Bila ada rakan sekerja offer pas jemputan masuk ke majlis pertunjukan fesyen, aku semacam melompat kegirangan. Mak oi, gila teruja! Teringat main pondok-pondok masa kecik dulu. Selalu berangan jadik pereka fesyen. Habis satu sketch book aku lukis 'rekaan fesyen' lah kononnya. Padahal, penuh dengan gambar orang lidi warna warni. heh.
Maka, bersempena Pesta Batik Terengganu 2009, diadakan pertandingan rekaan batik Piala Seri Iman. Majlis perasmian berlangsung di Taman Tamadun Islam. Ala, kat Masjid Kristal tu. Tempat aku menggedik outdoor shooting masa kahwin dulu. tskk. Rindu Cfu tiba-tiba.
Ok. Boleh teruskan.
Tanpa buang masa, terimalah entri bergambar berikut. Gigih aku zoom sampai 12x dari tempat duduk. Tak kuasa nak bersesak- sesak dengan wartawan dan jurukamera kat depan stage.
Sekali je aku berlagak macam paparazzi demi untuk ambik gambar peserta kolej. Itupun macam nyorok-nyorok kat celah ketiak wartawan mana entah bila tersedar yang aku sorang je pegang kamera kompak, sedangkan kat keliling aku ada berpuluh kamera gajah lengkap dengan lens panjang macam galah (-_-")
Kat pintu masuk dewan, mata tetamu telah dijulingkan oleh rekaan batik yang indah-indah belaka. Tapi, lepas belek harganya cecah RM 999.90, yang indah tadi terus menjadik kurang indah kerana mata semakin juling lihat angka tersebut.
Sewaktu ketibaan Menteri Besar.
Sehati berdansa.
Hitam putih kehidupan.
Tema “Perahu”.
Wakil Kolej Komuniti Kuala Terengganu. hnsss
Tema “Dokoh”.
Tema “Matahari”.
Electric blue versus orange (?) errk..
One of my favorite.
Tema “Warna Pelangi”.
Juara Piala Seri Iman. Rekaan Politeknik Johor Bahru.
Tema “Inspirasi Dokoh”.
Rekaan Fakulti Fesyen UiTM. Kalau tak silap lah.
Pemenang persembahan terbaik.
Angkasawan muslimah pertama dunia :p
Tema “Jawi” yang kelasss.
Pencuci tahi gigi.
Nita Malaysian Idol tengah nyanyi lagu ‘Big Spender’.
Ada sorang pakcik tu cakap, “huh? spender? lagu seluar dalam?”
haaa. Ini untuk kamu, 'pakcik spender’ :p
Yusni Hamid.
uh-oh. What I wore that night?
Fesyen carca marba. Asal kena dengan tema batik sudah.
Kebaya ungu sempena konvo degree, pareo cap Mydin, tudung bawal pakai pergi kerja siang tadi, chunky bangle souvenir dari Hong Kong, sepatu tumit tinggi merah dan ...
my brand new Canon iXus !
HER : Tak dapat jadik pereka fesyen, jadik peminat fesyen secara senyap pun kira ok lah, kan.
i remember myself masa form 4 siap masuk ert rembau amek course rekaan fesyen tp hampeh bertahan seminggu je kat situ sbb home sick!mmg suka btl lukis2 gmbr pmpuan pakai kebaya la,baju kurung la tp setakat tu je la..haha..
ReplyDeletetkde rezeki tapi tetap minat fesyen...perempuan la katakan :p
kebaya ungu cantik!!!
ReplyDeletei bagi 10 markah utk ur kebaya outfit...*clap clap*
ReplyDeleteyeah!pkaila krim pati halia supaya anda boleh kelihatan cantik dengan memakai kebaya bila-bila masa saje.
ReplyDeleteok tak tagline? :D
berjasa benar buah tangan yang baru tu (canon ixus).
ReplyDeletemata aku etrek pada angkasawati muslimah tu (impian jadi kenyataan???)
the blue vs orange is frikkin hilarious! heee :)
ReplyDeletek suzie :
ReplyDeleterembau je pun homesick? :p
kite dulu pun amek ert gak. tp setakat pandai jahit sembat dengan jelujur je aa. heee
farah :
trima kasseeyyy!!
yatie chomeyl :
owh. tak sangka fesyen carca marba ai menjadik jugak rupanya. thanx!
fie :
gulp! tak perasan pulak si krim mustajab pati halia tu termasuk dalam frame gambar sekali. kantoi la rahsia pingggang montok ai. heh.
kcynodia :
boleh tahan jugak kan? bole lawan alpha sony gak kan? :p
uishh. ketinggalan zaman aa ko. tganu dah ade angkasawan pompuan tau. heee
wofsha-yg-manjang-malas-login :
kan?
i was like.. apakahhh? sudah pupus kah warna lain di dunia ini?