Monday, February 28, 2011

Hari Minggu #04 : Amalkan Gaya Hidup Sihat.

Ini adalah entri kompilasi hari-hari minggu yang lepas.


Macam biasa, cuti hari minggu kalau Cfu dan aku tak kena kerja lebih masa, kami lebih banyak luangkan masa bersama keluarga. Cuba dapatkan masa bekualiti bersama. Masa ni lah baru nak merasa mandikan anak, memasak dan bersenam.


err.. bersenam? wah wah.


Selama ni, ada kuasa aku nak bangun pagi-pagi buta di hari minggu semata-mata untuk mengeluarkan peluh? Nan ado. Tapi, sejak Cfu punya keputusan thoroughly medical check up turns out to be not so good, aku gagahkan diri demi suami tercinta. Hah, korang takyah senang hati ingat muda lagi, luar macam sihat, dalam takde penyakit ye. Kesihatan diri takde orang jual lelong kat eBay, weh. Nak tak nak, susah atau senang, sendiri mau ingat.


Aku cakap macam bagus.

Diri sendiri pun tak pernah buat check up lagi (-_-)


IMG_4748

Dengan berbekalkan wajah sembap tak mandi pagi, Alfiy layankan je.


IMG_4770

IMG_4756

IMG_4765

IMG_4777

IMG_4759

Dah tawaf berapa round ntah, Alfiy masih lena dibuai mimpi. Tambah pulak angin pagi sepoi-sepoi, burung berkicauan, daun nan berguguran.


IMG_4778

IMG_4782

Matahari pagi di Taman Rekreasi Bukit Jalil.


IMG_4785

Dah nak balik, baru terjaga. Lalu membuat mimik muka tak puas hati, kenapa aku dilibatkan sama dalam hal ini?


IMG_4799

Sebab tengah insaf, sarapan pagi roti bakar je. Telan air liur tengok orang kat meja depan makan nasik lemak ayam tambah telur mata T__T


IMG_4787

Dah makan, baru gembira. Kalau tak, muncung sedepa. heh.


Ingat lagi entri ni?


Pasal adik ipar yang kena buat pembedahan nak buang fibroid. Selaku satu-satunya Abang dan mempunyai darah jenis sama, Cfu nak kena ganti semula darah yang dah digunakan. Ini dah masuk kali yang kedua. Satu kali sesi, boleh derma maksimum 400 ml je. Lepas tu, nak kena tunggu 3 bulan, bagi sel-sel darah yang hilang tu diganti semula, baru boleh datang untuk derma lagi.


IMG_4804

Tabung Darah Sime Darby Medical Centre.


IMG_4809

Anak-beranak darah O. Aku sorang je berdarah B. Dah lah muka orang cakap sama, jenis darah pun nak sama-sama jugak ke. Takpe, Mama tak kecik hati pun. tskk.


IMG_4806

Hutang darah dibayar darah. Hutang budi dibawa mati.


Sekian, jumpa lagi hujung minggu akan datang!



HER : Kesihatan tu umpama saham. Ada naik turun nya.

Wednesday, February 23, 2011

Perspektif Seorang Ibu Berkerjaya Sepenuh Masa.


Aku percaya, rata-rata ibu berkerjaya sepenuh masa yang dari 8 pagi hingga 5 petang di pejabat, pernah termimpi, takpun pernah pasang niat nak tukar profesion jadik suri rumah sepenuh masa atau istilah glamour nya; Stay-At-Home-Mom (SAHM), kan? Mengaku je lah.


Aku pun tak terkecuali.

Selalu berangan duduk rumah, tiap-tiap hari goyang kaki, layan anak, masak, sambut suami pulang dari kerja. Sambil tu, buat bisnes kecil-kecilan jual Tupperware. Nak bagi canggih sikit, jual selendang kat blog. Jadik lah buat duit poket beli baju baru kat Sogo.


Apabila berpeluang bercuti duduk rumah selama 3 hari menjaga anak yang kurang sihat, tanggapan tipikal aku terhadap rutin seorang SAHM terus berubah sama sekali. Malahan, tak keterlaluan kalau aku katakan yang rutin mereka kadang-kala lebih 'dasyat' daripada apa yang kita lalui setiap hari di tempat kerja.


