My fantastic four.
Raya 2014 adalah ter-paling sibuk buat aku :
1. Persiapan Raya
Sibuk beli baju raya anak-anak. Tahun ni I dah ada anak dara, remember? Baju dia saja dah dekat 5 pasang. Belum kira kebaya, skirt kembang, gaun renda-renda. Eksaited hoiii. Lepas tu, rasa serba salah sendiri. Kena lah beli baju Abang Alfiy 5 pasang jugak. Biarpun dah tak tahu nak beli pesen macam mana untuk anak bujang yang dah pandai memilih baju sendiri ni. Adil dan saksama, katanya. Baju Mak Apaknya, esok nak raya, hari ni baru beli. Sehelai je pun. Lain-lain, recycle je. Ye lah kan, dah umur-umur macam ni, raya dah lebih untuk anak-anak je.
2. Majlis Perkahwinan
Adik yang nak kahwin, kakak yang sibuk. Lebih kepada menyibuk sebenarnya. heh. Fitrah anak sulung, kot. Adik dah besar panjang pun kita masih anggap macam budak-budak lagi. Semua pun kalau boleh kita nak uruskan untuk dia. Persiapan raya kat rumah Mak Abah kali ni nampaknya macam lebih kepada persiapan perkahwinan yang akan berlangsung hujung bulan Ogos ni. Sesiapa yang berada sekitar Tangkak, Johor jemputlah datang meraikan, ye. PM je untuk kad jemputan.
3. Rumah Terbuka
Memandangkan ini tahun kedua kami beraya di rumah sendiri, sesuai sangat dah untuk buat makan-makan jemput saudara-mara dan kenalan terdekat. Buat kecik-kecik je pun 9 Ogos ni. Kepada yang sudi, jemput datang lah ye, boleh PM untuk details undangan. Tak boleh nak publish sini, roboh pulak rumah aku kang kena serang. hihi.
Mohon maaf zahir batin.
Panjang umur, raya tahun depan kita jumpa lagi.
Aloh...sekeping jer ke? Ke teaser ni? ehehhe
ReplyDeleteTakdop teaser-teaser la kak. Ini je lah yang semenggah dan sempat pun. hehe
Deleteziha tq for invitation tp weekend ni blk PD ada hal sket, selamat hari raya to your family *hugs*
ReplyDeleteNo problem. Maaf zahir batin ye, kak
Deleteseronok tengok orang ade anak sepasang.
ReplyDeletemacam kena proses anak lelaki la pulak. Hihi.
Kamooooonnnnnn you can do it!
Deletepsssst. Sila PM untuk petua lebih lanjut. ekekekekeke :p
ziha tq for the invi, nak sangat lahai g umah ko yang santek tu tapi apakan daya sikecik muslih ni ha x berapa nak sihat.Kena kuarantin 2 minggu...lepas die ok aku g ek..kalo x open pun aku redah je..hihi :)
ReplyDeleteIts ok. Bila2 datang Puchong, jemput lah singgah ye!
DeleteSalam. Hee maaf zahir batin.
ReplyDeleteMaaf zahir batin jugak :)
DeleteAwak, dengan tak malunya kita nak mintak kad jemputan yg kat Tangkak tu. Mana tau boleh menyinggah ke sana ke. Hehe :)
ReplyDeleteAla Kiddddddddddddddddddddddd. Sorry sangat sangat sangat. Kite baru bukak blog & baca komen awak ni. Ala ralatnyaaaaaaaaaa. Takde rezeki nak jumpe :(
DeleteHahaha.. Takpe. Ala ada rezeki kita date la nanti. Hihi
Delete