Wednesday, September 9, 2009

Refleksi.

LOL crop

Sedangkan lidah dan gigi yang duduk sekali sejak azali pun boleh tergigit, inikan pulak dua insan yang berasal dari dunia berbeza buat kata putus nak sehidup semati.


Aku mogok dengan suami peliharaan kelmarin.


Punca sebenar?

Tak dapat dikenalpasti.


Tiba-tiba aku saja carik pasal hangin satu badan. Biasalah, orang perempuan. Walaupun pokok pangkal cerita akhirnya tunjuk dia yang salah, seboleh-boleh tak nak mengaku kalah. Muncung sedepa macam galah. Boleh buat sangkut baldi, hah.


Puas lah Cfu pujuk dengan mengumpan itu ini. Bagi makan sedap dan dodoikan satu malam. Haram, satu sen pun aku tak layan. uihhh. Adegan jual mahal mesti ada. Kalau tak, bukan perempuan lah namanya, kan. Saja nak mengemis perhatian suami. Lebih-lebih lagi stok yang duduk jauh-jauh macam kami ni, kan.


Tidur malam, masing-masing gigih menghadap dinding. Kat mulut kemain sumpah seranah tak nak kawan dua hari. Tak nak masak sedap-sedap lagi dah. Nak balik Terengganu cepat-cepat lah. Macam-macam lagi, Nauzubillah.


Padahal, dalam hati, sibuk merungut “cepatlah pujuk lagiiii, peluk kuat-kuat ke, cium dalam-dalam ke, takpun buatkan Milo ais kaw special ke. eishhh, cepatlahhhh tu pun tak faham-faham lagi ke?” Paling tak boleh blah, konon tak nak kawan dua hari, belum pun dua minit, dah menggelupur tak boleh tahan.


Mujur aku antara orang paling bertuah dalam dunia. Punya suami yang rajin nak melayan kerenah isteri tatkala diserang sawan raksasa tiba-tiba. Dan, paling penting, pandai memujuk walaupun dah terang lagi bersuluh, aku lah yang tertuduh bersalah dalam satu-satu hal tu.


Tu lah. Air yang tenang, jangan disangka tak ada buaya. Pasangan yang sentiasa nampak macam menawan keluarga bahagia pun, tetap ada pasang surutnya.


Asam garam rumahtangga. Tak mampu nak luah secara direct, kat sini lah aku muntahkan semuanya. Jatuh bangun hidup, sini jugak aku peram. Cerita sorak gembira, tak pernah kamu aku lupakan. Kamu pun dengan kecik tapak tangan sudi mentadah. Tanpa jemu.


Buat kesekian kalinya.

Kita sandarkan semua pada kenangan.

ewah.


hepi 012

Tengok. Mogok-mogok pun, kemain mulia lagi aku masakkan beraneka lauk-pauk buat bekalan stok untuk Cfu berbuka puasa sepanjang peninggalan aku pulang ke Ganu nun. Tinggal nak reheat dalam microwave dan masak nasik basmathi je. eisyy. Mithali betul. Bini siapa lah ni :p



HER : Entri tribute sempena Ulangtahun Pertama Xeatopia enam hari lagi. Terima kasih kerana sudi pinjamkan bahu untuk aku bersandar pada saat-saat perlu. Ciuman terbang untuk semua, Ai Lev Yu!

13 comments:

  1. haha.gigih hadap dinding??ahahhahahaha
    comel lah korang.. :)

    ReplyDelete
  2. how sweet...slmt tinggal kelab ;p,i dah tak dpt join ur club lg...nak letak jawatan timb presiden..hahaha..tp nnti kak suzie doakan utk awk ye ;-)

    ReplyDelete
  3. hehehehe adat org berkahwin tu xeea. nurul pun kalu majuk siap amik bantal tidu ruang tamu. kang suami yg pujuk masuk tido dlm bilik.

    ReplyDelete
  4. siapa lah aku untuk bersuara....berbanyak banyak le sabo yep.... :)
    *big hugggggggggg*

    ReplyDelete
  5. haha..dah name pompuan mmg camtu..x pasal2 hangin 1 bdn..kekdg xtau ape sbbnye kan ttb dah dtg puting berliung..ekeke..

    cume lelaki ni di harap mempunyai kesabaran yg tggi utk melayan isteri / awek mereka..ehehe

    ni link baru aku k.

