Thursday, December 1, 2011

Tune Hotels.com.

Sekarang ni aku sedang mengasah bakat sebagai pengulas bebas.


Alangkah indah kalau memang betul wujud pekerjaan ‘Tukang Ulas’. Company sponsor pergi mana-mana, lepas tu kerja aku mengulasssss aje. Ulas pasal tempat tidur, tempat makan, tempat shopping, tempat aktiviti dan segala macam perkara lain yang boleh diulas. Kerja komplen je lah senang kata. Ada? Meh bak sini aku nak test market. heh.


P1000511

Pertama kali menginap di Tune Hotel. Sebab hotel ni macam unik sikit berbanding hotel-hotel lain, so it deserves a detail review.


Perjalanan nak ke hotel sangat mudah. Belum pun sempat nak sesat gaduh bertarik rambut dengan Cfu, alih-alih dah sampai. Ikut Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), keluar kat Tol Skudai, lepas tu ikut je signboard. Sepanjang-panjang jalan dari tol sampai lah ke hotel memang sentiasa ada signboard.


Konsep hotel ni lebih kepada LAYAN DIRI.


Sesuai untuk backpackers ataupun setakat nak tumpang tidur je. Lepas tu, bayar apa yang kamu perlu sahaja. Kalau perlukan khidmat tambahan, maka sila lah buat bayaran tambahan. Nak tengok TV pun kena bayar, ok (-_-“)


P1000401

Lobi hotel.

Masa check in pukul 2.00 pm, check out pulak pukul 10.00 pagi. Kena bayar RM 5 sebagai deposit key card. Kat kawasan lobi turut disediakan kerusi urut dan perkhidmatan mini cyber cafe. Dan, ada jugak kaunter untuk pakej pelancongan kawasan sekitar.


P1000403

Complimentary Essentials Toiletries Kit.

Ada lah seketul sabun, sepeket syampu dan shower gel. Tuala tu kira rental ye, kena letak deposit RM 10. Masa nak check out, kena bawak turun tuala tu sendiri pergi kaunter untuk dapatkan balik duit deposit, dan baru boleh check out. Kalau takde, alamatnya kena bayar lah harga tuala tu.


P1000428

P1000407

Terasa macam duduk kat bilik yang dipasang bom jangka. Cemas je bila tengok remaining credit kat panel tu. Kiraan kredit tu berjalan mengikut berapa banyak yang kita guna. Contohnya; masa 12 jam aircond tu di ambil kira bermula daripada masa kita check in. Katakan hari pertama cuma pakai 6 jam sahaja, maka hari berikutnya kita masih ada baki lagi 6 jam untuk menikmati kenyamanan aircond. Cukup masa, habis kredit, aircond akan terpadam secara ajaib. Poof!!


image

*Klik untuk tumbesaran*

Pakej 3 hari 2 malam berserta add-on Comfort Package (12 jam aircond dan free toiletries) + Entertainment Package (24 jam TV dan Wi-Fi) + Tiket shuttle bus pergi-balik ke USS untuk dua orang + taxes = RM 222.38. Pakej-pakej ni boleh customized ikut selera dan keperluan masing-masing. Boleh jugak nak top-up kot-kot aircond 12 jam atau masa 24 jam TV tu tak cukup.


P1000405

P1000410

Keadaan bilik sangat bersih dan selesa. Tapi, keluasan agak terhad lah. Aku yang tiga beranak ni pun kerja berlaga-laga punggung je. Safety box pun disediakan, tak payah bayar. Pintu bilik air tu see-through ok. Paling kelakar bila Alfiy boleh mengintai ikut bawah tengok aku tengah ‘doing my business’. heh.


P1000411

P1000408

Satu lagi keunikan Tune Hotel yang takkan dijumpai di hotel lain adalah papan iklan merata-rata hah kat dalam bilik. Kat dalam tandas pun ada weh! Serius money minded betullah si Tony Fernandez ni.


P1000377

P1000382 P1000378

Satu je lah yang tak berapa best. Jauh dengan tempat makan. Cafe yang ada kat hotel ni pun restoran yang jual Indonesian cuisine. Oh ya! memperkenalkan yang baju hijau tu travel-mate kitorang ke USS hari tu. Nama dia Anuar dan masih bujang trang tang tang. Sila lah isi borang, kalau berkenan.


P1000380

Biarpun berdarah Jawa, aku macam tak boleh blah dengan menu yang ada. Bakso ni je lah aku layan. Itu pun masin ya amat! Mujur ada 7-eleven kat tingkat bawah hotel, boleh jugak nak beli roti buat alas perut.


P1000453

P1000466

P1000460 P1000463

Satu lagi pilihan tempat makan berdekatan ialah Restoran Singgah Selalu. betul-betul opposite Tune Hotel ni. Tapi nak kena pusing u-turn jauh sikit lah. Tempat ni sangat happening! Menu pun sedap-sedap belaka. Harga? Berpatutan lah dengan rasa, konsep dan lokasi restoran ni berada.


