Macam biasa, bila dah ada kat rumah sendiri, aku pun kembali ligat bersilat kat dapur kecik kesayangan. Kalau kat rumah mentua nun, segan sikit lah kan nak tunjuk skill. Takut tak kena kat selera diorang la pulak.
cheit. Alasan tak boleh blah.
Lagipun, bila masak kat dapur sendiri, kau nak tunggang-langang terkangkang ke apa, mak mertua tak geleng kepala. Pendek kata, lebih selesa lah. Nak buat eksperimen resipi baru pun macam best sikit. Mana la tau kot-kot tak jadi ke, boleh jugak nak merengek gedik manja kat suami mintak tolong dia tapaw kat luar. heh.
Sempena Ramadhan ni, mempersembahkan…
Tiramisu.
Cubaan pertama dan terus menjilat jari weh.
pergh. pergh. pergh.
Aku tau, kamu mesti terliur habis. Nah, ambik resipi. Terlampau senang ya amat! Petang ni jugak boleh buat, malam kang dah boleh makan masa berbuka. Tak pun makan masa bersahur pagi-pagi nak hilangkan taik gigi macam yang aku selalu buat. err.. kantoi bangun sahur tak gosok gigi :p
Bahan-bahan :
1 buku kek
250 g cream cheese (aku guna brand Philadelphia)
150 g plain yogurt (tak kisah la brand apa pun)
1/2 cawan castor sugar
Sedikit bancuhan Nescafe
Cara-cara membuatnya :
1. Macam buat Trifle jugak, hiris kek nipis-nipis. Lepas tu, susun elok-elok kat dalam bekas.
2. Beat cream cheese, plain yogurt dan castor sugar sampai kembang. Campur sikit bancuhan Nescafe. **kadang-kadang campur dengan biskut Oreo pun chare jugak.
3. Letakkan adunan cheese tadi kat atas lapisan kek. Ratakan.
4. Susun lagi kek kat atasnya. Pastu, masukkan lagi adunan cheese. Ulang buat lapisan kek dan adunan cheese sampai habis.
5. Lapisan atas sekali, tuang dengan lebihan bancuhan Nescafe. Saja taknak bagi nampak pucat sangat. Kadang-kadang, orang tabur je dengan serbuk Nescafe.
6. Sejukkan dalam peti sejuk 2-3 jam.
Siap!
Gigih aku bubuh resipi ni.
Jangan tak buat pulak, tau!
HER : Berangan nak buat biskut Famous Amos kegemaran. Tapi, oven pulak takde. Any suggestion brand oven paling bagus dan murah? Untung-untung dapat bonus raya, merasa la aku pakai oven baru :p
kalaulah aku minat bermasak-masak begini, confirm terus aku cuba...
ReplyDeleteharus demam seminggu cfu x kebah bl xeea tggl lps buat tiramisu. sedap tuh! akak rs oven brand elba ok kot sbb murah, thn, kapasiti agak besar dan blh bakar ayam pusing :)
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteGua nak ajak lu lepak blog gua.Rilek rilek.
ehh, sikit je bahan2 nya rupenye :D mekaseh kerana mengongsi
ReplyDeleterajinnya. tak sempay nak masak apa2 lagi untuk adi :(
ReplyDeletekcynodia :
ReplyDeletetakpe. kawen nanti, suruh la bini ko yg cuba. gerenti lg sedap. ye la. makan air tangan org tersayang, kan. hee
k tini :
tu lah. kejap je dah habis! pastu, dok merengek je nak lagi, nak lagi. koserr den. huu
ade gak ushar elba hari tu. around 300++. tengok ah nanti. nk kena dpt greeen lite dari encik cfu dulu. huu
Fdaus Ahmad :
a'ah. rilek rilek. why so serious?
hanie :
ciput je bahan tapi harga pun boleh tahan :p
hidd :
takpe. adi pun lagi suka awak banyakkan rehat je kot, rasanya :)