Minggu lepas, tiba-tiba aku dapat surat arahan menjalankan tugas kat Majlis Konvokesyen Kali Pertama Program Diploma Kolej Komuniti Malaysia. Biasalah tu. Last minute. Dah sanggup pikul tagline SAYA YANG MENURUT PERINTAH, kau buat muncung sedepa, mogok tak makan seminggu pun, takde siapa nak layan.
Mujur kat Shah Alam. Boleh menyimpang balik Puchong.
Apa fungsi aku kat sana?
Selain jadik penjaga kaunter, aku jadik pengacara jemputan nona. Haru jugak mula-mula. Iya lah. Aku tak berapa berkenan masuk majlis rasmi. Banyak sangat protokol nya. Nak-nak pulak majlis konvo macam ni, kan. Silap sebut sikit, bernanah telinga kau nak tadah masa post moterm nanti.
Kerjaya tetap. Dan berpencen.
Seronok pulak tengok diorang baling-baling mortar board tuh.
Buat aku rasa rindu nak kembali ke saat ni.
Kadang-kadang tu, susah betul aku nak lupakan zaman masa belajar dulu. Asyik terngiang-ngiang je. Betul orang kata, zaman belajar adalah yang paling indah. Alam kerjaya sangat jauh beza. Suasananya. Perasaannya. Tanggungjawabnya. Semua tak sama.
Masa belajar, kau tak buat kerja, kau tanggung sendiri. Takde siapa nak paksa atau suruh kamu buat itu ini begitu begini. Semua atas kehendak dan kemahuan sendiri. Masa kerja, kau tak buat kerja, masih kau tanggung sendiri, tapi kau jugak akan bagi impresi kat orang yang kerja sama-sama sekali. Kau akan terus kena chop mohor kat dahi.
Hati aku masih kuat nak kembali belajar.
Susah betul nak lepaskan perasaan yang satu tu.
Dah sampai masa untuk melepaskan. Termenung kejap fikir masa depan. Agaknya, tercapai ke tak cita-cita aku nak jadik pengacara jalan-jalan carik makan :p
Are you sure? Nak tiup dah ni.
Lepas ni takde dah 18 batang lilin lagi. err.
I am now officially 25.
tsk tsk.
Salah satu contoh melepaskan itu bukan suatu perkara yang mudah.
.
.
.
Hadiah istimewa daripada suami yang dah-tak-berapa-terpelihara tercinta sempena kepulangan aku ke pangkuan beliau selepas 2 minggu. Baju yang aku pakai 2 minggu lepas pun masih elok duduk dalam tu tak berusik apatah lagi berbasuh T_T
HER : Melepaskan angin je yang mudah, kot.
heppi besday..:D
ReplyDeletetgk baju 2 bakul cm nk nangis... tambah2 xde mesin basuh.. waaa
ReplyDeleteselamat ulang tahun...
ReplyDeleteeh, ko pun dalam kelompok gemini gak erk...serumpunlah kita...hehe
happy birthday xeea..
ReplyDelete:)
hehe.
ReplyDeletedia sibuk sgt kot xeea?
tu yang bertimbun tuuu...
anyway, happy belated bday ya!!!
baju tu membuktikan yang xeea tersangat-sangat penting dalam hidup dia..xeea jauh kat terengganu pun, tiap saat dia igt
ReplyDelete"takpe, nnti bini aku balik, dia basuh la.."
Hihi. Nampak tu. Tu. Dalam bakul tu. Hihi.
ReplyDeletehaha lawak la "melepaskan angin je yg mudah kot" ;p
ReplyDeleteyeehaa ziha sudah ada kerja tetap dan berpencen...sama la kita T_T tp kak suzie bhgian pendaftaran lulusan.
eh eh.. jawatan kiter sama ah xeaa...
ReplyDeletepengacara konvo, tetap dan berpencen...
amacam jadi isteri PJJ...???
melepaskan angin pn susah beb.. kalo xcukup mkn halia..hahaha
ReplyDeletehalalal muda lagi. Happy 25th birthday :D Smoga murah rezki kalian berdua.
ReplyDeletehaha berbakul2 nampak...comel! :D
feresa :
ReplyDeletethanx. hadiah? :p
farhanna :
mmg nak nangis, awak. tatau nak mula dr mana. cepat kumpul duit byk2, awak. siap2 beli mesin basuh automatik. kalau tak, pengsan!
kcynodia :
the same goes to you. yup. kite sama2 dlm kelompok org yg cepat bosan buat satu perkara. haha
miss dee :
thank you, darl :)
ungu violet :
buat2 sibuk je, awak. saje la tu nak manje lebih2. sy jugak yg pengsan. huuu
hariza :
tu lah kot. bukti cinta agung konon. cheit. apa boleh buat. kita sebagai isteri, perlu lah ikhlas berbakti utk suami. tp siaplah aku canang kat blog. haha
pachilo :
heipp. heipp. tang tu, laju je mata ko nampak, ye. suh mengaji, rabun la, kabur la. shuh shuh. pi makan carrot :p
suzie :
sama lah tu. bhgn pendaftaran. carik2 jugak kot2 terjumpe k suzie ke ari tu. tade pulak.
zul :
pusing2 kat mana pun, tang tu jugak yg kite kena, kan.
pjj, huh? sgt tak besh. bukan ke ko nti pun akan pjj jugak? siap sedia lah mental dan fizikal, ye. errr.. duit sekali. huu
ikanbesh :
ape susah. aku selalu amalkan losyen mustajab pati halia. gerenti mujarab! :p
hanie :
thanx, hun!
chomel, kan? sampai rasa nak gigit2 je. heeee
hahaha..okay la tuh...just imagine la aku meninggalkan suami tercinta 2 bulan masa pantang tuh...die tinggalkn utk aku
ReplyDelete1) baju kotor satu bakul
2) baju yg tak berlipat n simpan dlm almari 1 bakul besor 1 bakul kecik..
3) sarung cadar n bantal yg tak bertukar selama 2 bln stgh...
huh! sgt baik hati betul! dan aku pn sgt baik hati la bile smpi kl terus mengerah die buat itu dan ini...cuz we are already have a bby..evrythings need to clean! huh..ssh..ssh...
sgt sweet la kamu ni xeea
ReplyDeletetang hadiah istimewa tu mmg tak tahan
tapi mesti ada haduah lain kan
*mau buat master la
dayah :
ReplyDeletepergh. aku tatau la apa jadik dgn umah aku kalo aku tinggalkan 2 bulan. baru 2 minggu dah lintang pukang. huu
dayu :
hadiah lain mmg ada, tp yg tu paling special la. sbb org lain tak pernah dapat kecuali sy seorang je :p
wah. ada plan nak further ye. buat dayu. masa muda2 ni lah. kang dah beranak pinak, payah pulak. huuu
happy belated birthday kak xeea :)
ReplyDeletewehh sorry wofsha lambat wish ..haku tak kemana2 di rasuk kerja ku ...HAPPY BIRTHDAY xeaaa.... :)
ReplyDeleteeh ..cilap ..BELATED BIRTHDAY! menten 25 ..
p/s:wofsha always 17..(ary..lid..diam)
shiro :
ReplyDeletethank you, i lap u :)
sha :
tengkiu sha. elehhh nak jugak 17 tu. takmo kalah. ngaku je la sha oiiii :p