Wednesday, February 23, 2011
Perspektif Seorang Ibu Berkerjaya Sepenuh Masa.
Aku percaya, rata-rata ibu berkerjaya sepenuh masa yang dari 8 pagi hingga 5 petang di pejabat, pernah termimpi, takpun pernah pasang niat nak tukar profesion jadik suri rumah sepenuh masa atau istilah glamour nya; Stay-At-Home-Mom (SAHM), kan? Mengaku je lah.
Aku pun tak terkecuali.
Selalu berangan duduk rumah, tiap-tiap hari goyang kaki, layan anak, masak, sambut suami pulang dari kerja. Sambil tu, buat bisnes kecil-kecilan jual Tupperware. Nak bagi canggih sikit, jual selendang kat blog. Jadik lah buat duit poket beli baju baru kat Sogo.
Apabila berpeluang bercuti duduk rumah selama 3 hari menjaga anak yang kurang sihat, tanggapan tipikal aku terhadap rutin seorang SAHM terus berubah sama sekali. Malahan, tak keterlaluan kalau aku katakan yang rutin mereka kadang-kala lebih 'dasyat' daripada apa yang kita lalui setiap hari di tempat kerja.
Bangun seawal pagi, uruskan hal ehwal rumah tangga dan siapkan diri sendiri sebelum anak terjaga. Itupun kalau sempat siapkan semua. Tup-tup tengah buat kerja, anak kecik dah bangun, mintak didukung nak bermanja. Lepas tu, siapkan anak, main dengan anak, mandikan anak, masak untuk anak, beri anak makan dan sampai masa dodoikan anak masuk tidur semula. Kena pulak anak baru belajar kenal orang, taknak kena tinggal, nak berkepit sepanjang masa. Ke hulu ke hilir lah gendong anak dengan rambut kusut yang ditoncet tinggi atas kepala.
Baru nak rehat lepas balik dari pasar, dah tengahari lah pulak. Nak kena memasak, sapu lantai, cuci lantai kena muntah anak, jemur baju sambil curik-curik tengok cerita gossip artis kat TV. Itu belum kira yang dah ada anak bersekolah. Anak pulak berderet sampai 5-6 orang. Nak layan Facebook, nak main Twitter. err.. nak update belog. Itupun kalau anak tidur lena. Kalau tidak, melangut kat muka surat login je lah, tak berganjak dari pagi.
Petang nanti, suami pulang dari kerja, sedap-sedap order nak makan siakap tiga rasa. Lepas tu, menyeringai tanya kenapa rumah tunggang langgang serupa kapal nak tenggelam. Kemain payah carik stokin kerja dia tak jumpa. Tanya bukannya reti nak bagi salam, ciuman apatah lagi. Tak tahu ke dia yang si isteri lintang-pukang duduk rumah bukan sekadar goyang kaki makan gaji buta.
Macam tu lah gambaran kasar rutin sebenar SAHM.
Mungkin tak se'kejam' yang aku gambarkan tapi, cukuplah untuk beritahu semua orang betapa kehidupan SAHM tidaklah semudah yang disangka. Tidak seindah yang kita semua para ibu berkerjaya impikan.
Sekurang-kurangnya, ibu berkerjaya sepenuh masa, masih punya masa untuk diri sendiri. Boleh jugak melawa pakai bedak kompak Miyami masa nak pergi kerja. Takdelah muka sememeh berkain batik sepanjang masa. Dapat bersosial dengan rakan sekerja, pergi ngular masa rehat hari Jumaat sampai ke KLCC. Ada masa nak masuk komuniti mak-mak di alam maya untuk bertukar pendapat pasal ilmu keibubapaan di samping tambah kenalan baru.
Kesimpulannya, aku rasa aku tak sesuai untuk bergelar SAHM.
Buat masa ni, lah. Masa depan, kalau tiba-tiba aku jadik jutawan blogger ke kan, mampu nak upah maid sorang dua, mungkin masa tu baru sesuai untuk aku bergelar SAHM. Duduk rumah, nak jaga anak je, masuk hal kemas rumah semua, ada orang lain yang tolong uruskan. oh, alangkah bahagia!
Ini bukan satu keluhan tapi sekadar luahan.
Aku suka bergelar seorang Mama. I love parenthood life. Aku enjoy menguruskan rumah tangga. Ia merupakan satu fasa paling sempurna dalam kehidupan seorang wanita. Tapi, bak kata-kata sorang kawan aku, tak kira lah sama ada kita ni ibu berkerjaya mahupun suri rumah tangga sepenuh masa,
HER : Lumrah menjadik seorang insan bergelar ibu; yang bekerja, teringin nak jadik suri rumah sepenuh masa dan begitulah yang sebaliknya. The grass is always greener on the other side, isn't it?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memula tu memang la seronok..