Bangun seawal pagi, uruskan hal ehwal rumah tangga dan siapkan diri sendiri sebelum anak terjaga. Itupun kalau sempat siapkan semua. Tup-tup tengah buat kerja, anak kecik dah bangun, mintak didukung nak bermanja. Lepas tu, siapkan anak, main dengan anak, mandikan anak, masak untuk anak, beri anak makan dan sampai masa dodoikan anak masuk tidur semula. Kena pulak anak baru belajar kenal orang, taknak kena tinggal, nak berkepit sepanjang masa. Ke hulu ke hilir lah gendong anak dengan rambut kusut yang ditoncet tinggi atas kepala.


Baru nak rehat lepas balik dari pasar, dah tengahari lah pulak. Nak kena memasak, sapu lantai, cuci lantai kena muntah anak, jemur baju sambil curik-curik tengok cerita gossip artis kat TV. Itu belum kira yang dah ada anak bersekolah. Anak pulak berderet sampai 5-6 orang. Nak layan Facebook, nak main Twitter. err.. nak update belog. Itupun kalau anak tidur lena. Kalau tidak, melangut kat muka surat login je lah, tak berganjak dari pagi.


Petang nanti, suami pulang dari kerja, sedap-sedap order nak makan siakap tiga rasa. Lepas tu, menyeringai tanya kenapa rumah tunggang langgang serupa kapal nak tenggelam. Kemain payah carik stokin kerja dia tak jumpa. Tanya bukannya reti nak bagi salam, ciuman apatah lagi. Tak tahu ke dia yang si isteri lintang-pukang duduk rumah bukan sekadar goyang kaki makan gaji buta.


Macam tu lah gambaran kasar rutin sebenar SAHM.

Mungkin tak se'kejam' yang aku gambarkan tapi, cukuplah untuk beritahu semua orang betapa kehidupan SAHM tidaklah semudah yang disangka. Tidak seindah yang kita semua para ibu berkerjaya impikan.


Sekurang-kurangnya, ibu berkerjaya sepenuh masa, masih punya masa untuk diri sendiri. Boleh jugak melawa pakai bedak kompak Miyami masa nak pergi kerja. Takdelah muka sememeh berkain batik sepanjang masa. Dapat bersosial dengan rakan sekerja, pergi ngular masa rehat hari Jumaat sampai ke KLCC. Ada masa nak masuk komuniti mak-mak di alam maya untuk bertukar pendapat pasal ilmu keibubapaan di samping tambah kenalan baru.


Kesimpulannya, aku rasa aku tak sesuai untuk bergelar SAHM.

Buat masa ni, lah. Masa depan, kalau tiba-tiba aku jadik jutawan blogger ke kan, mampu nak upah maid sorang dua, mungkin masa tu baru sesuai untuk aku bergelar SAHM. Duduk rumah, nak jaga anak je, masuk hal kemas rumah semua, ada orang lain yang tolong uruskan. oh, alangkah bahagia!


Ini bukan satu keluhan tapi sekadar luahan.

Aku suka bergelar seorang Mama. I love parenthood life. Aku enjoy menguruskan rumah tangga. Ia merupakan satu fasa paling sempurna dalam kehidupan seorang wanita. Tapi, bak kata-kata sorang kawan aku, tak kira lah sama ada kita ni ibu berkerjaya mahupun suri rumah tangga sepenuh masa,



"Sometimes, we just need a break!"



HER : Lumrah menjadik seorang insan bergelar ibu; yang bekerja, teringin nak jadik suri rumah sepenuh masa dan begitulah yang sebaliknya. The grass is always greener on the other side, isn't it?

Wednesday, February 16, 2011

Wordless Wednesday #01 : The Fingers Sucker.

cny 023


Friday, February 11, 2011

Harta Pusaka.

Siaran radio pagi tadi bincang pasal kisah seorang akak tak puas hati bila ibunya mewasiatkan rumah pusaka atas nama adik dia. Difahamkan, adik dia seorang ibu tunggal, berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibu yang sedang uzur. Apa yang si kakak tak puas hati sangat ialah sebab dia kakak; yang lebih tua, pun sama-sama jaga ibunya, tapi kenapa dia tak dapat apa-apa?


Kes perebutan tanah dan harta.

Mana-mana pun kita dah biasa dengar.


Dalam drama swasta cerekarama pun dah selalu tayang. Tak payah lari jauh lah. Dalam lingkungan kaum keluarga aku pun, ada jugak terselit satu dua kes yang sama. Hal periuk belanga pusaka pun nak jadik cerita. haih.


