Setelah berkali-kali cuba bertahan, aku tewas jua akhirnya.
Tanggal 11.11.11.
Secara rasminya, aku dah berhenti mengepam susu untuk Alfiy :(
Inipun bukan disengajakan. Semua gara-gara kecuaian diri sendiri yang tersilap letak breast shields entah kat mana. Ghaib tak dapat dikesan. Mula-mula berhenti mengepam, memang engorged. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu.
Sedih? Of course!
Mak mana yang tak sedih bila tak dapat beri yang terbaik untuk anak.
Bila dikenang kembali, aku pernah beritahu dulu yang aku mahu menyusukan Alfiy secara ekslusif selama 6 bulan, dan kalau dapat buat hingga dia berusia 2 tahun, dianggap sebagai bonus. Jadi, aku andaikan tiada bonus untuk aku kali ni (-_-")
Siapa kata menyusukan anak tu perkara mudah?
Biarpun pada mulanya timbul jugak rasa susah, penat dan putus asa, aku gagahkan jua demi memberikan hanya yang terbaik. Ia memerlukan semangat kental, motivasi tinggi, mentaliti positif dan paling utama adalah galakan daripada orang sekeliling. Setakat kata-kata seperti, ‘tak cukup susu’, ‘anak lapar’, ‘susu badan tak cukup khasiat’, ‘leceh’, ‘anak susu ibu kurus’ dan pelbagai kata-kata bisa yang meracun semangat sudah cukup lali buat aku.
Mula-mula masuk kerja lepas berpantang, terpaksa berdepan dengan masalah nak mengepam di pejabat yang tak mesra breastfeeding. Merasalah mengepam dalam stor, kat celah-celah partition dan sebagainya. Dapat curik-curik mengepam kat surau 3 jam sekali pun dah dikira sangat bertuah. Itu belum cerita tentang kepayahan nak mengepam dan menyusukan bila terpaksa kerja out station. Bukan semua orang faham tentang komitmen seorang ibu yang menyusukan. Kalau kena sekitar Lembah Klang, takde masalah. Aku sanggup berulang-alik. Tapi, kalau kena jauh, nak tak nak, terpaksa tinggal anak, bekalkan dengan hasil susu perahan, kemudian usung lah pam susu ke hulu ke hilir untuk menggantikan stok susu perahan, tanpa kenal erti jemu.
Sewaktu menyusukan secara ekslusif selama 6 bulan, aku perlu bawa pulang sekurang-kurangnya bekalan susu perahan sebanyak 24 oz sehari. Semakin hari, usia Alfiy kian meningkat, kuantiti susu hasil perahan macam tak mencukupi. Faktor single pump pun memainkan peranan. Sekali pam, dalam tempoh 20 minit, dapatlah 5 oz each. Nak cukupkan 24 oz, aku kena pam 4-5 kali sehari. Terkejar-kejar aku dibuatnya. Itu belum masuk stok susu yang perlu disimpan. Perasaan cemas setiap kali tengok susu perahan tidak mencukupi, tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Silap haribulan, boleh menitis air mata!
Lumrah menjadi manusia yang tak tahan dugaan dan susah-payah, hampir setiap hari aku mengeluh. Ada hari, timbul perasaan leceh melampau nak usung beg pam dan segala macam aksesorinya tu. Ditambah dengan rasa penat nak mengepam banyak kali setiap hari. Mujurlah Cfu memahami. Dia seboleh mungkin cuba bantu meringankan ‘bebanan’ yang aku tanggung dengan kata-kata semangat dan tak kurang juga dengan membelikan gadjet penyusuan tercanggih dan terbaik di pasaran, walaupun diri sendiri hampir bankrap :p
Maka, dengan pertolongan Medela FS, aku bangkit kembali. Lepaslah nak dapatkan 20 oz sehari dengan dua kali sesi mengepam dalam masa 20 minit. Praktikal bukan? Stok susu perahan pun kembali meriah. Kalau dah tak dan sangat pun, aku selamba mengepam sambil memandu. Dengan syarat, nak kena duduk lane paling kiri lah.
Usaha menyusukan dan mengepam ni diteruskan lagi hinggalah sampai ke satu tahap, aku dapat rasakan kuantiti hasil perahan merudum secara tiba-tiba. Rupa-rupanya, ketika itu aku tak sedar sedang hamil kali kedua. Perubahan hormon juga menyebabkan proses menyusukan bertukar menjadi satu pengalaman yang cukup menyakitkan. Sakit belakang pun makin menjadi-jadi. Namun, aku tidak endahkan semua rasa sakit demi Alfiy.
Apabila mengalami keguguran, aturan hormon kembali berubah. Kuantiti susu pun bertambah. Masih ada rezeki Alfiy untuk menyusu badan tanpa bantuan susu formula dengan lebih lama. Walaubagaimanapun, sejak dijangkiti HFMD tempoh hari, Alfiy dah mula menolak minum susu perahan. Dia lebih sukakan yang segar dari ‘ladang’. Berbotol-botol stok susu perahan terbuang macam tu je. Semangat aku pun mula luntur sedikit demi sedikit, sehinggalah berlakunya kejadian pada tarikh keramat 11.11.11 seperti yang aku nyatakan di awal cerita tadi.
