Wednesday, December 23, 2009

Serius, Jengkel.

Dah masuk lapan puluh kali kot aku bukak katup Live Writer.


Membuak-buak je rasa dalam hati ni. Nak tulis, tanak tulis, nak tulis ke tanak tulis. Mula-mula, tulis status kat Twitter je, tak puas lagi, aku tulis kat FB pulak. Dan akhirnya, aku tulis jugak kat sini. Sebab hati aku macam nak meletup dah.


Aku sedang rasa annoyed sangat-sangat.


fashion show 015

Rasa macam nak balik rumah, peluk Leo dan Luna puas-puas. Oh, yang ini Cfu punya *kantoi, luaran kemain gagah perkasa tapi kat rumah, simpan anak patung, rupanya*


Aku cuba kurangkan rasa ni, dengan menulis entri ni, tapi macam tak jadik je nampaknya. Tahap terlalu jengkel sampai rasa nak zip mulut dia.


Aku paling annoyed bila orang suka menyampuk cakap aku yang belum sempat pun nak sampai noktahnya. Kalau boleh, setiap patah perkataan aku dia nak sampuk. Macam terkena sampuk pun ada. Konon macam dah faham aku nak cakap apa, manjang je nak potong ayat aku. Sudahnya, bila aku diam, malas nak bercakap dengan orang yang tak reti adat bercakap ni, terhegeh-hegeh pulak datang tanya.


Kuasa aku nak layan la, weh.


Satu lagi, aku paling annoyed bila orang cakap terjerit-jerit macam aku ni seratus kilometer jauhnya. Padahal, aku kat sebelah cuping telinga kau, je. Macam mana lah cara terbaik nak sound orang yang suara dia kalau setakat berborak biasa je pun boleh mencapai desibel tahap paling annoying ni, hah?


Aku perasan, orang yang suka cakap kuat-kuat ni, akan cakap lebih kuat bila dia nak tarik perhatian orang lain masa tengah ramai-ramai berborak. Bila dia cakap kuat, maka semua orang pun akan bagi perhatian kat dia. Seolah-olah, cakap dia lah yang paling betul dalam dunia.


Dasar menjengkelkan.


Tahap tertinggi rasa annoyed aku adalah bila ada orang suka sangat duduk mengulas setiap apa yang dia tengok kat TV atau wayang atau segala macam benda yang dia nampak atau baca. Setiap ekspresi dan perasaan dia nak tunjuk semua. Paling tak tahan, cakap kuat-kuat pulak tu! Sikit-sikit dah la. Kot iya pun banyak sangat benda kau nak ulas, nak komplen, cakap dalam hati sudah. Taik telinga aku ni dah keras nak tadah suara kau, tau tak.


Dah aa kaki sampuk, cakap macam semua orang pekak, kuat mengulas pulak. Lebih malang, aku terpaksa menghadap dia dalam jarak kurang 50 sentimeter. Tak boleh nak elak. Terpaksa.


Kamu bayangkan je lah macam mana tahap annoyed yang terpaksa aku tanggung sekarang ni?


Kalau lah aku ada kuasa magik, nak je aku jadikkan mulut dia mudah-alih. Alihkan dalam almari kejap. Tutup rapat-rapat. Kunci dengan solex. Lepas tu, buang kunci tu kat Laut China Selatan.


Puas hati aku. huh!


HER : Hari tu call Mak wish birthday yang ke-50, tiba-tiba Mak cakap, “Mak tengok gambar seluar koyak Apis kat blog Along. Besarnya!“ Wah, Mak dah pandai baca blog. Semakin bertambah usia, semakin siber. err, hai Mak! Tumpang lalu, ye.. :)

9 comments:

  1. lawak ar korang..ank patung pun siap ada name tag..blh kerja kerajaan neh..hahahha..erm mcm ada jugak jer org berstatus mcm tuh kt jke polisas ni

    ReplyDelete
  2. entry ni macam didedikasikan khas utk seseorang je?hehe.

    sabar puan xeea sabar...

    ReplyDelete
  3. tadi memule bace entri ni rs cam panas hati..smp ending gelihati plak rase..assalamualaikum makcik..saye pun tumpang bace gak..hikkk!

    ReplyDelete
  4. owh...ada jugak org mcm tu ditempat lain.sebab kat tempat saya ni pun ada spesis mcm tu.suka potong pastu myampuk tak bg salam.

    memang gonjol btol!

    ReplyDelete
  5. mmg annoying gile babun la org cam tue..especially kalu part politik pejabat..some ppl yg giler kuasa kbykan nya cam tue la...ingat dia sorg je tau segala, babun sungguh..kalu leh, nak join staplerkan mulut, pastue jahit terus

    p/s ada 4 5 org perangai babun camtue kat opis sy

    ReplyDelete
  6. sama lah kita, kesemua perkara2 g u annoyed tu..i pon rasa annoyed dak..huhuh especially yg cakap kuat nak mampus tu..pekak tinge

    ReplyDelete
  7. ko sound je balik org yg ckp kuat2 tu. biar sampai taik telinga die plak kuar.

    yg comel,
    mama madiha.

    ReplyDelete
  8. ko ckp kat org tu, masa utk mencelah 15 saat jek... pastu sorang dua kali jek... nk mencelah kena angkat tgn dulu.. klu dibenarkan baru leh celah...

    ReplyDelete
  9. aziyana :
    kena pakai name tag, kalo tak nanti lupa nama apa. btw, bini tuan dia keja gomen. hee

    owh. mrata rupanya orang jenis gitu ye. rambut sama hitam, kan. hati siapa tau?

    farah :
    err.. sy tade mention nama sapa2 kan? heee

    orked :
    saje tu taktik nak neutral kan emo. mane bole emo lama2, kan awak?

    fie :
    kan? rasa mcm tak dihormati langsung. orang mcm ni, mmg nak kena hantar kursus komunikasi berkesan selama sebulan :p

    mairababy :
    4, 5 orang?
    pergh.

    sy nak menghadap yg sorang je ni pun tak tertanggung dah rasenye. kalau betullah kita mampu jahit atau stapler mulut orang, sayalah org pertama yg akan buat kot. huu

    yati chomeyl :
    kan? sakit tinge, sakit hati, sakit sume lah.

    ikut hati, mmg ringan je tangan ai ni nak singgah kat mulut orang mcm tu *wah, serbia gila*

    mama-madiha-yg-sendiri-mengaku-diri-comel :
    haha masalahnya, aku macam dah pekak. tak boleh dengar suara sendiri, mcm mana nak sound orang :p

    zul :
    serios. aku gelak gila baca komen ko. sbb aku dok terbayang bila aku cakap mcm tu kat orang tu, pastu dia mcm terdiam dan terpinga2 tak paham. ahhaha

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.