Tuesday, June 30, 2009

Nyah Saja Kau dari Sisi.

Setiap kali kaki melangkah masuk rumah keluarga mertua, kat hati mesti terdetik, “Bila lah agaknya aku boleh beli rumah sendiri.”


Tak sabar nak pulun godam tebuk dinding semua ikut hati dan citarasa sendiri. Nak ada satu bilik khas simpan baju, kasut, beg dan aksesori. Lengkap dengan almari yang tempah khas cecah siling tinggi. Kalau boleh, nak bubuh peti sejuk dan TV sekali. Kan ke best tengah duduk berfikir nak pilih baju apa, boleh layan minum milo ais kaw cicah biskut Tiger sambil tengok Wonderpets sedang menyelamatkan anak kerbau yang tersepit.


Oh. Kerbau dalam loghat Terengganu adalah ‘kuba’. Kalau mencarut, bunyik nya, ‘natang mu kuba’. Hebat kan? Dah banyak perbendaharaan kata aku kumpul selama 2 bulan duduk kat sini. Biasalah. Bab-bab yang buruk memang cepat dapat. Orang sebut sekali je, aku terus hafal. Tak payah tulis masuk dalam kamus pun.


wow 014

Pemandangan ni lah yang menyambut kepulangan aku dari tempat kerja setiap hari. Semuanya nampak sempurna. Tapi, dalam hati aku sentiasa rasa ‘kehilangan’. Mula lah ni nak mengada tulis entri sambil berjurai air mata.


ganu 040

Namun, perasaan ‘hilang’ tu akan rasa terisi kejap tiap kali terpandang potret lelaki jambu baju biru belum akhil baligh ni. Senyuman dia tetap sama macam yang aku kenal hari ni walaupun saiz ukur lilit pipi dah lari :p


wow 029

Dan sejak akhir-akhir ni, rasa ‘hilang’ tu makin terisi dengan dua perkara ni. Satu, CD Karaoke borong murah kat pasaraya Mydin. Dua, losyen mustajab pati halia yang bertindak selaku mikrofon. Melalak lah aku sepuas hati dalam bilik sorang diri setiap hari. Rindu karaoke kotak satu lagu singgit. Kat sini tak pernah jumpa. Masjid hadhari ada lah. tsk.


Loser ?

Heipp heipp.


Jangan ingat bila meroyan takde suami di sisi, aku tak reti nak membawak diri. Ni cuma salah satu cara untuk hilangkan sunyi. Dan sangap. Serius. Kalau dilayan secara berlebihan, aku boleh overdose bosan hidup kat sini. Sekurang-kurangnya, karaoke secara solo ni lagi bagus lah daripada aktiviti pecahkan rekod sendiri yang selalu aku anjurkan iaitu mengutip rambut gugur di celah-celah permaidani dalam masa 30 saat. Siap pasang stopwatch tu. Tengok. Kemain sangap nya aku.


Tak tahu lah kenapa.


Dulu, masa tak kerja lagi, duduk rumah sorang-sorang, menghadap TV dan internet 24 jam, takde pulak aku rasa sunyi macam ni sekali. Ni dah gigih pergi kerja, hadap buku mengajar anak murid hari-hari, siap bergosip lagi, boleh pulak aku rasa macam ni. Ditambah pulak sang kekasih yang gagah perkasa takde depan mata nak diajak bergusti. Ini lah orang bintang Gemini. Mood boleh berubah tak tentu hala bila tiba-tiba rasa bosan nak mati.


Ke pembawakan budak ni?

ha ha.

Saja bikin kontroversi.


wow 037

Apa-apa pun, hidup mesti terus. Walaupun bukan semua jalan hidup yang kita lalui itu lurus. Mujur ada mereka.


wow 047

Tak sangka. Masih ada lagi orang sudi melayan kerenah perempuan jawa bergigi arnab dan berjerawat nasik di pipi serta fotogen(d)ik untuk buat aksi ini. Aku ingat, zaman jimba-jimba muda remaja aku dah berlalu. Terima kasih, kawan.



HER : Ini bukti aku masih mampu hepi walaupun kadang-kadang terasa sangat sepi.

18 comments:

  1. ak pon nak closet yang macam tu...huhuhu... selalu ak teringat cerita sex and the city.. bile sarah jesica parker dapat big closet dari mr big hadiah perkahwinan dia... waa bestnye

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu... sedih nye cik xeea.. sabar2...

    ReplyDelete
  3. cantik umah mentua xeea :)

    haih susah betul dok jauh2 ni kan, hari2 dok teringat..farah ni suami g keje pun dah dok ingat kat die..


    sabar ye xeea..

