Monday, October 24, 2011

Sensitiviti.

“Adoi sakit gila kaki aku. Tak pasal-pasal hari ni jadik OKU.”


Kenyataan seorang pelajar sewaktu dalam kelas kelmarin betul-betul buat aku tersentap, aku cuba kawal diri tapi perasaan aku tetap tersentuh. Aku tahu, dia sekadar bergurau dengan kawan-kawannya ekoran kaki terseliuh jatuh motor hari sebelumnya. Terkengkang-kengkang gigih menapak datang ke kelas.


Mempunyai ahli keluarga yang dikategorikan sebagai OKU, aku akui memang cukup sensitif dengan gelaran tu. Biarpun orang tak tahu, hati aku cukup terguris apabila orang mempermainkan gelaran OKU dengan sewenang-wenangnya. Seolah-olah, ia satu gelaran yang boleh dijadikan bahan gurauan. Sama macam situasi di atas.


Sebenarnya, aku lebih suka menggelar Adik sebagai insan istimewa (Baca : Si Bongsu Kesayangan) Kalau memperkenalkan Adik dengan sesiapa, aku akan cakap “Adik aku ni special.” Orang pun akan mengangguk-angguk faham, biarpun sebelum tu dahi masing-masing berkerut tengok bentuk fizikal dan kelakuan Adik seperti tidak menggambarkan usianya yang sebenar.


Pernah jugak ada orang gelar Adik sebagai mentally retarded atau terencat akal. Paling dasyat, ada yang cakap Adik gila! Hati aku pecah berkaca-kaca. Bayangkan pulak perasaan Mak aku macam mana. Orang tu cakap kat depan-depan dia. Sedangkan kita, orang komplen anak kita begitu begini, kita dah naik darah, inikan pulak yang selamba cakap ‘anak istimewa’ kita sebagai gila.


Being a mother myself, kini aku lebih faham apa yang Mak aku rasa. Malahan, lebih sensitif kot. Jiwa Mak mungkin dah kebal, dah biasa dengan pandangan sinis dan kata-kata pedas selama 17 tahun dia membesarkan Adik. Dia sentiasa tersenyum bangga mempunyai seorang anak istimewa seperti Adik. Betapa hebatnya kuasa kasih sayang seorang ibu, kan.


Bukan mudah untuk buatkan orang faham apa yang kita rasa.


Jadi, aku mohon, pada kamu yang tidak pernah mengalami perasaan sebegini kerana takde anak atau adik atau ahli keluarga terdekat yang tergolong dalam kategori OKU, tolonglah faham. Aku cuma mintak secebis belas ehsan agar kamu jadik lebih prihatin terhadap perasaan orang sebegini. Hati-hati apabila berkata-kata. Lebih-lebih lagi tentang perkara berkaitan golongan istimewa dan gelaran mereka.


Cuba tempatkan diri kamu di mana seorang ibu yang mempunyai anak istimewa berada. Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan. Bermula dengan penerimaan masyarakat serta masa hadapan anak istimewa yang dimilikinya. Tak ada ruginya kalau dipinjamkan kata-kata manis buat pembakar semangat agar mereka tak putus harapan.


speech-impairment_01

Jangan dilukai perasaan kami lagi.



HER : Luar nampak kental tapi jiwa serapuh kaca.

6 comments:

  1. salam kenal..
    jg lupa follow blog sy blk tau :)
    tq

    ReplyDelete
  2. Kadang² orang kita suka terlepas cakap begitu. Fie sendiri pun sama. Harap² lepas ini lebih menjaga kata².

    ReplyDelete
  3. dekat setahun dua baru2 ni,US buat rules baru untuk orang2 istimewa kat airport & dalam flight.aku kena dengar briefing yang serius lama sebab nak faham needs for these special people.kami tak boleh dah panggil handicapped dan seangkatan dengan nya- jadi OKU aku rasa included.special needs more appropriate.kalau dalam flight pun aku dah tak boleh sebarang tanya.ada cara nak tanya,cara nak assist tu macam mana.silap tanya silap assist,pax special needs boleh ambik tindakan.diorang siap ada careline khas untuk report pasal apa yg jadi onboard/kat airport yang against orang2 istimewa ni.tapi tak silap aku ni hanya apply pada american only OR kau terbang dengan mana2 airlines from states OR kau fly ke states xkisah dengan mana airlines.malaysia masih boleh dikatakan slow jugak la dalam hal2 macam ni..bila diingat2kan,asia ni penuh kaya dengan adat,tapi masih tak cukup sensitif akan hal2 macamni.malu betul

    aku tumpang bangga untuk adik kau.letaknya dalam syurga dah pasti.yang sibuk2 dok mengata tu,pahala dah penuh ka?

    ReplyDelete
  4. lepas baca entry adik bongsu kesygan tak sangka pulak yang xeaa pernah kerja kat kuching.. bila dan kat maner? kasmi org kuching.. :)

    ReplyDelete
  5. Ziha, aku baru baca entry ko yg dulu tuh. And aku baru tahu yang Nani istimewa. Nani sangat comel kot time kecik-kecik dulu, with her curly hair & very fair skin. Huhu. Aku mmg ingat adik ko yg Nani ni je coz dulu pas abis xtra class or KOKO, kan ke kitorang selalu singgah lepak rmh ko jap.

    Whatever it is, ur family is very lucky to have Nani!

    ReplyDelete
  6. Ibu Amanda :
    Thanx for dropping by!

    Fie :
    Saling mengingatkan. Ni pun kira mcm peringatan utk diri kite sendiri jugak :)

    Saloma :
    Negara kita masih belum sampai tahap tu. Kesedaran sivik pun ala-ala je. Tengok je lah parking utk OKU tu, siapa yag pakai? hummpph

    Agree that yang istila 'Orang Kurang Upaya' ni tak seswai untuk digunapakai. Diorang in special needs bukan nya perlu di isolate sebagai kurang upaya.

    Mrs Daydeck :
    Tak kerja sana pun lagi. Arahan posting ke sana, tapi dah dapat pindah lebih awal. Alhamdulillah.

    Aida :
    Yup, tapi masa tu dia kecik lagi, doktor belum endorse as special. Masuk umur 7 tahun, nak daftar sekolah, baru declared sbb nak masukkan kat eklas Pendidikan Khas. Neway, she still got that curly hair (dah panjang) & very fair skin (tak lut dek sun burn okeh!)

    By the way,really mish the old times!

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.