Moral down tiba-tiba hari ni.
Rindu suami.
.
Aku tak tahu orang lain macam mana. Tapi, sejak dari zaman belajar dulu, aku selalu cemburu dengan orang yang sentiasa dapat bersama dengan boifren dia. Makan sama-sama, belajar sama-sama, pergi kelas sama-sama, outing sama-sama.
Hanya sempat merasa duduk sekali 6 bulan je, sejak berkahwin.
Sekarang, duduk jauh jugak. Lagi jauh dari zaman bercinta. Dan perasaan cemburu masih ada. Terutamanya kat rakan sekerja yang pasangannya pun satu tempat kerja. Sekali sekala, boleh keluar lunch sekali. Pergi berhantar, balik pun sama-sama. Bahagianya.
Dulu, aku punya mentaliti yang bercinta tak boleh dengan orang dekat. Tak main aa kapel dengan budak satu kelas. Kerja pun tak boleh sekali. Bosan nanti. Tak boleh berdikari. Nak flirting pun kena hati-hati. Ego gila tinggi.
Tapi, lepas melaluinya sendiri, aku akui, dekat sentiasa adalah lebih sorga. tsk.
** kemaskini
Aku benci dengan mentaliti sesetengah orang yang menganggap weekend husband wife ni, balik bertemu hujung minggu sekadar nak melepaskan nafsu semata-mata. Sebab seks.
Kamu silap.
Nikmat perkahwinan bukan sekadar itu. Cuba bukak minda luas sikit. Keluar dari tengkorak. Lihat dari sudut gambar berbeza.
Kewajipan dan hak suami isteri tu banyak cabangnya. Kalau dah duduk jauh, kamu hitung je lah berapa banyak hutang kewajipan dan hak yang tak tertunai. Kau ingat, hutang yang macam ni, boleh bayar pakai installment, ke?
.
Entri ni terhasil lepas rasa cemburu tengok kapel suami isteri depan mata tengah bahagia bercinta duduk berdua makan McD.
Sabar.
Aku puasa hari ni.
.
Dah lama tak buat entri F for FRIDAY, F for FOOD. Sebab aku puasa, maka aku awalkan entri yang sepatutnya keluar esok hari. Saja mahu jamu mata.
My all time favorite; Lamb chop.
Kat TGI mahal sangat, jadi aku recommend kamu try kat restoran Chops Steaks, Bandar Puteri, Puchong. Murah. Sedap. Menggiurkan.
HER : Tengok gambar makanan, makin rindu kat suami. Dan milo ais kaw air tangan beliau.
mungkin aku akn dpt rasa mcm mane ko rs pas aku kawen nnt..sbb aku pun akn jd weekend hb n wife..hux
ReplyDeletekesian awak. kalau dulu masa gf-bf boleh la kan nak tabah. ini dah suami-isteri, satu badan nak kena tabah.
ReplyDeleteuish.
xeea...
ReplyDeletemmg perit jadik weekend husband wife ni..lg2 kalau depan mata kita asyik tgk org suami isteri dekat2 sentiasa
betul ckp hidd
zaman bercinta tahan la lagi
tu pun asyik bertekak je
ada perancangan nak duduk sama semula tak?? either kamu yg mintak tukar..
ke en cfu yg ke terengganu??
heeee saye pernah rasa ape yg kak ziha rase. tp situasi cam lain sket.
ReplyDeletemase tu cam tengah frust. so tak bleyy tengok kapel duk jalan sama-sama, makan sama-sama kat kolej & kafe. hari2 suruh rumate belikan makanan sebab tak sanggup nak turun kafe, takut nanti balik bilik; ter-tak-sengaje kuar air mate.nasib baik rumate faham.heeee.
itu baru kapel.
kalau dah ber-suami-isteri; mesti rase cam lagi perit kan.
banyak2 sabar kak ziha.
jauh di mata; dekaaat di hati.
:)
akak sabar byk byk eh :) memang tak best bile separate jauh jauh, my parents dulu pun 5 tahun separate. weekend je abah dah kalut balik umah without fail. & die cakap, die jumpe ramai gile orang orang yang senasib dgn die- weekend travellers. tak kire la, laki ke pompuan ke tua ke mude ke, sume balik ke umah during weekend sebab nak duduk at de comfort of family kan :)
ReplyDeletede day ll come :) jez kuatkan semangat k. tapi jgnlaa lame lame sgt duduk separate, memang menduga gila tuh ;(
Emmmmm, camno ah aku nnt...huhuhuhu
ReplyDeletehi..suka baca blog u...
