Thursday, February 19, 2009

Rahsia Lelaki.

Tak macam suri rumah konvensional yang banyak habiskan masa memberi anak minum susu dan memasak ikan tiga rasa untuk suami, aku lebih gemar menghadap peti TV 21 inci dan internet.


Datang lah guruh ke kilat, kalau ada dua benda ni, kamu jangan khuatir. Aku takkan ditemui mati kebosanan kat ruang tamu. Satu lagi, coklat dan jus oren.


Lepas sidai baju tadi, aku terpandang komputer skrin kurus yang dibelikan oleh Abah masa baru masuk universiti dulu. Punya lah banyak berjasa sepanjang tempoh pengajian aku daripada degree sampai lah ke master. Biarlah orang nak kutuk dia AMD lembap macam tahi pun, aku tetap sayang dia.


Sekarang dah dianak tirikan, duduk dalam bilik stor.

Tergerak pulak rasa hati nak menggodek.


Selama ni, Cfu je yang menghadap komputer tu. Banyak simpan dokumen perniagaan alam maya dia. Nak jugak belek, mana lah tau kot-kot ada filem James Bond ke, takpun gambar Micheal Scofield ke apa, boleh jugak buat cuci mata.


Punya lah banyak folder dalam partition D dan E hard disk tu. Setiap fail, ada folder khas yang dilabel siap ada icon rupa pokok lah, bintang lah dan macam-macam lagi. Baru lah aku tau, betapa sistematik dan teraturnya Cfu ni bila masuk bab sistem perfailan dalam komputer.


Kalau tang baju kotor dan stokin busuk, takde pulak dia se-sismatik ni. Nak kena aku jugak yang kutip satu-satu tiap pagi masukkan dalam bakul.


Godek punya godek, nak tau apa yang aku jumpa?


Hohohohohho!!!! Ada hati dengan Jessica Alba, ye.


Penuh haa satu folder dengan gambar perempuan ni!
Yang pakai evening dress, singlet tali halus, bikini, kamu email je lah kalau nak order ye. Semua ada.


Kalau dah nama nya lelaki, kan.


Tak cukup lagi dengan aku yang berpotongan 34-24-34 macam Angelina Jolie tapi versi yang pendek sikit ni. Ada hati nak jugak kat si Jessica lebar ni.


Go on. Keep on dreaming, sayang.

Only in your dream-lah :p


Yang ni pulak, aku jumpa dalam folder bernama career.

Highlight sikit : Career.


Aku yang capture 'sportstar moment' ala Steve Nash ni.
Sila kagum.


Kamu benar-benar pasti yang No. 11 itu Cfu?
Sila tengok semula.


Nasib baik ada jugak gambar aku di celah-celah Jessica lebar tu.


Kadang-kadang, rasa rindu jugak nak jadik pom-pom girl Cfu macam dulu.


Duduk tepi court, sambil pegang botol air mineral besar, jerit-jerit penuh semangat sampai tanpa sedar, mengangkat ketiak tinggi-tinggi. Tengok gusti dalam gelanggang bila tiba-tiba ada orang naik angin dan rasa nak nangis bila tengok dia terjatuh sampai guling-guling.


Beberapa minit kemudian, lepas habis game, baru tau itu semua lakonan je. Syabbas, inspektor Sifu! kamu memang pelakon hebat!


Buat penat aku cemas sampai nak terkencing, tahu tak?


Dah habis godek-godek dan senyum sorang-sorang terkenang memori masam-masam manis masa tengok gambar-gambar lama dalam komputer tadi, aku terjumpa satu folder.


Yang tiba-tiba berjaya menutup mulut aku yang dari tadi tenganga-nganga ketawa gembira dan terus jadi ke bawah.


Macam ni haa.. =(


Cis. Bedebah. Siap lah kamu pulang dari kerja nanti.



HER : Satu gambar memang boleh simpan 1001 cerita dan rahsia.

25 comments:

  1. hihihihi..baby gemuk yang xtahan tu..ckp kat cfu babay gemuk tu la yg dok jg mkn minum dia skg..he3..

    betoi la satu gambar boleh simpan 1001 rahsia. tambah2 gambar ms bercintan cintun. tgk balik mesti nk tegelak..:D

    ReplyDelete
  2. hah ziha nak goreng,panggang dia ke??..hehe..

