Friday, February 11, 2011

Harta Pusaka.

Siaran radio pagi tadi bincang pasal kisah seorang akak tak puas hati bila ibunya mewasiatkan rumah pusaka atas nama adik dia. Difahamkan, adik dia seorang ibu tunggal, berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu yang sedang uzur. Apa yang si kakak tak puas hati sangat ialah sebab dia kakak; yang lebih tua, pun sama-sama jaga ibunya, tapi kenapa dia tak dapat apa-apa?


Kes perebutan tanah dan harta.

Mana-mana pun kita dah biasa dengar.


Dalam drama swasta cerekarama pun dah selalu tayang. Tak payah lari jauh lah. Dalam lingkungan kaum keluarga aku pun, ada jugak terselit satu dua kes yang sama. Hal periuk belanga pusaka pun nak jadik cerita. haih.


Berbalik pasal kisah si kakak yang tak puas hati tadi.


Pada hemat aku selaku seorang kakak dan anak sulung, perkara tak puas hati antara saudara sedarah sedaging hanya kerana harta tak patut berlaku. Dah nama pun akak, secara lahiriah nya memang dah biasa mengalah. Sentiasa mengutamakan keperluan adik-adik biarpun diri sendiri tak semenggah mana. Patut lebih faham akan susah senang yang dilalui oleh adik-adik nya.


Aku ni, kalau boleh, nak bagi adik-adik hidup senang walaupun aku hidup tak semewah Siti Nurhaliza. Paling tidak pun, akan berusaha nak bagi adik-adik rasa, apa yang aku dah pernah rasa. Dan, paling aku harapkan, adik-adik takkan mengulangi sebarang kesilapan mahupun kesusahan yang pernah aku lalui.


Orang mungkin kata, sekarang bolehlah.

Tunggu masa mak bapak kau dah takde nanti. Masa pembahagian harta. Kalau tak bertikam lidah, bermasam muka, memang tak sah.


Aku pun tak tahu akan hidup berapa lama. Tak mustahil aku yang akan pergi dulu sebelum orang tua. Aku cuma mampu pohon agar Tuhan peliharakan kami adik-beradik daripada sebarang sifat hasad dengki dan iri hati. Dan, semoga keakraban kami adik-beradik akan berkekalan hingga ke akhirnya.


fam

Bagi aku, keluarga adalah harta pusaka.

Tiada nilai untuk diletakkan harga.



HER : Sanggup menggadai harta daripada hilang keluarga.

10 comments:

  1. tp bg na, penting harta pusaka di agihkan dgn sama rata,
    org2 tua kdang2 ade yg memilih2 bg2 harta,
    mcm na skrg, kene duduk umah mak & jaga mak,.sbb mak ckp dia buat rumah ni tuk na,
    skrg boley la ckp cmtu,
    nnti sok2 dia dah xde? kite xtao hati org, even adik bradik pun,
    psl $$ pun boley gado,kalau xgado skrg pun, sok2 ank2 mereka pun nk tuntut gak bahagian sbb mereka pun cucu2 wan tu,
    so elokla sepakat bahagikan sama rata, :)

    p/s: mintak siseh terjadi prtelingkahan adik beradik disebabkan harta, amin.

    ReplyDelete
  2. bab rete2 nie mak & abah pon ade probs jugak dgn siblings masing2. kite nie dengarkan jelah. dlm hati doa moge kami adik beradik sok x jd gitu.

    buat masa skrg nie nmpk my siblings semuanye jenis tak kisah & tak berkira. masing2 usahakan rete utk diri sndiri. so rete mak abah tak diambil kisah. tp bak kata na, sebaiknya di bahagi sama rata. kite xtau kemudian hari mcm mane.

    tp kalo mcm kes radio tue, if kite sbg kakak yg ade adik susah, redhokan ajelah. fikir dia lebih memerlukan eventho kite pon quite susah. adik sndiri ma. bkn org lain pon. darah daging =)

    ReplyDelete
  3. nano :
    tu lah. na dah berpengalaman, mesti lebih tahu. kdg2, tak jadik kat kita takut jadik masa anak2 dan keturunan bawah kita pulak nanti. Mintak dijauhkan.

    sharena :
    nak kena give & take, kan. kalau tak, pasal pinggan corelle pun nanti jadik bahan rebutan :p

    ReplyDelete
  4. my hubby slalu ingatkan supaya buat wasiat siap2.nanti takmau anak2 rebut harta bila dah mati.
    tapikan...harta2 nie bukan leh buat main.adik beradik pun sanggup berbunuh deminya.mudah2an tak jadilah kat kita kan

    ReplyDelete
  5. banyak harta pun payah..
    tiada harta pun payah..

    ada juga merasa tempias kejadian macam ni..

    semoga kita semua dilindungi dari sifat hasad dengki macam tu..

    betul xeaa..
    family adalah harta pusaka <3

    ReplyDelete
  6. Setuju!

    Setuju KELUARGA adalah harta pusaka.


    Perebutan harta pusaka ini memang ada di mana-mana, cuma pengakhiran dia sesuatu yang baik atau sebaliknya.

    Mudah-mudahan kita semua dapat membuat tindakan yang bernas bila berlaku kat kita nnt. (tapi mintak dijauhkan lah..)

    ReplyDelete
  7. eh, adik beradik xeea byk perempuan eh.... muka sume lebih kurang je. :)

    ReplyDelete
  8. tu la, bila arwah ma meninggal, kitorg adik beradik lebihkan kebajikan harta pusaka tu pada adik2 yg masih study. yg dha kerja ni, sacrifice utk adik2. harap2 bila adik2 tu dh kerja esok, diorg ingat la yg kakak2 dan abang2 diorang tak ambik pun harta pusaka tu semata2 nak pastikan kebajikan adik2 terjaga.

    ReplyDelete
  9. sy pun ada dgr hot.fm pagi tadi sal nih.. harap2 tak terjadi benda cam nih dalam family kita sendiri.. dah elok2 bahagia hanya kerana harta hubungan adik beradik retak.. saya pun anak sulung cam xea dan setuju yang kakak banyak lebih mengalah kpd adik2.. :)

    ReplyDelete
  10. zuris :
    sbb tu la agama kita wujudkan ilmu fara'id kan. supaya harta dibahagi seadil-adilnya sbb taknak ade jadik kes-kes mcm ni la.

    mak haqq :
    kita tak boleh nak jangka masa depan. cuma mampu berdoa je lah :)

    nadia :
    kdg2 tak sangka boleh berlaku kat kalangan kaum keluarga kita jugak, kan? haih. mintak dijauhkan.

    yaya :
    sorang je hero. lain2 sume pompuan. hee

    yatie :
    alhamdulillah. bertuah adik2 u dpt abg kakak yg ingat pasal kebajikan adik2. mudah2an dorang faham dan appreciate it.

    mrs daydeck :
    tu lah. tak sanggup rasanya kalau berlaku kat diri sendiri.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.