Berbekalkan semangat kenegaraaan yang tebal dalam diri, aku memulakan entri ini.
Memandangkan telefon bimbit dan alat elektronik adalah barang terlarang, maka terpaksalah kamu tatap gambar perempuan bermuka tebal yang tak ada kena-mengena dengan isi entri. Di samping bersemangat tebal, perut pun semakin tebal sebab dipaksa makan 6 kali sehari. Siapa tak makan, markah kumpulan kena tolak, katanya. tsk.
Aku mungkin tergolong dalam kalangan yang agak bertuah sebab terpilih menjadik calon untuk menyertai kursus Biro Tata Negara di kala sedang huru-hara kata kursus BTN wajar dimansuhkan, patut bungkus saja. Secara jujur, memang aku pergi atas sebab arahan. Ye lah. ‘Saya yang menurut perintah’, kan.
Tapi, selepas mengikuti kursus ni selama 5 hari 4 malam di Kuala Selangor, persepsi aku mula berubah. Aku tak nampak pun kat celah mana yang BTN ni patut diharamkan. Kecuali pada tahap kemudahan asas seperti katil yang suka mengeluarkan bunyi-bunyian pelik terutamanya di waktu malam dan kualiti makanan seperti roti tilam berinti majerin yang masih boleh diperbaiki. Lain-lain, aku tak tahu kenapa di luar sana beriya-iya kata BTN nih punya agenda tersembunyi.
Pada hemat aku, pengisian sepanjang kursus ni sangat bagus.
Selama ni, kita beriya-iya mengaku sebagai anak Malaysia sejati, kononnya. Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang kita tak tahu sebenarnya tetapi kita selalu isytihar yang kita dah tahu.
Baru aku tahu apa dia ‘Keluhuran Perlembagaan’ yang kita selalu sebut dalam Rukun Negara tuh. Baru aku faham kenapa orang politik berhaluan kiri sibuk nak mansuhkan hak istimewa orang Melayu tetapi tak pernah sekali pun sebut pasal nak hapuskan Perkara 153.
Orang kita memang pandai mencari salah tetapi kalau masuk bab memperbaiki kesalahan diri, haram tak mahu mengaku.
BTN sekadar menyediakan platform.
Pokok pangkalnya, berbalik jugak kepada penerimaan kita macam mana. Untung nasib tanah air kita, terletak kat tangan kita. Orang luar sekadar boleh memandang dan menunggu masa untuk bersorak gembira meraikan detik kejatuhan kita.
Oh. Satu lagi, pergi tonton filem 1957 : Hati Malaya.
Daripada kamu berlumba-lumba mahu tonton kisah pontianak orang putih kacak yang menghisap darah, lebih baik kamu hargai pejuang negara yang bermandi darah dan keringat semata-mata mahu hadiahkan Malaysia ini untuk kita.
Kadang-kadang, kita terlalu ghairah mengejar sesuatu sampaikan kita lupa apa yang pernah kita lalui suatu ketika dulu.
HER : Setinggi mana pun kita berada, ada masanya perlu kembali pandang ke bawah untuk lihat asal-usul dan hayati akar umbi kita.
saya sudah pergi btn dan saya suka!
ReplyDeletewah..semangat2... sbnarnya org kiter ni tengah sedap tidur dengan nyenyaknyer... biler diorg tersedar nnt baru ah tau nasib badan... tak dapek ah nak menolong...
ReplyDeletekembang kempis hidung ku dikala membaca entri kamu nie.
ReplyDeletesaya bangga pernah myertai program BTN!
BTN ni dah lama dah bertapak,tak paham kenapa baru sekarang nk dimansuhkan.nnti 10 tahun akan dtg,boleh jadi PLKN pula yg mahu dimansuhkan.
syokkan g btn..hnya yg pergi tahu apa sbnrnya btn tu..
ReplyDeletetak berpeluang lagi gi BTN
ReplyDeletewaktu kat U pun tak berkesempatan
so tak boleh nak komen lebih2
tp pakcik2 yg dh pegi ni
smua dok mengomen
ungu violet :
ReplyDeletewalaupun lps makan, kena basuh pinggan sendiri, tp tu lah yg besh kan? akan ingat sampai bila2. huu
zul :
dah terhantuk, baru nak tergadah, mmg berparut ah seumur hidup nanti.
fie :
biasalah. dah tade benda lain lagi nak dikaji, kot :)
aziyana :
tu lah. bukak mulut, cakap, mmg senang. sendiri mau rasa la, baru tahu macam mana.
dayu :
woooo rugi wo tak merasa lagi. pengalaman seumur hidup tuh.
salam..ko g btn kt kem mega crystal kuala sgor ker?19-23hb nov ari 2?
ReplyDeleteanon,
ReplyDeleteyup. kat kem mega crystal yg banyak beruk tu :p
tp badge 3 - 7 dec.
akak setuju! orang kita ni mudah lupa diri bila dah ke depan..akak sangat suka pi btn selain kena cuci pinggan dan terus lap, ada wayang sebaik subuh..harhar..tapi masa btn la baru tau hak istimewa dan perlembagaan tu semua..bukannya tak belajar, tapi dulu belajar sb nak pass exam je..huhu
ReplyDeletetiba2...bersemangat patriotik member yg masuk BTN nih...
ReplyDeletek faza :
ReplyDeletetu aa. dulu sekadar menghafal je. tak pernah menghayati.
kcynodia :
tunggu aa turn ko pergi pulak nanti. heee