Sunday, November 6, 2011

HFMD : Tak Kenal Mangsa.

Hari ni, genap 10 hari Alfiy bebas dari kuarantin selepas dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Namun begitu, aku masih lagi mengambil langkah berhati-hati kerana difahamkan bahawa penyakit ni boleh berulang kembali.


Imbas kembali pada hari pertama Alfiy disahkan positif HFMD.


Minggu sebelum kejadian, tuan punya daycare ada telefon, beritahu yang terdapat beberapa bayi disahkan positif HFMD dan minta aku ambil langkah berjaga-jaga. Aku tetap hantar Alfiy ke daycare seperti biasa selepas diyakinkan yang mereka dah buat thorough cleaning. Tawakkal je lah. Selang dua hari berikutnya sewaktu berada di pejabat, aku terima SMS daripada salah seorang teacher Alfiy beritahu yang Alfiy ada simptom penyakit HFMD iaitu bintik-bintik merah di tangan dan kaki. Sehari sebelum tu, aku perasan yang suhu badan dia naik sikit; kira macam demam ringan lah. Tapi, tak sangka pulak tu tanda-tanda dia dah dijangkiti HFMD.


hfmd

Macam ni lah rupa bintik-bintik merah berair kat tangan dan kaki Alfiy. Rashes jenis ni tak gatal atau bisa tapi makan 10 hari jugaklah nak betul-betul kering.


Mula-mula aku berlagak kool. Sebab dah diberitahu awal pasal HFMD ni. Kawan-kawan blog pun ada berkongsi hal yang sama. Kiranya, macam dah ada sikit-sikit maklumat tentang HFMD. Tapi, lumrah menjadik ibu, bila dikhabarkan anak tak sihat, hati aku tak tenteram di tempat kerja. Aku pun apply kerja half day, telefon Cfu dan terus bawak Alfiy jumpa paediatrician.


Tak cukup dengan tu, aku siap SMS Mama Raisya tanya nak buat apa.

Padahal dah berbuih member tu pung pang pung pang cerita pasal HFMD dan cara-cara nak menjaga anak yang dijangkiti kat blog dia. Panik punya pasal, kan. Apa pun aku tak ingat.


Selepas doktor sahkan Alfiy dijangkiti HFMD, maka arahan kuarantin pun dikeluarkan. Sekurang-kurangnya seminggu, Alfiy tak dibenarkan keluar rumah, nak elak daripada jangkitan berlanjutan dan melarat kat kanak-kanak lain pulak. HFMD biasanyan mudah dijangkiti oleh bayi dan kanak-kanak tapi orang dewasa pun tak mustahil boleh kena.


Sepanjang masa kuarantin, memang terperap dalam rumah je lah. Perkara paling dasyat tentang HFMD ni adalah ulcer dalam mulut yang sangat banyak dan kelihatan menyakitkan! Kita orang tua ni pun, kalau kena ulcer sebijik kat bibir, dah tak selera makan. Inikan pulak bayi umur setahun. Bukan setakat kat bibir je tau, kat lidah, sebelah dalam pipi, lelangit, tekak, semua penuh dengan ulcer. Bayangkanlah sakitnya macam mana. Air liur pun meleleh je sebab sakit kot nak telan.


Tiga hari pertama, memang dia meragam je.


Setiap kali nak makan, meraung. Minum susu pun menangis. Tapi yang bagusnya Alfiy ni, tak sihat mana pun, selera makan tetap tak hilang. Sebijik macam Papa dia. Cuma dia akan menangis setiap kali nak telan makanan. Lepas tu, tak putus asa, tetap nak makan jugak sampai habis, makan sambil menangis lah. Kesian. Tidur malam tak lena, bangun setiap jam sekali. Oral aid nak kena sentiasa stand by. Berbotol-botol Cfu beli. Asal dia bangun je, terus bubuh dalam mulut. Mungkin pedih kot masa tertelan air liur basi, tu yang asyik terjaga je. Aku dengan Cfu memang dah macam zombie, dengan tak cukup tidur, bangun pagi mata bengkak dan lebam serupa panda. Aku tabik spring lah kat Mama Raisya yang boleh harungi situasi macam ni sorang diri tanpa suami di sisi.


Masuk hari ke-4, dah nampak perubahan sikit. Mungkin ulcer dalam mulut dah mula surut. Dia dah mula makan sikit-sikit tanpa menangis. Minum susu pakai botol straw. Hari ke-5, baru boleh direct breastfeed semula. Lega mak dia. Sedih woh bila Alfiy taknak minum direct, rasa macam dah tak diperlukan. tsk. Genap seminggu djangkiti HFMD, boleh dikatakan yang Alfiy telah sembuh sepenuhnya. Tinggal ruam kat tangan dan kaki je lah yang masih belum betul-betul kering. But, he is recovering fast.


Kepada ibu bapa di luar sana, terutamanya yang menghantar anak ke daycare, diminta lebih berhati-hati lah. HFMD ni, kalau dah kena kat sorang, memang cepat sangat merebak. By the time kita diberitahu ada budak yang disahkan positif HFMD, besar kemungkinan anak kita pun dah dijangkiti sebenarnya sebab kuman HFMD ni ambil masa 5 hingga 6 hari untuk mengeram dan hanya menunjukkan simptom beberapa hari lepas tu.