Berbalik pasal kisah si kakak yang tak puas hati tadi.


Pada hemat aku selaku seorang kakak dan anak sulung, perkara tak puas hati antara saudara sedarah sedaging hanya kerana harta tak patut berlaku. Dah nama pun akak, secara lahiriah nya memang dah biasa mengalah. Sentiasa mengutamakan keperluan adik-adik biarpun diri sendiri tak semenggah mana. Patut lebih faham akan susah senang yang dilalui oleh adik-adik nya.


Aku ni, kalau boleh, nak bagi adik-adik hidup senang walaupun aku hidup tak semewah Siti Nurhaliza. Paling tidak pun, akan berusaha nak bagi adik-adik rasa, apa yang aku dah pernah rasa. Dan, paling aku harapkan, adik-adik takkan mengulangi sebarang kesilapan mahupun kesusahan yang pernah aku lalui.


Orang mungkin kata, sekarang bolehlah.

Tunggu masa mak bapak kau dah takde nanti. Masa pembahagian harta. Kalau tak bertikam lidah, bermasam muka, memang tak sah.


Aku pun tak tahu akan hidup berapa lama. Tak mustahil aku yang akan pergi dulu sebelum orang tua. Aku cuma mampu pohon agar Tuhan peliharakan kami adik-beradik daripada sebarang sifat hasad dengki dan iri hati. Dan, semoga keakraban kami adik-beradik akan berkekalan hingga ke akhirnya.


fam

Bagi aku, keluarga adalah harta pusaka.

Tiada nilai untuk diletakkan harga.



HER : Sanggup menggadai harta daripada hilang keluarga.

Tuesday, February 8, 2011

Balik Kampung.

Kalau dilihat pada sudut geografi, memang lah rumah kami tak terletak dalam kawasan kampung. Tapi, kalau dah namanya pulang ke tempat tanah tumpah darah, kita tetap akan cakap ‘nak balik kampung’.


Orang yang jenis family-oriented macam aku dan Cfu, asal cuti dan tak terikat dengan program lain, kitorang mesti balik kampung. Agenda yang bosan bagi sesetengah orang. Sebab tu, kadang-kadang kami pelbagaikan cara dan meriahkan aktiviti balik kampung. Bukan setakat balik-makan-tidur je.


Di samping tu, nak latih anak mengutamakan keluarga dalam segala hal. Bermula dengan menziarahi orang tua.


tasik

cny 034

Sanggup keluarkan RM 25 sorang, semata-mata nak rasa pengalaman naik keretapi letrik Malaysia (ERL). Ruang dalaman sangat selesa tapi tak sempat nak explore lebih sebab tiba-tiba dah sampai. Kemain laju macam jet pejuang. Jakun gila. heh.


klia3

cny 041

Inilah kali pertama aku jalan lenggang-kangkung nak masuk boarding hall di KLIA. Siap singgah membeli-belah kat Flying Emporium dalam tu. Dulu, disebabkan nak lepak dengan Cfu lama sikit kat luar, sampaikan nama dah kena announce barulah aku gelabah terkejar-kejar nak masuk. Sambil berlari-lari anak, melintasi semua kedai dalam tu setakat pandang-pandang je lah, tak sempat nak pegang-pegang.


cny 061

Bertuah budak zaman sekarang. Belum pun cecah umur setahun, dah banyak kali terbang tinggi. Aku ni, makan berpuluh tahun mengidam, barulah merasa. Macam sikit nostalgik yang mengimbau kenangan zaman aku duduk berjauhan dengan Cfu. Bila lalu je kawasan tertentu, aku akan bisik kat telinga Alfiy, “Kat sini la Papa tunggu Mama tiap-tiap hujung minggu dulu”. auwww.


ganu

.. na, na, na, na, na.. Ganu kite!


cny 076

shopin

Tok dan Ki bergembira berbelanja untuk cucu. Mak bapak kepada cucu tersebut pun dengan besar tapak tangan, tolong tadahkan :p


cny 094

alfiy 008

Syurga makanan.


cats cny 122

Ri-yaz Heritage. Terlepas nak tengok Monsoon Cup, tengok tempat kapal layar berlabuh pun jadik lah.


