Wednesday, December 16, 2009

To gain something, we often have to lose something. Setuju?

Pertama kali aku baca luahan hati seorang isteri dan baru bergelar ibu yang begitu telus dan transparent macam kotak hati Nurul.


Selama ni, kita sentiasa disajikan dengan cerita gembira terima orang baru, berjaga malam bagi anak susu, dan segala macam lagi kisah pengalaman pertama kali bergelar ayah dan ibu.


nov09 010

My Cfu dan sepupu kecik.


nov09 009

Alya Damia.


Jarang sekali orang nak bercerita pasal sisi yang satu lagi.


Mungkin sebab orang kita lebih suka dengar pasal yang baik-baik je. Sebab tu yang kurang baik, orang lebih suka simpan dalam hati. Tak mahu kongsi. Ataupun takut macam dia je yang punya perasaan macam tu seorang diri.


Bila kita dapat sesuatu yang baru, sama ada sedar atau tak, kita telah hilang sesuatu yang lain.


Macam apa yang orang cakap,

“ To gain that which is worth having, it may be necessary to lose something else - Henry David Thoreau”


Nak pakai kereta baru idaman, dalam masa yang sama, kita hilang ratus-ratus ringgit tiap bulan. Nak kahwin cepat, kita hilang masa jimba-jimba muda remaja. Nak naik pangkat, kita hilang kawan-kawan biasa mengular.


Itu kitar hidup yang dah biasa kita lalui setiap hari.


raya 075 Ini Syifa.


Begitu jugak dengan kes kotak hati Nurul. Entri dia buat aku sedar betapa kita ni manusia biasa. Soal hati dan perasaan adalah di luar kawalan kita. Hanya akal fikir saja yang mampu menguasainya.


Satu lagi, aku kurang setuju dengan sesetengah tabiat orang kita yang suka sangat ziarah kawan-kawan atau saudara mara sebaik je kawan tu selamat melahirkan ataupun baru je pulang ke rumah dari hospital.


Come on, lah. Give them some space.


Ingat senang ke nak adjust kehidupan dengan kehadiran orang baru. Bagi peluang pada orang yang baru bergelar ibu bapa ni, untuk sesuaikan diri dan stabilkan hidup baru.


Aku semacam dapat memahami betapa serabutnya diorang dengan orang ramai tak henti-henti datang melawat siang malam pagi petang, tak cukup tidur sebab tak biasa handle anak menangis malam-malam, rumah yang tunggang-langgang tak pandai lagi nak membahagi masa antara kerja rumah dan urus anak, nak menjawab soalan-soalan yang sama secara berulang-ulang dan paling perit, tekanan nak duduk diam-diam berpantang 44 hari.


uisshhh. Tak sanggup rasanya aku nak senaraikan satu-satu.


Jadi, hormatilah perasaan, keadaan dan situasi mereka. Kot iya pun excited nak tengok bayi baru kawan kita tu ikut rupa siapa, pandai-pandai lah carik masa.


Dan, kepada Nurul serta ibu bapa baru di luar sana, bertabahlah. Setiap orang bakal melalui fasa yang sama, termasuklah aku.


Walau bagaimana teruk pun kita rasa, ingatlah satu perkara.


Bila kita tua nanti, dah tinggal berdua semula, rumah kembali sunyi seperti sediakala, tidur malam pun semakin lena, dalam keadaan separa sedar, kita akan tertanya-tanya,


“Ke mana hilangnya anak-anak kita?”


oldies 005

vistana 006

Dan akhir sekali, ini Cfu dan Xeea merangkak atas tikar getah bercorak hampir serupa *tiba-tiba*



HER : Sampai bila-bila pun kita takkan rasa bersedia untuk melalui fasa baru dalam hidup. It will just happened, naturally.

11 comments:

  1. tapi I kan suka klu org dtg melawat ms dlm pantang, sbb kalau tak bosan giler...tak tau nak watpe melainkan rehat sereha-rehatnya huhuhuhu.

    plus, kalau org dtg melawata, dpt hadiah utk baby ngeh3x *dasar materialistik*

    ReplyDelete
  2. yatie chomeyl,

    err, i dun mean takleh dtg melawat langsung. just jgn aa right after baru balik dari spital. kesian lorr.

    neway, part dpt pressies tu mmg macam besh je. kdg2 mak dia pulak yg eksaited lebih2, ye tak? hihi

    ReplyDelete
  3. i rasa org dtg melawat bawa rezeki,no?tp depends la sbb kak suzie akan dtg at least dia dah recover sket dari tempoh berpantang.sbb faham mommy yg baru jadi mommy dgn keadaan kesihatan sendiri,baby lagi mmg boleh meroyan kot (ckp mcm ada pengalaman jek :p)

    org kata kita selalu nmpk indah2 tp hakikat org tu sendiri tanggung.mungkin itu yg dinamakan learning process.apapun motherhood instinct tak siapa mampu lawan :)

    ReplyDelete
  4. k suzie,

    agreed.

    dan tetamu wajib kita layan tak kiralah walau tungang langgang mcm mana sekalipun rumah kita dan huduhnya diri kita masa tu :p

    tu lah. betapa kasih sayang ibu tu boleh lawan segala bentuk dugaan dan kepayahan yg melintang pukang.

    psstt. nak kena prepare betul2 b4 join kelab mak2 nih. huu

    ReplyDelete
  5. kalu difikirkan ada betulnya jgn g melawat lg..erm tiba2 gmbr kt bawah tu comel betul..hahaha

    ReplyDelete
  6. sokong xea..

    dtg la mlawat..

    tp BUKAN pada waktu awal pagi..
    BUKAN pada waktu mkn..
    BUKAN pada waktu org da nak masuk tido..am i rite???

    tuan punya diri n family dia pun nak privacy jugak kan~~

    ReplyDelete
  7. errmmm...aku blum ada pengalaman lagi pasal kes ni.

    Cumanya, nak tanya nih, berapa tahun dah ko simpan gambar kiut miut ko tu?

    ReplyDelete
  8. aziyana :
    dah besar nanti mesti kacak dan jelita, kan :p

    orked :
    kan?

    n thats apply utk sume la. bukan time melawat org lps bersalin je. kalau kita nak org hormat privacy kita, kita kena belajar hormat privacy org lain dulu :)

    kcynodia :
    err.. usia nya dah cecah 25 tahun kot. gila purba. huuu

    ReplyDelete
  9. “ To gain that which is worth having, it may be necessary to lose something else - Henry David Thoreau”




    agreee :)

    ReplyDelete
  10. cik epal,

    couldn't agree more :)

    ReplyDelete
  11. yer, kite pun tersentuh bila bace entri nurul tu. Erm buat terpikir dah bersedia dah ke nak jadi ibu dan ayah? dgn perubahan dlm hidup yg totally berbeza? erm kena pikir sedalam2nya utk hal ini ye tak :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.