Antara yang termasuk dalam senarai kegemaran Alfiy.
IMHO, daripada hasil pemerhatian peribadi, aku dapati rancangan kartun dan kanak-kanak umpama aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, tak dapat dipisahkan langsung. Pengaruhnya cukup besar. Penangannya lagi dasyat berbanding sebiji durian crepe. Eh (?)
Malahan, aku pernah terjumpa beberapa orang kanak-kanak yang berkomunikasi menggunakan bahasa baku sebijik macam kartun alih suara di Disney Channel tu.
“Abang, mari kita bermain di celah-celah pokok.”
“Hati-hati, bahaya menanti.”
(-_-“)
Memang kelakar, tapi bila difikirkan semula, lebih elok bercakap bahasa baku daripada bahasa SMS yang merapu tu, kan? Setakat ni, Alfiy belum lagi keluarkan ayat-ayat skema macam tu. Yang aku nampak, dia boleh sebut beberapa perkataan dwi-bahasa.
“Nak chicken”
Aku tak faham. Dia ulang. Aku masih tak faham bila tiba part ‘chicken’ tu sebab bunyiknya lebih kepada ‘kennn’ je. ‘Chick’ nya tertinggal bas. heh.
“Nak ayammmm!”
Seraya menuding jari ke arah ayam goreng sewaktu makan di Restora Saba’ tempoh hari. err… motip masukkan Restoran Saba’ kat sini? *riak darjah pertama* Maka, terima kasih lah kepada cerita Upin & Ipin kerana secara tak langsung mengajar Alfiy yang Mama Papa dia dok sebut ‘chicken chicken’ selama ni, dikenali jugak sebagai ‘ayam’.
Cfu ada ter-download cerita kartun Puss-in-Boots dalam bahasa Perancis. Hari-hari si Alfiy layan cerita tu ulang pagi petang siang malam. Dan, kadang-kadang aku perasan yang Alfiy suka membebel dalam bahasa yang aku kurang cam. Aku syak dia cakap Perancis! Terkebil-kebil lah Mak nya yang berdarah Jawa ni tak tahu nak respon apa selain ‘Merci’.
Melalui kartun juga, Alfiy belajar meluahkan pelbagai perasaan yang dia rasa.
Dia akan turut menangis setiap kali keluar babak kartun favorite nya menangis. Dia dah tahu tunjuk rasa seram dan takut bila dinosor T-Rex muncul dalam cerita Ice Age. Pandai mengajuk gaya dan dialog berserta mimik muka yang begitu amusing sekali.
Satu lagi aku dapati, rancangan kartun yang digemari adalah berkadar langsung dengan perkembangan dan peringkat usia kanak-kanak. Peringat usia bayi (0-12 bulan), Alfiy gemar menonton kartun di channel BabyTV, Pororo dan Timmy Time. Menginjak usia toddler (1-2 tahun), kartun kegemaran dia banyak ke arah kartun komersial macam Upin Ipin, Boboiboy dan kartun-kartun Walt Disney. Cecah usia 2 tahun, tiba-tiba dia jadik kemaruk dengan Ultraman, Spiderman dan segala macam tok nenek robot. Padahal, kat rumah tak pernah pulak aku bukak cerita-cerita tu semua. Tak tahu minat dia datang dari mana.
Sekarang ni, dia dah mula berjinak-jinak dengan kartun berunsur kenderaan lah pulak dan dia paling addicted dengan aero planes! Bila ditanya dengan rakan-rakan yang ada anak lebih kurang sebaya dengan Alfiy, rata-rata mengiyakan perkara yang sama.
Walau macam mana banyak pun kebaikan yang dibawakan oleh sesuatu perkara, pasti terselit jugak satu dua keburukan yang kita boleh nampak secara langsung mahupun tidak. Begitu jugak dengan rancangan kartun. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa waspada. Aku tak nafikan beberapa dakwaan yang kata rancangan kartun polan dan si polan ada pelbagai dakyah negatif. Semuanya bergantung kepada cara penerimaan dan pegangan masing-masing lah.