Hari ini, usia Alfiy dah mencecah 1 tahun 3 bulan.
Sepanjang berada di nurseri, dia dibekalkan dengan susu formula. Biarpun begitu, seboleh mungkin, aku masih lagi berusaha breastfeed secara terus selepas pulang dari kerja, waktu malam dan hari-hari cuti di mana aku berpeluang untuk sentiasa berada di samping Alfiy. Mudah-mudahan Tuhan masih sudi melimpahkan rezeki-Nya sehinggalah Alfiy berusia 2 tahun nanti.
Tak dinafikan, ada kalanya terasa ingin mengalah, cepat-cepat aku kuatkan semangat. Cuba pujuk diri supaya lebih bersyukur kerana diberi rezeki untuk menyusukan anak sendiri selama mungkin yang diizinkan oleh-Nya kerana masih ramai lagi ibu di luar sana tidak berkesempatan melakukan perkara yang sama.
Buat ibu yang masih gigih mengepam dan menyusukan, tahniah dan teruskan usaha murni kalian. Sesungguhnya, setiap kebaikan memerlukan pengorbanan. Kepada yang sudah mencuba tetapi masih tidak berjaya, jangan putus asa. Berhenti menyalahkan diri. InsyaAllah akan ada rezeki di lain kali. Manakala bagi yang sedang merencana, usaha sehabis baik, takkan berubah nasib seseorang kalau dia sendiri tidak berusaha mahu merubahnya. Kita tahu di mana tahap kemampuan diri kita sendiri, kan? Tolaklah sejauh mana dan julanglah hingga petala langit ketujuh pun, kalau diri kita sendiri dah tentukan “That is it!”, maka di situ lah noktah nya.
Yang penting, nawaitu, ikhtiar dan selebihnya kita berserah.
Dan, kisah ini diceritakan bukan untuk meninggi diri, jauh sekali buat bermegah. Sekadar berkongsi pengalaman sekangkang kera yang ada, agar yang baik dapat dijadikan tauladan serta panduan, yang buruk pula dijadikan sebagai iktibar dan sempadan.
My breastfeeding story in 100 words.
:)
HER : Selalu percaya pada peluang kedua.
setuju..memang bukan mudah nk fully bf ank..usung beg sana sini, curik2 masa ngepam..tp kalau guna fs mmg berbaloi sbb xganggu kerja..
ReplyDeleteyana skrg pun sehari sekali je pam tp sbb husna pun xminum banyak jadik xde rase terkejar2 nk buat stok..
target sekarang setiap 6 bulan..skrg menuju ke 6 bulan yang ke3..harap masih mampu bertahan
Kite harap buat kali kedua ini, kite dapat semangat dan dorongan serta ilmu dari kawan2 yang lain. :)
ReplyDeleteXeea, kita pun berhenti mengepam kat ofis masa usia Husna setahun 3bulan. Sebabnya tengok hasil susu yang kurang memberangsangkan. Dapat 4oz-5oz je sehari. Tak cukup untuk bekal ke rumah BS.
ReplyDeleteTapi masih boleh Df Husna kat rumah, walaupun kadang2 rase nak wean off je terus sebab sakit setiap kali dia menyusu, tapi selagi Susu ada, bagi jela dia nak lepas gian. Susu bukan banyak pun sejak pregnant.
Tahniah Xeea. walaupun tak sampai 2tahun, tapi ana kagum bila xeea bf sampai tahap mcm tu.. Berbanding dgn ana selama 7 bulan je dapat berikan susu ibu..4 bulan je DF, 3 bulan lagi secara perahan..
ReplyDeleteBaca cerita xeea ni bertambah lagi tekad, yg kedua nanti nak BF sedaya yang boleh..:)
it's okay xeea, dah lebih setahun pun awak bf alfiy. kalau dia minum susu FM kat school at least kat rumah dia df dengan xeea. fully bf memang kena kuat mental dan fizikal. kalau ikutkan farah pun malas, lagilah pakai harmony je, tapi kena rajin2 diri untuk anak. hopefully dapat bf kan iman lagi lama ;)
ReplyDeleteBetul..percaya pada peluang kedua..berhenti menyalahkan diri sendiri sebaliknya perbaiki diri di masa akan datang..
ReplyDeletekita dah cuba yang terbaik..
i feel u babe.