    ReplyDelete
  3. sat..gelak sat..wuahahahahaha..muahahahaha...hahahaha...ok..mengilai plak...haahahahahahhahahahahhaha...hahahahahahah

    ReplyDelete
  4. wakakkakaka, lawak tol cite orang dah kawin nih. mebe muke aka ade iras minah alba tuh barangkali ;P wee!

    ReplyDelete
  5. uishhh... abis dibeleknyer.... bahaya ni.. sbelum kawin nnt aku kena format laptop aku ni..hehehhe

    ReplyDelete
  6. kekeke.kelakar gile! leh terkantoi lak kan folder jessica alba tuh. tp memang betul pun. dah nama lelaki. lumrah alam. btul sgt lah tuh.

    ada pengalaman lbey kurg gak cam kak ziha. cume bezanya, kak ziha dah kawen dgn peminat no 1 jessica alba tuh.hehe

    ReplyDelete
  7. banyak betul nostalgia indah tu kan xeea...memang terseyum sorang diri kalau terkenangkannya...

    ReplyDelete
  8. sheliza : tu lah. sedap2 je panggil i gemuk. tak suka taw u nih. awww!~

    suzie : nak gomol sampai lemas! :p

    momo : amboi. kemain lagi. sampai mengilai. ko gelakkan aku ke gelakkan cfu?

    soraya : really? really? (sambil tersngih2 tengok cermin)

    zul : haha. harusss format.

    anna : tu lah. itu baru jessica alba. ntah2, angelina jolie, aishwarya rai pun ade. tp tak jupe lagi. huu

    hussaini : siap gambar ko pun aku ade jumpe. mse kite poye2 kat sabah dulu. eh eh eh.

    ReplyDelete
  9. habis laaa your other half .....xea nanti citer post mortem ekkk

    ReplyDelete
  10. sha : tak sempat nak buat post moterm, la. terlalu bz membelasah si bedebah tu. hahaha

    ReplyDelete
  11. hahahah..terbongkar sume rahsia..ahaha..sib baik ko yg godek komputer tu...bwat la kalo anak korg ...mau tercengang die duk pk..."sape kah itu BABY GEMOK"...ahahahhaha

    ReplyDelete
  12. wah..kenangan juga tu time di sabah. Orang lain sibuk tengok final debate, kita pula enjoy ke Pulau Manukan.

    Ada kelapangan, aku nak pergi ke pulau tu lagi. Mesti ada suatu pembaharuan.

    ReplyDelete
  13. cik oren : tu lah pasal. aku pun macam tercengang-cengang fikir, siapakah tu? siapa? siapa? :p

    hussaini : aku pun nak sangat pi sane lagi. kali ni, berdua pulak. hee

    ReplyDelete
  14. oiit..macam best je pulau itew...jangan letak gambar..nanti aku kegersangan nak pergi jugak! haha

    ReplyDelete
  15. sha,

    hehehe. sgt best tau! sila lah pergi.

    ReplyDelete
  16. wajib pergi Sha...boleh nampak ikan warna-warni dari atas jeti..hehe

    ReplyDelete
  17. kemain promote lagi si hussaini. huu

    ReplyDelete
  18. susudalambotol,

    tu lah. nasib baik ada jugak. tak kisah lah folder tu letak nama 'baby gemuk' pun.

    kalau takde, mau lagi parah dia kena belasah. :p

    ReplyDelete
  19. ahahhahah.korang berdua sangat comel ok.

    saya rasa cfu kamu bukan pakai jersi no11.mungkin yg duduk cangkung kanan sekali??bawah baju itam? :D

    ReplyDelete
  20. betul!!! *tepuk! tepuk!*

    seploh markah utk saloma! =)

    ReplyDelete
  21. ziha..
    aku terpegun bace latest entri kau hingga le ke entri bulan feb.
    berjam2 aku ngadap blog kau..
    dem cute okkay.. like ur blog!
    *tepuk laju2!*

    ReplyDelete
  22. zu :

    zurai kah ni? thanx for the compliments, dear.

    sila datang lagi *iklan kat beg plastik*

    huuu

    ReplyDelete
  23. luckily dia ader simpan gambo u, kalu hubby i? takdak. kecuali gambo kawen dulu XD...
    maleh dah nak godek laptop hubby, sbb dia guna online hardisk. ada paswd skali. hancuss

    ReplyDelete
  24. angel suzy,

    kebetulan je terjumpe tu. itupun, lagi banyak gambar si jesika lebar drp gamba saya. hee

    err.. ade eh online hardisk? first time dengar. nak buat gak laa satu.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.