    ReplyDelete
  4. cukuplah sekejap dulu saya berjauahn dgn family. sungguh memilukan :(

    ReplyDelete
  5. kalau taknak guna pati mustajab tu sbg mikrofon, leh ganti dengan sikat gemuk juga. sambil karaoke masih leh teruskan aktiviti mengutip rambut tersepit di sikat .. (^-*)

    ReplyDelete
  6. wah..jom karoks sesama..teringat zaman2 blajo dolu2 di prt raja..

    ReplyDelete
  7. ee tak sanggup la nak berjauhan ngan suami..ececehh umo baru 19++(xnk ngaku 20) ade ati pk pasal suami.sekeh sikit.hehehe

    ReplyDelete
  8. i pn sunyi juge :(
    kalo wiken je mula la tension,sbb tataw nk wtpe..
    ade satu mase dl,rase nk hantuk je kelapa ni kt dinding sbb stress bosan sgt

    ReplyDelete
  9. sedeynye die.. sabar ye.. nnt hujung minggu blh jumpa en suami..hehe

    ReplyDelete
  10. cantik umah mak ayah cfu...kalau i lah xeea, mmg akan makin menjadi2 rasa 'nak beli umah!!!' tu...

    xeea, tganu ada karaoke kotak la
    dulu penah jumpe
    tapi mcm tak reti je nak bgtau
    cuba tanya org

    ReplyDelete
  11. wofSha-Malas-LoginJuly 1, 2009 at 6:33 PM

    lawo nye umah yeeee.... debo wase...ko translate le xeaa hahahahah

    ReplyDelete
  12. akhirnya proses pemindahan berakhir jua...penatnya pindahkan isi perut blog lama ke baru...lepas ni tukar URL saya je cik puan afziha..:)

    http://irayusof.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. cantiknya rumah mak pak mertua dia.kak suzie baru balik dari lawatan benchmark ke kksabak bernam,kkchenderoh n kk kepala batas...hari ni kerja pulak.penat!nnti kita ke pantai timur pulak..haha..nak sotong bakar yg sedap!!!

    ReplyDelete
  14. berkesan ke pakai losyen kuruskn peyut tu?hehehe..

    ReplyDelete
  15. ikan besh :
    besh kan? aiii. bile lah nak kaye ni. skrg ni, nak beli perabot biasa je pun berkira, inikan pulak nak yg custom made. hee

    farhanna :
    tsk tsk. sedey mmg sedey. apa boleh buat. hidup mesti jalan terus.

    ungu violet :
    sebab tu kena selalu buat2 sibuk. kalau tak, mula lah dok teringat itu ini.

    hidd :
    tak tahu lah, awak. padahal sy mmg dah didik dari kecik duduk jauh dari family. tinggal kat asrama. makin tua, semakin homesick kot.

    yatie chomeyl :
    ala. sikat saya kurus la, awak. tak boleh nak jadikkan microfon.

    feresa :
    jommmmm!! rindu gile wehhhh

    rathiqah :
    heipp heipp. budak sekolah kena blajo rajin2 dulu. kumpul duit banyak2, baru fikir pasal kawen, ok. tapi, sekali sekala berangan, apa salahnya, kan?

    fara :
    gulp. baik2 awak. jgn tensen sampai merana diri. meh join saya pergi berenang tiap hari.

    ieja :
    nak menunggu hujung minggu tu yg seksa. itupun, kalau tade hal2 kerja yg menghalang. mane la saya tak cemburu dgn org lain yg balik2 rumah je, dah boleh tatap muka suami tersayang. huu

    dayu :
    kan? bayangkan sy yang dok menghadap tengok tiap2 hari. lagi meroyan nak beli umah sendiri. tapi, tatau nak beli kat mana. ade beli kat sebelah airport je kang :p

    wofsha :
    lawo nye umah yeeee. debo wase = lawanya rumah dia. berdebar rase.

    betul tak?

    ira :
    wokeh. will updates ur new link later.

    suzie :
    whoa. berjalan sakan lah ye. meh meh. tapi, sotong gemuk-ade-telur dah susah siskit nak dapat skrg ni.

    kristy :
    boleh lah. nak kena rajin guna. kalau main kejap pakai, kejap tak, tak nampaklah kesannya kot. mesti nak try pakai buang strech mark, kan? heee

    ReplyDelete
  16. hahahaha panda panda bijok bijokk...

    dok rok cetong = ?

    cer translate skek...

    ReplyDelete
  17. dok rok = tak larat

    cetong tu aku tatau plak ape mende. blom khatam lagi. heee

    ReplyDelete
  18. tettttttttttttttt...salah ...kekekeke dok rok cetong tu a phrase ...meaning ..useless la ...

    first time wofsha dengar that phrase ...melopong? and semua gelakkan saya ..

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.