cny 134

Aku selalu risau Alfiy jadik obes sebab dia termasuk dalam kategori ‘bayi besar’. Sekali jumpa dengan bayi perempuan umur 4 bulan yang berpangkat ‘makcik’ kepada Alfiy ni, terasa macam alahai halus nye anak aku. Terus sedih, nak sumbat susu banyak-banyak biar gemuk menandakan cukup makan.


arfa

Lawatan sambil belajar ke Noor Arfa Craft Centre (NACC). Meriah dengan ahli bas rombongan dari merata-rata dan SALE sampai 70%. Tapi, dah nama pun Arfa Batik, sutera dia semua main ratus-ratus je. Yang 50 hengget pun ada tapi nak ke kau pakai corak zaman 70-an dulu? oh, sekarang trend vintage kan.


cny 171cny 159 cny 174

Zaman sekolah dulu, aku pernah masuk pertandingan lukis batik, tau. Jangan main-main. Bakat datang dari langit, kot. Lukis poster selamatkan penyu kita, dadah itu najis, macam-macam hah aku masuk. Cuba suruh lukis sekarang, mau lukisan batik aku pun serupa orang lidi.


cny 182

Alfiy yang beriya-iya nak shopping. Aku tolong pilih, Cfu pulak tolong bayar. heh.


tti

cny 210

Tempat aku ambik kelas renang dulu sebelum kelas tiba-tiba dihentikan separuh jalan sebab bumbung runtuh. Oleh hal yang demikian, aku pandai berenang setempat je, masuk tempat dalam terus tenggelam (-_-)


cny 230

Nah, siapa kata balik kampung tu bosan?


Kalau kena cara dan gaya, acara balik kampung boleh jadik perkara yang paling ditunggu-tunggu di setiap kali cuti dan hujung minggu.



HER : Kalau boleh, buang mind setting pasal balik kampung sekadar memenuhi tradisi balik kampung untuk sambut raya je.

Wednesday, February 2, 2011

Hari Minggu #03 : Akuarium Gergasi.

Takde percutian yang paling hebat dalam dunia selain daripada menghabiskan masa bersama keluarga. Biarpun sekadar berpiknik tepi tasik, mahupun tonton DVD cetak rompak seisi keluarga, ia tetap paling best dalam dunia. Tak ternilai harganya.


Setuju?


Sejak dah ada anak, nak pergi mana-mana mesti nak kena fikir, sesuai ke tak, sesak sangat ke tidak, kat belah mana bilik salin lampin, ada mendatangkan faedah dan pembelajaran ke? Amboi. Kemain over. Dulu, takde nye aku nak heran kan menda alah tu semua. heh.


Macam biasa, layan cerita bergambar di bawah.


aquaria 016

Global Positioning System (GPS).

 

aquaria 017

aquaria 021

aquaria 025

Kamus bergambar dan bersuara.

 

aquaria 028

aquaria 036

Sentuh, rasa dan geli.

 

aquaria 037

aquaria 038

Dua ekor memerang jadian :p

 

aquaria 042

aquaria 048

aquaria 054

aquaria 055

aquaria 066

aquaria 073

Aku ingat, orang je ada Albino. Rupanya, katak pun ada.

 

aquaria 074

aquaria 086

aquaria 107

The deep forest dan paya bakau.

 

aquaria 111

aquaria 115

aquaria 128

Terowong masa.

 

aquaria 131

aquaria 133

Ikan pari ni ada muka, weh. Serius seram!

 

aquaria 144

aquaria 126

aquaria 146

The most awaiting one!


aquaria 161

aquaria 165

aquaria 166

aquaria 167

Cantik tapi membunuh.

 

aquaria 172

aquaria 138

aquaria 174

Kagum.


aquaria 014

cny 083

Buah tangan.

 

Elok je nak pergi makan, Alfiy pun lena. Penat sangat agaknya teruja tengok binatang walaupun tak berapa nak faham lagi. Habis semua deria dia terpaksa bekerja kuat. Satu pendedahan awal yang baik untuk bayi.


Aquaria KLCC.

Highly recommended untuk seisi keluarga!


Oh, pasal bayaran, harga biasa RM 45, bagi yang tak pernah tinggalkan MyKad merata-rata dapatlah RM 35, ada kad student tolak lagi RM 5. Bayi sekecil Alfiy? Free of charge!



HER : Bila tengok balik gambar-gambar ni, betapa aku mengidamkan sebuah kamera berkuasa kuda untuk mengabadikan tiap visual dan memori dengan lebih jitu. Encik Cfu, plisssss (-_-)