Friday, November 11, 2011

Nak Berubah, Bukan Mudah.

Mungkin ada yang perasan, mungkin ada jugak yang buat-buat tak perasan. Header Xeatopia ni dah berubah sejak awal November yang lalu. Penangan duduk rumah kuarantin HFMD dengan Alfiy, alih-alih tangan macam gatal je nak tukar header baru. Saja nak ubah angin. Header sedia ada tu, dah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka kot *metafora*


xeatopiatape

Since September 2008

Buat dalam masa 30 minit sebab single lagi kan masa ni, takde distraction

Adobe Photoshop 7.0 | Photoscape


cartoon2

Since November 2011

Ambik masa 2 hari jugak, baru buat 2 minit, Alfiy dah sibuk join sekaki

Photoshop CS 4 | Photoscape


Elok je lepas upload header baru, aku pun saja-saja letak poll kat belah hujung atas kanan nun. Memang saja tak diwar-warkan pun. Siapa yang perasan, dan rasa nak buang undi, maka adalah. Tak kuasa aku nak mintak-mintak orang like ke, tolong undi ke. Tiada paksaan dalam Xeatopia. Pada yang ikhlas membuang undi, terima kasih sayang diucapkan. Memang betullah tu peminat Xeatopia sejati. sentiasa peka dengan perubahan dan selok-belok blog cabuk ni.


image

Dan, aku tak sangka pulak undian lebih memihak kat pilihan yang akhir sekali! Ingatkan pilihan kedua dan ketiga yang akan jadik hot.


Nak dijadikkan cerita, antara pengundi pilihan terakhir tu adalah Cfu dan 2 orang adik aku sendiri. Ini diorang yang mengaku sendiri. Dah alang-alang tu, aku mintak la sikit komen kenapa pilih ‘The old one is way better’ sebab aku langsung tak terfikir yang ramai orang lagi suka header yang tu. Aku ingat dah outdated, orang dah naik menyampah tengok.


Sorang cakap, sebab muka kartun aku kat header tu nampak gemuk. Langsung tak menggambarkan kejelitaan sebenar. KAH KAH KAH. Baik, komen ni diterima tanpa sebarang bantahan. Sorang lagi cakap, sebab tulisan HER OTHER 1/2 tu tak lawa. Terlalu skema dan simple sangat. Boring, katanya.


Dan, the ultimate comment dah tentu datangnya dari peminat nombor satu dan pengkritik tetap Xeatopia iaitu suami peliharaan tersayang; Encik Cfu. Sejak hari pertama aku upload header baru lagi, belum sempat 5 minit pun header tu bertenggek kat atas nun, dia dah komplen,


“Tak lawa!”


Aku tanyalah kenapa.


“Menjengkelkan.”


T_______________T


Mengenali Cfu sejak 8 tahun yang lalu, dia memang cukup tidak gemar dengan perubahan. Kalau dah suka makan ayam goreng, ayam goreng je lah yang paling sedap dalam dunia. Kalau dah suka warna putih, warna tu je lah yang dia nampak kat mana-mana. Kalau dah suka Xeea, yang tu je lah dia rasa paling lawa. eh eh :P


Apa-apa pun, aku tengah berkira-kira sama ada nak kekalkan header baru ni dan mengabaikan hasil undian. Ataupun, ikut suara majoriti yang lagi suka aku kekalkan header yang lama. Kalau ikut slogan dunia blogging, ‘Ini blog aku, ikut suka aku lah nak buat apa’, sah-sah lah aku akan syok sendiri. Lepas tu, setiap kali readers kesayangan datang masuk sini, setiap kali tu jugak lah akan rasa annoying dengan header baru yang menjengkelkan tu, sambil berbakul-bakul menyumpah seranah si pemilik blog yang begitu innocent ni.


Kan?

Nak berubah tu, bukannya satu perkara yang mudah.



HER : Ini baru hal sekecil kuman, belum lagi perubahan besar yang melibatkan kehidupan.

13 comments:

  1. mun vote yang lama..cantik lagiiiii yang lama....