ReplyDeletesabar yea..nie la dugaan dlm perkahwinan..kalo i da kawin nant xtau la blh hadapi ke x...tp...erm...kawin ke i nie...huhuhu
dkt ofis i, ramai gile wiken husband kot.. klo i kawen nnt pn, i join kelab tu sama..
ReplyDeletemmg perit, dh lama kami PJJ, 7thn dh kot.. kalo kawen nnt pn PJJ jgk :(
series sgt jeles bile tgk kwn2 kuar2, mkn2 ngn bf dorg.. :((
tabahkan hati yer...
ReplyDeletesatu saat nanti, akan dapat sentiasa mendekatinya....
halerrr ..jangan la buh gambo makan sesedapp..satlagi sha pun gi cari jugak...haku ni dah macam batu bersurat terengganu dah besor nyaa ...huhuhuhuhu
ReplyDeletehuhu..sabo byk2 ek. saya pn sama je ngan awk. pas kawin still xdok sama ngan hubby. saya dok ngan parents kt jb, dia dok b'worth. last week hubby dpt cuti 5 ari je. tu pun after a month we haven't see each other. but,whateva it is kita kena percaya yang setiap yg Allah tentukan pasti ada kebaikan. Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya itu xmampu nk hadapinya. So be positive dan teruskan b'doa kepada Allah agar 1 ari nnt dpt hidup sama. Yeah!Go go chaiyok!!
ReplyDeletecik oren :
ReplyDeletesilalah bersedia :)
hidd :
satu badan, nyawa, tenaga, emosi sume pun kena buat, awak. kdg2 tu, rasa sunyi pun ada jugak. tsk
dayu :
future planning mmg ada. tp pihak sy yg kena mengalah. kena mintak pindah. sbb cfu kerja swasta. masalah pulak kat sy, nak mintak pindah, kena tunggu 5 thn lagi.
celah mana lah sy nak carik 'ketabahan' utk 5 thn lagi tu, dayu :(
anna :
sbb dekat di hati tu lah, yg makin mudah sakit hati bila tengok org lain. huu
soraya :
5 taun? omaigod *pengsan*
setakat ni, alhamdulillah. mmg tak pernah missed hujung minggu dgn suami. tp, masa2 akan dtg, tak tau lagi lah. mudah2an, tuhan sentiasa murah rezeki kami :)
zul :
nampaknya, ko pun bakal travel tiap minggu jenguk isteri tak lama lagi. semoga tabah. hee
danya allesya :
thanx, awak. doa lah dari sekarang supaya jodoh awak sentiasa dekat dgn awak :)
fara :
kan? kan? jeles sangaaat kan?
takpe, awak. org mcm kita, yg dah biasa jauh, takkan terasa 'hilang' sangat. cuma rasa terkilan sikit sebab masih tak merasa apa yg org lain rasa.
kcynodia :
tak sabar nya nak tunggu saat tu. uwaaaaa bila bila bila. rasa macam nak naik mesin merentas masa, je.
sha :
hahaha. tergelak beso aku bila ko cakap mcm batu bersurat tganu. nasib baik tak sama macam penyu :p
aarecomel :
kite je yg tau sedihnya camana kan, awak. semoga kite terus kuat :)
kite mngerti bila berjauhan ni tak nampak di mata...
ReplyDeleterindu merobek di dada...
fuh ayat!hahaha..
tp takde ape yg leh dibuat selain bykkn bsabar..
kalo x sabar,layanlah calling2 selalu..hehehe :)
kristy :
ReplyDeletetatau lah sampai bile boleh sabar nihh. pinjam mawar kejap. buat hilangkan sunyi. hee
ahahahahahaha :D
ReplyDeletebaca entry ni, buat saya tambah berfikir, dah terlalu banyak hutang hak yang taktau boleh dibayar atau tak..
ReplyDeleteat least u hv 6mths living together..sy cuma 3mgu ;) erm alahai.sabarlah hati
amik mawar ni meh...
ReplyDeletedia tu sape pun mau jek..
tp susu ku bekalkan skali..ye2..
upah berapa sebulan?ade rm250?hehehehe..
sha :
ReplyDeleteahahahahahaha :D (dubbing. wekk)
easyou :
kan? kan?
tak terhitung rasanya. apa boleh buat. kita kena kuat :)
kristy :
haha. mawar is good girl. ok je. tp kot tetiba mlm2 teraba2 mencarik mama dia. pengsan ai! utk, mawar, FOC including delivery. heee