Mommys Tips :

1. Buat cleaning spree. Basuh/jemur/lap dengan alcohol swab segala barang-barang anak yang dijangkiti.


2. Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun setiap kali lepas in contact dengan anak yang dijangkiti. Takut pulak kot-kot kuman tu melekat kat orang lain, lepas tu ter-passing kat bayi lain pulak.


3. Sapu/titis/sembur Oral Aid setiap kali sebelum bagi makan atau minum. Sekurang-kurangnya, ulcer kat mulut tu rasa kebas kejap, dan diorang boleh makan sikit pun jadi lah. Biasanya, doktor memang akan provide sekali. Takpun, kat farmasi memang ada dijual tapi kena beritahu lah nak beli Oral Aid untuk bayi.


4. Kalau anak tetap tak mahu makan atau minum dan mula tunjuk tanda-tanda dehydrated seperti diapers kering dan kelihatan tak bermaya, cepat-cepat bawak ke hospital untuk rawatan lanjut.


5. Patuh pada arahan kuarantin. Tu lebih kepada tanggungjawab sosial sebenarnya. Biarpun anak nampak macam dah sihat, dikhuatiri kuman tu masih ada dan boleh menjangkiti kanak-kanak lain pulak.


mamaafi

Looking on a bright side, HFMD brings us closer.

The quarantine time was more likely a quality time for us together. This pictures was taken on the third day of quarantine. Look how happy he was despite all the pain. He is truly a strong happy baby!



HER : Tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu selain daripada melihat anaknya dikurniakan tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas, sentiasa ceria dan gembira.

12 comments:

  1. semoga alfiy cepat sembuh...dulu suri pun kena...last2 kena warning ngan doc..kalu antor lagi kat taska tu...doc tu nak report ...terus kuarkan suri..alhamdulillah...sume ok...dulu2 doc ada bagi petua..if nak bg susu..bagi yang sejuk...and lagi bagi aiskrim vanila..nti mulut akan rasa kurang sakit ulser sbb sejuk...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Alfiy dah ok. tu risiko yang perlu kita aware bila hantar baby ke daycare/nursery..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah baik dah dia. Mama pun dah boleh keluar jalan². Weeee...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, hai xea..salam perkenalan saya newbie jemput masuk blog saya. i follow u..tq :)

    ReplyDelete
  5. bila demam dh gelabah, inikan penyakit lain. mmg sayu jer hati klu tgk mereka nih x happy ka..

    cept sembuh yer si comel.

    ReplyDelete
  6. takpe, kita mmg semangat kalau bab2 share pasal anak ni. panjang lebor haa sms. sama je mcm blog entry. haha :P

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah Alfiy dah sembuh..
    Semoga terus sihat dan membesar dengan cergas dan cerdas..;)

    ReplyDelete
  8. Farhanna :
    "Thank you Auntie!" kata Alfiy.

    MamaSuri :
    thanx for the tips! I dh try kat Alfiy hari tu & it work wonders!

    Farah :
    Tu lah. Macam2 risiko, sebenarnya. Tapi dah kalau itu je pilihan yang ada buat working mom mcm kite ni, tawakkal je lah.

    Fie :
    Part boleh keluar jalan-jalan tu yang paling crucial. Sikittttt je lagi nak meroyan duduk berkurung lama sgt dlm rumah :p

    EnaMokhtar :
    Salam perkenalan! Thanx for dropping by & being a follower too :)

    Elin :
    Kan? Kite pun jadi takde mood je. Nak anak hepi2 je, baru kite pun boleh hepi sama. Its kinda bliss.

    Sha :
    You've been such a big helper! Thanx a lot. Ini lah untung nya ada blog mak-mak, kan. Sharing experiences tu takleh nak beli kat mana2.

    Yantie :
    Alhamdulillah, aminnnnn :)

    ReplyDelete
  9. assalam sis..sy google2 psl HFMD tjumpa blog sis ni..anak sy 3thn lbh kena..masalahnya sy ada baby 5bln kat rumah..dah tu rumah bknnya besar mana..sy jaga dua2..camana nak jauhkn tu?akan menjangkit tak kat adik dia?ada blogger lain tak berpengalaman mcm ni?risaunya la..kakaknya yg 3thn lbh ni pun susah nak jaga nangis je taknak mkn minum..apalagi klau berjangkit ngan adiknye..

    ReplyDelete
  10. Kunyo :

    Kalau nak ikutkan, mmg kena kuarantin. Jauhkan kakak drp baby. U pun nak kena jaga betul2 psl hygiene. Cuci tgn bersih2 sebelum pegang baby each time lps attend si kakak.

    Kalau boleh asingkan segala brg kakak apart from baby. Jgn share apa2 pun.

    Doa banyak2. Penyakit HFMD mmg sangat mudah berjangkit. Apatah lg bila duduk satu rumah.

    Take care.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.