ReplyDeletetapi lama-lama macam bosan jugak..
pada kid lah..
tataulah kalau orang lain kan..
kid dah 4 bulan duduk rumah..
mmg penat walaupun happy..
tapi kid rasa kid pun tak sesuai jadi surirumah..
atleast kalau kita bekerja..
dapatlah kita beli barang sendiri tanpa bantuan suami kan.. :)
eh lupa nak tanya..
ReplyDeletealfiy sudah sihat?
semoga cepat sembuh ya alfiy :)
semua ada bahagian masing2..DIA dh tentukan yg mana sesuai atau tidak. at first, aku pun cm rasa tak sesuai, but since dh ade toodler macam berminat. of course kene pandai bhgi masa utk tidak boring being a SAHM. especially bile ade geng SAHM jugak. bole outing same2 wt planning same2. but stil..cannot say much la. cuz klu direnungkan berkejaya penat, SAHM pn penat.
ReplyDeletehanya bagaimana kite gunakan masa dgn sebaiknya..kite kan kaum terhebat!
kid :
ReplyDeletewah, 4 bulan dah jadik suri rumah ye? so how? mahu kembali berkerjaya, kah? hee
Alhamdulillah, Alfiy dh sihat. esok kembali ke skool, Mama kembali ke kantor :)
dayah :
working mom vs SAHM . both ada pro & cons. yg berbeza, mcm ko cakaplah, cara penerimaan msg2.
psst, dah jadik mak, nak bersidai kat tenet pun kena tgu malam2 sket baru boleh kan? :p
belom pernah teringin nak jadi suri rumah... [don u ever wish].. kalau dah biase bekerjaye.. amik mase kowt nak tukar profeshen jadi ful time house wife...
ReplyDeleteeven kalau suami gaji tinggi sekalipon.. susah nak mintak duit orng ni...!! lagi2 kalau nak sajer2 shopping...!! huhu
Tade pengalaman lagi,
ReplyDeletetapi pengalaman balik kerja nak uruskan hal rumahtangga tu memang penat.
Tapi bak kat Dayah, kita kan superwoman.. bagaimana kita agihkan masa itu yang penting kot..
(orang tade anak lg, boleh la cakap kot.. heeee)
do agree, kita selalu nak apa yang orang lain ada. =0
penah ade pengalaman jadik suri rumah, cuti sampai dua minggu dan penah jaga anak sakit 4hari.
ReplyDeleteerm so far memang takde talent nak jadik suri rumah sepenuh masa sebab bila mengadap anak 24/7 macam-macam kerenah dia kite kena hadap sampai naik penat dan terpaksa jadik raksasa gorgon, sebab diri tak penyabar.
Allah sentiasa menduga kite. :)
yup, mmg penat jd SAHM. setuju dgn apa yg xeea tulis tu
ReplyDeleteagree2,
ReplyDeletedlu ms bru2 msuk kerja, asek nanges2 rindu anak, tekanan kerja,
rase nk benti kije duk jaga anak je kat umah,
tp bile dpt cuti, seharian jg anak,
nak2 plak bile dia dah start pndai membuas,
haaaaa ms tu surrender,
dgn kerja umah lg, nk bsh baju, dgn dia meng ekk ekk.. nk tidokan pun bercinteee..
adehhh,insaf,
time tu la..rase kagum sgt2 kat mil yg sggup jg budak tu, melayan kerenah dia hr2 tanpa jemu, ekekek :p
aku setuju sgt dengan kata2 pn. xeea ni. aku sendiri pun rasa nak jd oswife penuh masa. tapi at da same time aku terpk bley ke aku nk jd oswife sepenuh ms n berbekalkan duit yg suami bg jer.hahaha..
