….. to Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang!
Betullah kata orang, lagi dekat kita dengan suatu tempat, lagi payah nak sampai. alaaa, dekat je tu, baik pergi yang jauh-jauh dulu, kan. Maka cuti hujung minggu kali ni, kami upah diri sendiri for a short getaway ke Bukit Tinggi. Dah lama plan nak datang sini, tapi macam biasa lah kan kalau yang kita beriya planning bagai nak rak, biasanya tak menjadi. Sudahnya keluar lah plan tiba-tiba, ini hari cakap, esok terus pergi.
ok, aku memang jatuh cinta lapan ploh juta kali kat tempat ni. Tengok balik gambar-gambar, jatuh cinta lagi. eisshhh, dah tahap angau dah ni.
Such a nice, cosy, relaxing and happy place for me. In fact, Cfu dan Alfiy pun suka! Mungkin sebab masuk kawasan ni terasa macam berada kat alam fairytale. Macam tiba-tiba dah sampai Bandar Colmar Perancis, gituuu. Kamera memang tak lekang dari tangan. Semua port kot aku nak ambik gambar. Kagum dengan ciri-ciri architectural tempat ni. Truly fascinated! Kan ke best kalau suasana kawasan perumahan aku macam ni. Bestnyaaaa bestnyaaa, nak duduk kat Perancis lah macam ni *berangan cecah awan*
Macam biasa, tempah hotel melalui Agoda.com.
Mula-mula Cfu nak tempah Sri Malaysia je, murah sikit. Tapi, sebab nak feeling tidur kat Perancis, Colmar Tropicale menjadi pilihan. For weekend rate, bilik Deluxe dapat RM 300++ bila check in, tuah manusia siapa yang tahu, bilik kami di upgrade kepada 1-Bedoom-Suite with mountain view. Bangun pagi, bukak tingkap, angin pagi menerbu masuk. Nyaman sangatttttt. Pemandangan pun sangat cantik menyegarkan, Subhanallah!
Orang luar boleh je nak jalan-jalan kat kawasan Colmar Tropicale ni walaupun tak menginap kat sini. Cuma kena parking dan jalan jauh sikit lah. Bayaran masuk RM 12/dewasa dan RM 8/kanak-kanak. Kalau bermalam di hotel, boleh redeem tiket masuk ni sewaktu check out.
Tarikan utama Colmar Tropicale pada rekaan bangunan dan pemandangan tanah tinggi yang indah.
Selebihnya, lebih kepada aktiviti kekeluargaan dan mendekati alam sekitar. Kebanyakan orang yang datang sini memang sekadar nak jalan-jalan ambik angin, rehatkan fikiran sambil menikmati pemandangan. Setakat datang hujung minggu memang sesuai lah. Nak berkampung 3-4 malam, sangap jugak dibuatnya.
As expected, makan kat restoran di tempat peranginan macam ni memang mahal. Sekali-sekala takpe lah kan. Kalau hari-hari, bankrap kot. Souvenirs at reasonable price. Fridge magnet boleh dapat less than RM 10/pc. Boleh custom made souvenir sendiri. Warnakan hiasan seramik yang kita pilih ataupun hands moulding. Buat ramai-ramai satu family, lagi best.
Tengok lah si Mamat Keriting ni, apa yang Papa dia buat, semua dia nak ikut buat sekali. Lepas tu pantang nampak booth main ‘tikam-tikam’ macam ni, mesti nak singgah main. Kalau menang takpe jugak, habis duit Mak lebur gituuu je. cisss.
Suasana malam di Colmar Tropicale adalah sangat romantik. Cuaca pun sejukkkk je. Happening dengan live band, stage performance dan anak-anak bebas berlari ke sana sini main bubbles. Ahhhhhh, sorga sangat!
Colmar Tropicale ; highly recommended untuk honeymooners, seisi keluarga, kaki foto serta kamu yang cintakan kehijauan. As for weekend getaway je lah. Takyah lama-lama, kang bosan pulak. Balik hari je pun takpe. Cukup untuk refresh mood, re-energized and revitalised yourself.
Untuk aktiviti lain di Bukit Tinggi, kite sambung kat entri akan datang pulak ye!
HER : I want to live in Colmar Town, France, pleaseeeeee!
pernah juga dulu pergi balik hari, time tu sarat 8 bulan..gagahkan juga berjalan2..tempat mmg cantik sangat
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html
Perghhh. asnggup lagi jalan jauh perut dah besar tu, kan. Tapi its definitely a perfect place for babymoon gituu
Deletefarah dah 3 kali pergi sini, sekali bermalam 2 kali day trip. best kan! dapat pulak minum kopi kat kafe2 bwh tu..perghhh feeling kat france terus! LOL
ReplyDeleteIndeed! Kite pun minum coffee kat cafe La Bodega ke ape ntah nama dia tu. Mmg layan ahhh! Malam kan macam sepoi-sepoi je angin dia kan. Bestttt
DeleteXeea, kita pernah kursus kt sini dulu. Masa tu tak ramai orang jadi agak creepy suasana di sana. Tapi siang memang sgt cantik kan. Siap amek gambau lompat² kat sana. Hehe.
ReplyDeleteowhhhh ye kot kalau takde orang mmg spooky sbb sini macam sunyi je. Kawasan hutan belantara kan. Kalau weekend mmg happening, you!
DeleteIsh, cantik jugak bukit tinggi ni. Apsal aku tak tahu ni. Thats why mahathir suka lepak sini, kan. ok, nak pegi jugaklah. hehe
ReplyDeleteeh, ko kan selalu laju je kalau pasal tempat jalan-jalan nih. hee Baru tau Tun M pun suka lepak sini. Welllll, great minds think alike *poyosss* hahahahaha
Deletepernah naik, tp xmenginap, so xfeel sgt la,
ReplyDeletetp tgk entry mu ni, rase mcm nakkkkk jugak pergi,
malula org pahang klu xjejak sni lg kot selain cameron ngn genting, kehkeh
try tido satu malam, Na. Weekend la happening. Kalau weekdays mcm creepy Fie kata. Cameron aku lom sampai lagi weh. sobssss
Deleteramai dah kengkawan gi sini. kiter jer belum jejak2 lagi :)
ReplyDeleteKisah ibu pencen muda
Ni antara destinasi wajib pergi kat Malaysia. Best tau!
Deletesemalam baru tengok kat booking.com pastu tak review blog mana2.
ReplyDeletesekali akak da buat review. hahaha. cepat 2nd entry. tak sabar!
nak honeymoon lagi.. hahaha. kali ke 20 juta. :P
hahahahahaha akak dulu 80 juta kali honeymoon. Dah beranak pinak pun nak honeymoon jugak banyak kali sampai muntah.
Deletenaek sini masa zaman cintan cintun dgn incik asben...kat situ best ..angin sepoi2 je siang tu..lagi satu masa kitaorg duduk minum kat cafe dia tuh then ada org datang bawak gitar nyanyi2..hahha..
ReplyDeleteperghhhh siap ada orang basking lagi best tu. Lagi feeeel!
Delete