Atas permintaan ramai, entri ni dihasilkan semata-mata nak tepek resipi trifle yang menggiurkan tu.
Mempersembahkan…
Trifle.
Bahan A (Lapisan bawah sekali) :
1 buku kek (lebih baik beli kek butter/mentega) **perasa ikut suka
Penyediaan : Potong nipis dan susun rapat-rapat kat bahagian bawah bekas kaca.
Bahan B (Lapisan ke-3) :
3 sudu besar tepung kastard
2 biji telur (kuning sahaja)
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
Sedikit esen vanilla
Air
Penyediaan : Campurkan semua Bahan B dan masak atas dapur. Sentiasa kacau dan tunggu hingga menggelegak.
Bahan C (Lapisan ke-2) :
1 tin fruit cocktail
Penyediaan : Toskan airnya siap-siap.
Bahan D (Lapisan atas sekali) :
2 kotak serbuk jelly segera (nak buat sendiri pakai agar-agar pun boleh) **perasa ikut suka
Penyediaan : Masak dengan 5 cawan air panas dan kacau sehingga pekat. Pastikan tidak terlalu lembik.
Cara-cara :
Tuang satu-satu bahan A, B, C dan D ikut turutan macam gambar ni, ok..
1) Mula-mula tuang bancuhan kastard (Bahan B) dulu kat atas lapisan kek (Bahan A) yang dah disusun siap-siap dalam bekas kaca tadi. Ratakan dan biarkan sejuk sekejap.
2) Lepas kastard dah keras/ membeku sikit, barulah tuang fruit cocktail (Bahan C) yang dah siap ditoskan tadi kat atas lapisan kastard.
3) Akhir sekali, barulah tuang bancuhan jelly (Bahan D) kat atas lapisan fruit cocktail. Ratakan.
4) Simpan dalam peti sejuk. Biarkan selama 2-3 jam sebelum dimakan.
Selamat mencuba!
HER : Bila masuk bab masak lauk-pauk, aku tak berapa nak suka laa.
yay!
ReplyDeletetq laling!
mrs syediz,
ReplyDeletepleasure :)
xeea..tq!!nk cuba jadi suri rumah terhebat juge.. *wink*
ReplyDeletewardah,
ReplyDeletechewah chewah
semangat ye, awak!
bagus. dapat pahala tau kite 'membesarkan' perut suami. heee
salam, nak tanya, bahan D "pastikan tak terlalu lembik" .. cam mana tu ye????
ReplyDeletewawa,
ReplyDeletejelly tu jgn lembik sgt masa bancuh. kalau lembik sgt, nti tak boleh letak kat layer atas sekali, takut melarut kat layer bawah pulak.