Monday, December 14, 2009

Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

Nikon Cool Pix kesayangan aku sedang menghilang.


Sungguh. Aku tak boleh hidup dengan tangan kosong tanpa kamera nipis cabuk yang dah aku angkut ke hulu ke hilir selama hampir 5 tahun. Dialah saksi kepada segala kejadian yang aku telah lihat. Yang mampu pegunkan tiap satu memori yang aku lalui. Bisa kembalikan senyum tatkala dirundung sepi.


Kebanyakan idea tulisan yang timbul kat sini pun adalah ilham daripada gambar yang aku rakam. Aku ambil gambar tanpa motif, kemudian, baru aku tulis.


Aku suka petik secara spontan. Tanpa perlu berfikir.

Contohnya, macam gambar-gambar kat bawah nih haaa.


vistana 048

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


nov09 004

Traffic jam pukul 5 petang di Kuala Terengganu.


pizza 013

Flight AK 5388.


vistana 023

Hotel Vistana, Kuantan.


Dan sekarang, aku buntu.

Tak tahu kat celah mana lagi lah nak carik Cool Pix aku.


DSC09225

Dia merajuk bawak diri kot sebab aku tak habis-habis gertak mahu beli satu yang macam ni. Tapi, bukannya dalam waktu terdekat ni, wehh. You'll always be my favorite.


Please, come back.

T__________T



HER : Apalah erti seorang penternak blog tanpa kamera.

12 comments:

  1. my digital kamera pun dah kong,pastu dah selamat jual...now dah tkde camera dok snap guna nset tp kualiti pic tak sharp,jadilah sblm tuggu beli baru tapi tak beli2 sampai skrg..huhu..survey dulu kot!

    ReplyDelete
  2. huhu bwk bersabar. Allah mmg akan uji benda yg paling kita syg. setiap yg berlaku ada hikmahnya ye x? insyallah hanya Dia yg lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  3. jeritlah kuat2 kat dlm rumah, "tak jadi nak hangkut DSLR"...nanti mesti CoolPix memunculkan dirinya semula ngeeee

    ReplyDelete
  4. dia menghilangkan diri ke xeea??
    salah letak kot
    ke dia masuk spital??

    tu lah kan, brg2 ni mcm ada perasaan lak, bila tau kita merancang nk carik lain..terus buat perangai
    kena belai gak derang ni... :)

    betul..tiada makna kehidupan seorg peternak blog tanpa kamera
    tak berseri...

    ReplyDelete
  5. betul2..tiada cerianya blog tnpa gmbr..tiada gmbr tnpa kamera..kamera hp ttp dgn kualiti blur2nya..sabr yer xeea..moga2 muncul la nnt

    ReplyDelete
  6. http://nadeamaradana.blogspot.com/2009/12/sedang-cuba-sedaya-mungkin.html

    bukan nak pomot blog. tapi ada doa untuk barang yang hilang. sy baca alhamdullilah jumpa dah subang kesayangan..

    akak cuba okay..:)

    ReplyDelete
  7. tahukah kamu, akulah penternak blog tanpa kamera itu....huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. k suzie :
    kalau kong je takpe. tapi, ini bukan kong, ini missing! sy adalah sgt sedey.

    miss nurul :
    habis dah selongkar tiap pelusuk yg ade. still tak jumpa T____T

    yatie chomeyl :
    masalahnya, ai kat ganu dah ni. kot2 dia nyorok kat kl ke, bole dengar ke? eiiii. payah btol bila ada byk sgt istana hinggap neh. huu

    dayu :
    tatau lah kat mana. last time i check, mmg ada dlm handbag. uwaaaaaaa!!!!

    aziyana :
    tu lah. kite pun kdg2, minat nk masuk baca blog org lain sbb ada gambar best. heh.

    siti nornadiah :
    thanx u darl :)

    zul :
    serios? eleh. tapi ko ade webcam. kamera henpon pon canggih. aku ni, henpon dari zaman purba punye. camera tu la satu2nya gadjet plg canggih (konon) yg aku ade. tsk

    ReplyDelete
  9. camera..?

    jodoh gue dan camera tak pjg..
    suda 3x beli dan 3x juga d curi org..kecewa giler..at last,lastweek gue decide.. beli je camera sony yg rege dia RM399..
    huuhuh..kalo ade org bkenan nk curik jugak,tatau la~~

    ReplyDelete
  10. orked,

    tis is my 2nd camera n the best so far. dah pakai 5 taun, tak pernah buat hal. kualiti gamba pun bagus. tu yg sedey sgt bile hilang. iskkk

    ReplyDelete
  11. setiap yang terjadi, ada hikmahnya.
    tandanya, dslr pula yang akan muncul (eh...)

    btw, cool pix tu, sayang ooo...5 tahun. Khazanah paling berharga tu.

    mesti jumpa punya. Doa dari Pulau Borneo ni.

    ReplyDelete
  12. kcynodia,

    tak jumpa dah. lesap terus! T__T

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.