ReplyDeleteyaya pon start tak perah puasa lepas bila asik kena stay back kerja-menimbun-bagai-hape-geram-haku. hehehe. tapi atleast malam kite still BF like me now, next month Auf nak 2tahun and alhamdullilah still BF walaupun tak fully. :)
Ibu menyusu dan bekerja payahnya kite2 semua je yang tahu. tabah tak tabahlah kan. lagi2 office non friendly BF termasuk kawan2 sekerja. merasa lah ai mengepam dalam server room sejuk beku. :P
ehhh...terpanjang lak. sorry. :)
ape2 pon tahniah xeea. *hugs*
wpun ilyas dah tak fully bf tp blk kerja je akan mesti df dia n mlm pun sama sbb nak kan dia terus dpt khasiat breatmilk
ReplyDeletekalo tak bf anak akak pernah sampai rasa mcm i 'lost' him esp time outstation n that y continue selagi anak nak minum
proud of you xea.. kas dulu cepat sangat putus asa akhirnya 3 bulan jer BF ejul. menyesal tak sudah dah skrang. yup, kas pun believe in second chance. ;)
ReplyDeletenurul baru semalam, tak pump kan lab,,ye la bawa balik 4 oz..macam tak berbaloi..so balik umah baru pump untuk stok kat umah bs..kemudian campur dgn susu segar dan susu formula...sofiya tak nak minum air masak...nak tak nak kena lah campur..mmg nak buat yang terbaik..tapi apakan daya, Allah tak memeriahkan susu ibu macam org lain..tapi bersyukur, masih susukan dia bila balik umah...hope sampai 2 years walau campur susu2 ni
ReplyDeleteala..sedeynye..
ReplyDeleteat least awak dah try ur best bf alfiy selama yg boleh.
ReplyDeletesaya masih tgh kuatkan smngt. baru je beli pam baru untuk teruskan usaha bf hussayni walaupun in law sndr merungut2 susah bila df baby, baby mengada la, baby tanak dgn org lain & etc.
tapi saya buat pekak je.
Dear xeaa, tlg remove header pink yg bapak gaban tu boley tak? header tu aje dah full screen sy nih..nk tgk post kna scroll ke bawah. kan ari tu nyer vote berpihak pade header lama, awat tak tuka?
ReplyDeletesiyes annoying. sori if terkasar bahasa. nk cepat neh takot boss nmpak ;D
Aziyana :
ReplyDeleteWay to go Yana! Mudah2an impian tercapai. Amin.
Reen :
Yes, u can do it Reen! Jgn cepat give up, ok. Take your time. Pelan2 kayuh, kata orang. Boleh mula kutip ilmu mulai dr sekarang. So, boleh digest pelan2. BF is not about gadjet, genetic & all. Its all about your very own determintion. Good luck!
Fasya :
Selagi boleh bertahan direct feeding tu, continue je Fasya. Nak wean off pun kena pelan2 jugak kan. Tapi kan BF during pregnant, kite paling tak tahan part sakit belakang tu lah. Esp time BF sambil mengiring. Sakit!
Ana :
InsyaAllah, Ana. At least dah ada basic & experience. Nak kena revise kat mana silap sebelum ni kot. Better luck next
time. Amin.
Farah :
Kan? Mental mmg nak kena kuat. Lagi pulak Farah pakai manual je. Jenuh tu! Fully ke, campur ke, tak kisahlah as long as it the best for our our kids, kan.
Yanti :
Yup. Kalau tak berhenti salahkan diri, sampai bila pun kite takkan jumpa punca masalah sebenar. Let bygone be bygone, omputih kata. Huu
Yaya :
ReplyDeleteTu lah. Dulu, masa tgh pregnant mmg berkobar2 sekali bila dah merasa, baru tau susah payahnya mcm mana nak commit fully brestfeed bg dull time working mom. Neway, kita sama2 dah cuba yg terbaik, kan. After all, He knows the best :)
K Suzie :
I love the feeling during breastfeeding! Masa tu lah baru ada masa nak belek2 Alfiy & kiss dia puas2! Kalau tak, manjang nak kena kejar dia je. Huu
Mrs Daydeck :
No worries, Kas. At least Kas boleh jadikan pengalaman yg lepas as basic & determination to do better next time in future. There's always a second chance, kan. All the best!
Cahaya Ketenangan :
ReplyDeleteBiarlah sikitun, as long as namanya susu ibu & u're working hard on it. Mudah2an Tuhan murahkan rezeki kita utk menyusukan hingga anak2 umur 2 tahun. Amin.
CikSuen :
Sedih kejap je. Biasalah kan pompuan. Hee After all, I know that I've did the best :)
Mrs Syediz :
Mmg the best thing to do to face all of the negative surroundings is by 'buat pekak'. Sounds rude, tapi kita mmg kena jauhkan diri dari segala unsur negatif yg oleh melemahkan smgt mcm tu. Wish u all the best Mommy Hussayni!
Tikus tersedak nasik :
ReplyDeleteouch! I didnt expect this! Hahahaha kan dah kata akan ada yg rasa annoys. Thanx for pointing it out. Of course Ive to take extra attention on a comment like this because I just dont wanna lose such a precious reader like u :)
Neway, just got time to repair the header. Unfortunately, sorry not revert back to the old one. I personally think this blog needs a new facelift. I've did some 'enhancement' to the new header based on general preferences.
Hope u like it!