    ReplyDelete
  6. xeea,
    gaduh tu mengeratkan kasih syg tau.
    :D

    ilefyutoo!
    kekeke
    take care ya.

    ReplyDelete
  7. haha..sama pesen ngan akak..ekeke..tp part tu yang best tambah erat kasih sayang..lagi2 yang dok pjj mcm kita...hehee..

    ReplyDelete
  8. huhuh kiter samer ar xeeaa..time mogok perang dingin tu nk pndnag pun xnk tp dlm hati gundah gulana..huhuu

    ReplyDelete
  9. alahaiii.
    tang tido masing2 ngadap dinding tu mmg tak boleh blah kan
    pastu curik2 toleh tgk muka dia
    sekali kantoi, dua-dua tak lelap lagi

    pastu kalau rasa nak trus kan lg cepat2 toleh dinding balik
    kalau tak.. cepat2 buang bantal
    peluk org tu..hahahaha

    alah, gaduh2 skit ni, biasa lah tu kan
    bagus lah ziha
    siapkan makanan untuk seminggu trus
    bertuah cfu tau
    kalau dia tak sedar..nak kena dia tu

    ReplyDelete
  10. elehhhh, nak ngada2 ngan cfu al tuhh!chaitttt! :P

    ReplyDelete
  11. ayat "stok jauh-jauh" mmg kene batang idung sendirik.
    sengih cam kerang busyuk bile bace citer awk sebab dok terbayangkan same je perangai ngan sy..
    yang tak tahan bile suami pun tunjuk majuk die bile kite tak makan pujuk..
    then siap bilang2 30 dalam hati, then pusing nak tgk suami buat ape.keh3..
    pastu set mase, dah agak2 boring buat mogok, nak berbaik semula, taknak masa yang sgt limeted utk bersama disia2kan mcmtu saje.bazir weh....
    loike ur stori mori.. (^___^)

    ReplyDelete
  12. hahahaha...mmg mcm tu laa kite pun kadang2. tp kamu bertuah, suami pujuk2 sampai kamu ok..hik2. Namanya pompuan, kejap je rajuknya...sbenarnya lebih kpd nak bermanja kan? setuju takkkk? :P

    ReplyDelete
  13. saloma :
    letih tau nak berlakon gigih gitu. heee

    k suzie :
    sedey taw kiteee. tsk. neway, all the best kat tempat baru!

    nurul :
    haha. sy pun selalu guna taktik usung bantal tidur kat hall. untung2, cfu dukung bawak masuk bilik :p

    sha :
    saba lah ni. kalo tak, dah terjun laut agaknye. heeee

    hantu ulam :
    kan? biasalah tu.
    ok. will update your link later.

    mrs syeddiz :
    betul betul betul.
    gaduh-gaduh sayang, kan. hikssss *gedik* lev yu back!

    hana dan lukman :
    yup. tu yg buat sayang dan rindu makin kuat, kan? ecehceh.

    aziyana :
    tu lah. boleh-boleh, taknak tengok muka dia. padahal, dari jauh dok jeling2 je. heee

    dayu :
    tak sangka. kita si bini2 orang ni, memang suka buat perangai gitu, eh. ingatkan, sy sorang je prangai buruk gitu. hee

    err. tatau la sempat sampai seminggu ke tak. cfu tu, jenis sekali hadap pun boleh habis!

    ungu violet :
    eh eh. jeles kah? ala. awak pun selalu buat camtu ngan ein kan? malu2 tanak mengaku pulakkk :p

    bicaraqalbi :
    tu lah. kadang2 mmg rasa rugi kalo merajuk lama2. dah lah masa yg ada pun tak lama. tapi, tu je lah cara nak tagih perhatian dia, kan? hee

    thanx neway. jangan serik datang lagi. you're most welcome here :)

    hanie :
    mujur lah. kot dapat yg malas nak layan, terkulat2 ler merajuk sorang diri. heee

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.