    ReplyDelete
  2. i pun vote!
    yang lama lagi cantik!
    tapi....kalau taruk alfiy jadi header baru, i terima dengan hati terbuka!
    hahahaha =D

    ReplyDelete
  3. mmg yg lama lagi lawa tapi apa salahnya berubah, baru fresh..hehehehe

    er kalo rajin design la satu lg :)

    ReplyDelete
  4. vote yg lama jugak.. mungkin dh biasa dgn lama

    ReplyDelete
  5. dedua pun ok..

    mana ad menjengkel kan..sake saiko u tuh.

    ReplyDelete
  6. honestly...yg lama much better.... nampk lebih lembut...nmpk natural...mcm setiap penulisan xeea...natural dari hati kn....kalau header yg dulu suke tgk gmbr perempuan comel itu...bile header sekarang rase mcm perempuan tue x berape nk mesra..warna pink tuh pn mcm x kena....hahahah....byk pulak complain..tp x pe la xeea yg penting penulisan xeea selalu nye bagus sekali....

    ReplyDelete
  7. Mase Kak Aishah tegur header blog akak kat twitter tu sebelum tu kite memang lagi suke ngan header lama. Tapi yelah. Gila kau nak kata header blog baru tak lawa? Hahaha gurau je.

    Betul ah cakap pengkritik tetap tu. Header baru agak besar sangat sementara header lama lebih jujur, lebih sempoi. Entahlah tapi kite memang selalu nak tanye cemane akak buat header lama walau tau pakai photoscape jugak. Maybe i tak kreatif macam you :DD

    ReplyDelete
  8. kasi design lagi 1 la xeaa...maybe tanpa gannguan bdk alfiy tue ker..might be marvellous =D

    ReplyDelete
  9. Erk kita suka je yang baru ni. Maybe sebab kaler dia fink! Tapi mmg cantik pun. Cool.

    ReplyDelete
  10. "Kalau dah suka Xeea, yang tu je lah dia rasa paling lawa. eh eh :P"

    Menyampah I tau!

    Honestly, this one look more fresh. Kadang-kadang, kita memang perlukan perubahan kan? Tapi kalau perubahan tu tidak memberikan keselesaan, kita baliklah ke pangkal jalan.

    Sila u-turn untuk balik ke pangkal jalan. :D

    ReplyDelete
  11. Mun :
    eh Mun, voting cast dah expired la. ~lalalalala

    Cik Puan Hafiza :
    Kalau letak muka Alfiy, nama belog pun nak kena tukar kepada Alfitopia lah :p

    LuvLikeThis :
    Thanx for your continuous support! *hugsssss*

    Aziyana :
    Tu lah. Rasa mcm nak kekalkan yg baru ni, bagi nampak fresh sket. Nak design satu lg tu, nk kena tunggu 3 taun lagi lah kot.

    Farhanna :
    Kite mula2 pun mcm kekok bila tengok header baru sbb dah biasa sgt dgn yg lama, kan. 3 taun kot pakai.

    Elin :
    Entah tu, kan. Kejam betul Cfu kuar statement camtu. Tp ai pasrah je. tsk

    Lylie :
    Really appreciate your comments! Komen membina, kan. Lgpun kite open je nak terima apa2 komen pun. Thanx!

    Reen :
    "Gila kau nak kata header blog baru tak lawa?" Entah tu. Berani, lah. Putus sahabat :p

    Sharena :
    err.. nak kena tunggu 3 tahun lagi kot nak design baru. Inipun sebab boring masa duduk kuarantin kat rumah hari tu kan. Kalau tak, takde maknanya. hee

    Fie :
    oooo minah pink, eh! Sebenarnya, kite suka merah, tapi mcm tak sesuai nak blend dgn background putih. Nampak rigid & firm sgt. Tu tukar jadik pink, konon2 soft sket la.

    Sha :
    Yup. Akan guna reason ni utk kekalkan header baru. *pdhal sebab malas nak tukar dah*

    Aishah :
    eh eh tak baik menyampah dgn ai tawww! Cer tanya Wahid, for sure dia akan cakap Aishah lah yg paling lawa :D

    hahahaha rasanya takkan u-turn kot. Cuma akan adjust 'jalan baru' tu sket, corner sket, sebab 'destinasi' nya masih sama. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.