Ini adalah entri kompilasi hari-hari minggu yang lepas.
Macam biasa, cuti hari minggu kalau Cfu dan aku tak kena kerja lebih masa, kami lebih banyak luangkan masa bersama keluarga. Cuba dapatkan masa bekualiti bersama. Masa ni lah baru nak merasa mandikan anak, memasak dan bersenam.
err.. bersenam? wah wah.
Selama ni, ada kuasa aku nak bangun pagi-pagi buta di hari minggu semata-mata untuk mengeluarkan peluh? Nan ado. Tapi, sejak Cfu punya keputusan thoroughly medical check up turns out to be not so good, aku gagahkan diri demi suami tercinta. Hah, korang takyah senang hati ingat muda lagi, luar macam sihat, dalam takde penyakit ye. Kesihatan diri takde orang jual lelong kat eBay, weh. Nak tak nak, susah atau senang, sendiri mau ingat.
Aku cakap macam bagus.
Diri sendiri pun tak pernah buat check up lagi (-_-)
Dengan berbekalkan wajah sembap tak mandi pagi, Alfiy layankan je.
Dah tawaf berapa round ntah, Alfiy masih lena dibuai mimpi. Tambah pulak angin pagi sepoi-sepoi, burung berkicauan, daun nan berguguran.
Matahari pagi di Taman Rekreasi Bukit Jalil.
Dah nak balik, baru terjaga. Lalu membuat mimik muka tak puas hati, kenapa aku dilibatkan sama dalam hal ini?
Sebab tengah insaf, sarapan pagi roti bakar je. Telan air liur tengok orang kat meja depan makan nasik lemak ayam tambah telur mata T__T
Dah makan, baru gembira. Kalau tak, muncung sedepa. heh.
Ingat lagi entri ni?
Pasal adik ipar yang kena buat pembedahan nak buang fibroid. Selaku satu-satunya Abang dan mempunyai darah jenis sama, Cfu nak kena ganti semula darah yang dah digunakan. Ini dah masuk kali yang kedua. Satu kali sesi, boleh derma maksimum 400 ml je. Lepas tu, nak kena tunggu 3 bulan, bagi sel-sel darah yang hilang tu diganti semula, baru boleh datang untuk derma lagi.
Tabung Darah Sime Darby Medical Centre.
Anak-beranak darah O. Aku sorang je berdarah B. Dah lah muka orang cakap sama, jenis darah pun nak sama-sama jugak ke. Takpe, Mama tak kecik hati pun. tskk.
Hutang darah dibayar darah. Hutang budi dibawa mati.
Sekian, jumpa lagi hujung minggu akan datang!
HER : Kesihatan tu umpama saham. Ada naik turun nya.
besar dah anak xeea.. comel!!
ReplyDeletetaman bukit jalil
ReplyDeletehahahah..dulu pergi sesat berdua ngan cha
ekwan ke mana
aku ke mana
tp sana macam seronok skit
alfiy..alfiy
awak yg suka buat muka gini ke mama yang asyik selalu tayang gmbr gini
tapi takpe.. macho
ololo tomeynyer alfiy pi joging dl mimpi
ReplyDeletekena tolak dalam stroller..
ReplyDeletemau tak sedap tidur si alfiy ni.. :)
fasya darah O...nak tak ?
ReplyDeleteTapi erk! xpenah derma darah...TAkut
sangat korean look like lah alfiy nih :) suke auntie tengok..comeiiii
ReplyDeletedarah o ni tak ramai ni..haritu ada dalam paper mintak jasa orang2 darah o,sila derma.hehe
ReplyDeleteadik sorang darah o,yang lain satu famili darah b.selalu le jadik bahan sebagai anak pungut.ahahahaha saja mengusik adik beradik :))
bagus ni jogging sambil tolak stroller hehe.
ReplyDeletealfiy, maxi cosi alfiy sama dgn kakak raina color merah pun sama. quinny alfiy color apa? kakak raina punya quinny black color.
muahhh alfiy :)
ololo geramnye tgk alfiy..iskkk bile mau dating ngn anggun ni?
ReplyDeletemama alfiy nnt nk jmpe anggun btau la awal 1 hari. leh palnning cantikkk..hihi
dah pergi riadah dgn imaan sekali kt taman bukit jalil tu. bile nak pergi lagi ntah. tolak stroller seround dah semput.
ReplyDeleteeii seronok nya Alfiy tidur. hehe.
ReplyDeleteaida :
ReplyDeletekejap je dah besar kan? esok2 dah pandai jalan pulak.
dayu :
kat cni ramai org jogging. so rasa mcm bersmgt je kan? ter-motivated gitu.
kebetulan kot each time snap gambar dia, mesti tgh buat muka. hee
k yana :
ye kot. jogging dlm mimpi sbb bgn tido je, berpeluh sakan dia!
mak haqq :
berangin & nyaman je kan. makin nyenyak dia tido.
fasya :
berat cukup tak? org kuranbg berat, takleh derma darah tau. huu
mrs nageb :
kacuk jawa :p
saloma :
sama la kite, satu family darah b. boleh pulak tetiba alfiy darah o. gila kuat baka belah cfu. huu
nurul :
alfiy nye zapp pun merah jugak sbb mama dia kan gila kaler merah. habis alfiy jadik mangsa keadaan. sume brg dia byk kaler merah. hee
juju :
nak planning awal2 yg payah ju. takut ada last minit errand ke kan. sbb tu kitorang suke main terjah je :p
fad :
besar gile kat taman tu? berpeluh tolak stroller mengalahkan org yg lari 4-5 round.
wardah :
tu la. tido tak heran hal sekeliling. Mama dia yg semput. hee