bab masak lauk-pauk, aku tak berapa nak suka laa.

6 comments:

  1. xeea..tq!!nk cuba jadi suri rumah terhebat juge.. *wink*

    ReplyDelete
  2. wardah,

    chewah chewah
    semangat ye, awak!

    bagus. dapat pahala tau kite 'membesarkan' perut suami. heee

    ReplyDelete
  3. salam, nak tanya, bahan D "pastikan tak terlalu lembik" .. cam mana tu ye????

    ReplyDelete
  4. wawa,

    jelly tu jgn lembik sgt masa bancuh. kalau lembik sgt, nti tak boleh letak kat layer atas sekali, takut melarut kat layer bawah pulak.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.