P1000479

P1000472 P1000495

Sebelah Tune Hotel, ada Danga Bay. Siang-siang rupanya macam padang jarak, padang tekukur. Festive Mall dah terbengkalai macam rumah hantu. Bila menjelang malam, tiba-tiba tempat bertukar menjadik begitu happening sekali! Dengan fun fair, theme park, mini zoo, bicycle ride, tram, fine dine restaurant, semua pun ada. Alih-alih tempat tu dibanjiri ramai manusia yang muncul entah dari mana.


Keseluruhannya, puas hati lah menginap kat Tune Hotel Danga Bay ni.


Berpadanan dengan harga yang kita bayar, itu lah yang kita dapat. Dan, kalaulah lepas ni Tune Hotel ada di setiap negeri, dah tentu aku akan jadikkan sebagai pilihan pertama. err.. tapi tengok lokasi jugak. Kalau letaknya ke hulu sangat, tak kuasa kot, kang susah pulak nak mencarik makan. Untuk pilihan Tune Hotel di tempat lain, boleh rujuk lawan web Tunehotels.com



HER : Alang-alang dah buat entri ni, aku buat buat sekali entri pasal Tips & Tricks : Universal Studio Singapore yang aku hutang kat korang hampir setengah tahun yang lalu. Better late than never! :p


11 comments:

  1. Thank you kak xeaa sebab kite sebelum neh teringin nak tau kondisi hotel neh cemane. Tapi boleh tahan jugak ek. Untuk bermalam je ok lah kan

    Paling kelakar part alfiy tengok akak buat "doing my business" Hahaha!!

    ReplyDelete
  2. lama sangat tunggu xeea buat entri tips ke USS, saya dah sampai dah pun!hihi..tune hotel org kata kecik kan?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. boleh tahan jugka hotel ni..tp tu la mcm kelakar ar towel kene sewa..siap ade card lg..

    ReplyDelete
  5. missed lagi n3 xeea..dah lambat baru nk ngomen huhuh

    ReplyDelete
  6. Puan, bilakah puan hadir ke bandar Johor Bahru ini? Kenapa saya tidak tahu? Sampainya hati Puan. Sob sob sob.

    ReplyDelete
  7. i pernah stay kat tune hotel legian, bali. mmg very comfy kalau travel bajet.

    mmg ada kan kerja tukang ulas. tukang ulas tpt makan, tukang ulas tempat berjalan.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas ulasan Xeea diatas. Update terbaru, mulai 1 December 2011, kami tidak lagi mengutip deposit untuk tuala ataupun keycard dan masa checkout juga ditukar dari 10am ke 11am.

    Selain dari itu, kami akan membuka hotel kami di Hat Yai, Pattaya & Filipina dalam beberapa bulan saja lagi. Untuk info selanjutnya, silakan ke halaman Facebook kami di www.facebook.com/tunehotels :)

    Biresh Vrajlal
    Tune Hotels

    ReplyDelete
  9. Reen :
    Recommended kalau setakat nak bermalam 2-3 hari & tak ramai. Kalau ramai2, mmg tak seswai lah. Kecik sgt! Tp mmg sgt puas hati dgn apa yg kite bayar, bersih pun iya.

    Farah :
    Alamak! Sorry lah awak. Byk sgt aral melintang nak siapkan entri tips & tricks to USS tu. Takpe, maybe boleh apply for next visit ke kan. Heee

    Yup. Tune hotel tu kecik. Seswai utk small family je la. Kalau ramai2, nak kena book xtra rooms kot for comfort.

    Aziyana :
    Tu lah uniknya Tune hotel ni! Hihi tp dgr citer skrg takde dah deposit for towel & key card tu. Huu

    Sharena :
    Ye ke? Mesti ingat kite dah bersara dari membelog kan? Sbb tak update2. Rasanya problem kat site feed kot. Nti kite check balik ok.

    ReplyDelete
  10. Aishah :
    Alaaa masa yg pi USS ari tu lah. Tak sempat pun nak arrange any meet ups. Just lepak2 area Danga Bay situ je. Takpe, next time, kalau turun JB lagi, kite roger ok. Make sure bentang karpet merah, ok :p

    Fad :
    Sgt berpatutan lah hotel ni. Lebih2 lagi on travel budget. Kite suke sbb bersih & selesa, tak semua budget hotel boleh provide.

    Tu yg glemer2 masuk TV. I nak jadik tukang ulas dlm belog je. Hee

    Mr Biresh :
    Thanks for your feedback! For sure my readers will appreciate the info. & looking forward to stay at your hotel anytime soon.

    ReplyDelete
  11. Salam, dekat hotel ni boleh masuk ke ramai2? contohnya amik bilik double, katil ada 2, tapi nak masuknya 6 orang. Hahah. Dia akan halau tak yang lebih2 tu?

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.