ReplyDeleteakhirnya aku amik kata putus utk terus bekerja sbb aku ni sukeeeeeeee shopping. duit asben xleh shopping sgt. nak beli brg pun aku rs ade linit. x beshhhhhhhhhhh
I Love Kids so much so xder masalah la pasal nk jaga kids ni kan :P
kak suzie pun tkde talent utk jd SAHM,jaga anak buah 2-3 hari pun rasa mcm surrender even actually kepuasan tu ada but not for long term.mmg kagum dgn mak yg skrg jaga cucu2 sbb kena byk2 sabar
ReplyDeletetp kan tak tau la dgn anak sendiri,i guess awal2 je kot rasa mcm nak melekat 24/7 dgn anak tp masuk bab duit tu,i prefer to have my own money...mmg ada pros n cons kan working mommies vs SAHM.apapun salute la kat SAHM ni
ya betul!!! setuju 200%
ReplyDeletepernah merasa SAHM masa amik cuti extra 10 lepas bersalin..10 hr jer pun tp rasa mcm adeh, xsesuai..hahhaha penatnya mmg kalah keje balik jam 5
ya betul!!! setuju 200%
ReplyDeletepernah merasa SAHM masa amik cuti extra 10 lepas bersalin..10 hr jer pun tp rasa mcm adeh, xsesuai..hahhaha penatnya mmg kalah keje balik jam 5
xea..mmg pn..nk menempelkan badan sama lappy pun kene curik2 time. wut my mom always said,"you yourself have to know how to bahagi semua masa yang ada"
ReplyDeletekite kan sgt fleksibel and multitasker terhebat. itu mmg men tak boleh lawan la.
cth: weekend(within 2 jam) - hubby basuh kereta and kite boleh masak+basuh baju+sidai baju+kemas rumah at the same time. hebat bukan?!
jadi SAHM adalah sangat penat. tapi i memang nak sangat pasal i percaya kita, perempuan dijadikan tuhan utk menjaga rumah tangga, jaga anak, stay at home. :)
ReplyDeleteMasa dah habis pantang rasa tak sabar-sabar nak pergi kerja sebab rasa stressed duduk rumah. Dah biasa hari-hari mengadap komputer. Cukuplah Sabtu / Ahad. Mungkin akan ok duduk rumah kalau ada maid. At least kita boleh jaga anak kita sepenuhnya and masak. Lepas masak, maid yang kemaskan dan rumah, baju, dapur semua maid yang uruskan.
ReplyDeleteKalau ada maid, saya nak duduk rumah dan suami boleh kasi tiap-tiap bulan gaji macam sekarang. Hahaha. Kemain, demanding :D
boleh tak nak tamak
ReplyDeletenak dua-dua
bila aku rasa nak keje, aku gi keje
tapi bila nak duudk umah
tak yah gi keje
*mimpi*
yeah.. pernah terpikir hal yg sama
keje umah adalah lagi dasyat
kalau kita yg uruskan semua sendiri
kalau ada maid okay lah
aty :
ReplyDeletepart nak shopping suka hati yg payah tu. kalau ada duit sendiri, setakat nak beli brg dapur ke, takyah mengharap belas ihsan suami, kan? huu
nadia :
agree. time mangement is the key. tapi, kalau dah terbongkang sekali masa anak tido, tak dpt la den nak tolong :p
fasya :
tu laah. kite pun rasa masih tak cukup sabar nak layan kerenah anak. mcm mana lah mak-mak kite dulu boleh bertabah ngan kite sume eh.
yatie :
tu dia sorang SAHM dah membuat pengakuan. hee
nano :
masuk part nak tidurkan anak tu yg betul2 menduga. tak dpt imagine mcm mana teacher kat skool alfiy boleh handle ramai2 babies yg meragam waktu nak tidur.
juju :
kalau dok rumah jaga anak je, aku rasa sume mak-mak mmg tak kisah kot. lg seronok, adalah. tp bila dlm ms yg sama, nak kena buat byk lg kerja2 lain, adoiiii, nak kena fikir byk kali gak. at least, weekend ada gak hasben boleh tolong. takpun upah maid ke kan.
suzie :
kite pun salute kat SAHM. dorang really dedicated working without pay. dah tu nak kena banyak bersabar.
aziyana :
hahahaha kite mmg dah ditakdirkan utk jadik ibu berkerjaya kot. Allah knows best, kan :)
dayah :
tu lah. bukan kite tak buat kerja2 SAHM tu, cuma x buat hari2 la. bila buat time wkend, tak terasa sgt kot penatnya. at least, ada gak hasben nak bergilir2 jaga anak + buat kerja rumah.
fad :
kalau boleh, ai pun nak sangat jadik SAHM tapi tunggu Cfu jadik kaya dulu aa. upah maid, pastu ai nk duduk rumah jaga anak & masak je. hee
hidd :
statement last awk tu lah impian sy sejak dari dulu. tp bila lah nak termakbul agaknya :)
dayu :
kalau ada bisnes sendiri, boleh kot nak buat camtu dayu. tp tu lah, at least nak kena ada maid lah yg boleh diharapkan nak bantu kite buat2 kerja rumah sume tu.