Sekarang ni, bila tengok Ultraman sama-sama dengan Alfiy, aku tak faham macam mana cerita ni boleh buat aku setia tunggu depan TV, 20++ tahun dulu setiap petang. Biar lah besar dan aneh mana pun raksasa yang datang, lampu kat dada Ultraman tu dah menyala-nyala nak nazak, sudahnya mesti Ultraman jugak yang menang. Yes, a predictable storyline yet sooo addictive! Apa jenis kas-kas lah yang si Jepun ni bubuh kat dalam citer Ultraman dia, kan?
HER : Sama-sama kita berusaha didik anak agar bersederhana dalam melakukan semua perkara.
Sama macam Harits. Sulu, upin-ipin, otomen, pororo. Sekarang dok gilakan Boboiboy pulak dah. Siap ikut lagi dialog "harimau bayang" lah, "ribut taufan" lah.. Baru masuk 2tahun 2bulan tu. Huhu.
ReplyDeleteCuma dia akan jadi sedikit lasak lepas tengok otomen. Mesti kaki nak naik tendang-tendang orang esp ibu & ayah dia. Takut dia sepak adik dia je. Uwaaa. Kena katatkan lagi syarat nak tengok otomenlah lepas ni -__-
"Harimau Bayang"??!!!! KAH KAH KAH KAH KAH
DeleteSame here. Alfiy pun suka 'bergusti' dengan Papa Mama dia sejak pandai tengok Otomen nih. hurmmm
*Dulu suka, upin-ipin, otomen, pororo. Hehehe.
ReplyDeletepaling x suke kartun Hagemaru. kartun tu x bagus. asek mendajal orang. camne blh lepas kat tv hah? siap alih bahasa. sllu tkr channel or marah habi klu dia bg Naurah tgk kartun tu.
ReplyDeleteSame goes to Shin Chan. Menggatai ngan pompuan jer. huhuhuhuh
Deleteserius.. i dulu pun sampai sek rendah.. gila kan cite ultramen.. hafal semua famili dia.. warghh igt balik klaka
ReplyDeleteI paling ingat episod yg ultrama nak mati dah, kena forzen, pastu abang2 dia turun sume datang nak tolong. Sekali dgn abang2 dia pun habis kena frozen. Ingatkan mmg mati betul aa sume ultraman, tiba2, boleh pulakkk turun bapak ultraman, yg ade tanduk tu. Dia lah saviour masa tu.
DeletePerghhh mmg legend aa episod tu. Sampai nak masuk 30 taun ni pun i bole ingat! hehehehe
anak buah lylie baru umur 7 tahun, ckp bahasa baku gila coz tgk disney channel pas tuh alih bahasa..
ReplyDeleteBila main game dengan dia, dia punya dialog boleh pecah perut contoh nya,
"acik lily ade lagi dua pusingan untuk teruskan permainan!"
atau pun
"acik perlulah tumpukan perhatian! baru boleh menang!"
sakit perut bila dengar dia becakap. Alya pulak selalu ikut dialog Mei mei kt dlm cite upin ipin!
Budak-budak memang cepat terpengaruh.
hahahahahahahaha tapi tu lah kan. Biar diorang cakap bahasa baku daripa dok ikut cakap bahasa yang bukan-bukan. huu
Deletememang pun...pengaruh kartun yang sangat tak terhingga pengaruh nya. Amsyar since duk umah sama maid. Tengok tv je. And the first ayat yang tak sangka. "Umi, Whats that???" Huish, kagum betul! Padahal tak penah aja pun. Iyman, my 2nd son tak habis2 ngan 'kuasa..angin...!'. Without any pelat plak tuh. Baru 19mons.
ReplyDeletePengaruh TV memang meluas nowadays kan.
That's my point. Sometimes, our kids learn more indirectly. Dari persekitaran. Apa yang dia tengok hari2. Yang kite dok pulun ajar ngadap kat buku tu, belum tentu lekat kat kepala dia. huu
Deletehahaha kena jumpa Alfiy ni sebab sama minat dengan Kakal..Ultraman! Kalau kita takut2 kan dia..nanti dia cakap 'Kakal tak takut, Kakal ultraman! Ada lamput kat dada.' Fineeeeeeeeeeeeeeeeee...hahahahaha
ReplyDeleteLOL! Memang sah sawan otomen sedang bermaharajalela sekarang ni.
DeleteHusna suka sangat dengan Barney. Sikit-sikit nak Barney. BArney sesaje...
ReplyDeleteKite pun suke. hehehe esp. lagu Barney. " I love u, u love me, we're happy family.."
Delete