Tamat sudah tempoh masa yang dipinjamkan Tuhan selama dua minggu untuk berasa dekat dengan si belahan jiwa tercinta.
Syukur diberi peluang oleh-Nya untuk merasa nikmat bersahur dan berbuka puasa dengan insan terpenting dalam hidup walaupun dalam masa yang sekangkang kera. Kalaulah ditakdirkan aku 'tutup mata' tiba-tiba, aku akan pergi dalam keadaan redha dan berlapang dada sebab dah tertunai hajat yang didamba.
Kini, terpisah semula oleh jarak 500++km jauhnya.
Menjalani kehidupan 'bujang' seperti sediakala. Yang sini makan kari, yang sana makan megi. Kalau sini makan budu, yang sana gigit kuku. Begitulah adanya.
Semoga terus kuat.
Dan, kembali meneruskan rutin mingguan tanpa mengenal erti sangap. dan sembap.
Sebahagian daripada pelaburan tetap. Kalau digolok gadai, mau laku jugaklah nak buat down payment sebijik Honda. Saja nak simpan. Boleh jadik bukti alibi pada masa-masa yang tak terjangka akan datang. Boleh jugak jadik barang sentimental, kata orang.
Bila sebut pasal sentimental, teringat pulak masa baru-baru kahwin dulu.
Aku cukup aneh bila bukak je almari baju Cfu, ada beberapa helai 'kain buruk' duduk kat dalam tu. Setiap kali aku keluarkan, tengok esoknya dah ada semula kat dalam almari. Sampailah satu hari, aku nampak Cfu pakai 'kain buruk' tu. Ingatkan dia tersalah pakai ke apa, aku pun tegurlah,
"Kenapa pakai baju tu? Bukan tu kain buruk ke?"
Punya lah menyirap si Cfu bila aku buat statement gitu.
Rupa-rupanya, tu baju favorite dia. Dia kata, "ni LA Lakers, beb". Baju tu kira macam azimat laa tiap kali dia nak turun main basketball dulu. Pendek kata, tiap kali sarung baju LA Lakers tu alamatnya, dia mesti jadik star of game lah pada hari tu.
Sebab tu, dia masih simpan baju tu sampai sekarang. Dan, kalau boleh, nak diwasiatkan kat bakal anak-anak kami nanti kot. Tatau la macam mana rupa baju tu bila sampai tahun 2020 nanti. Sekarang ni pun, tiap kali lepas basuh, (kena guna net, ok. kalau tak, berbelit-belit kat baju lain) aku tak tau macam mana cara nak gantung kat hanger. Serebeh sana, serebeh sini, dengan benang koyak rabak yang berselirat. haih.
Mujurlah aku tak sempat buang dulu. Kalau tak, mau mogok lapan puluh lapan bulan gamaknya laki aku. Sejak tu, tiap kali kemas barang, mesti aku nak kena tanya dia dulu, satu-satu barang tu, penting ke tak, boleh buang ke tak, walaupun kalau kamu tengok memang dah takde rupa barang lagi dah. Memang dah layak duduk muzium pun.
Tu lah orang kata, tiap orang ada nilai sentimental masing-masing.
err.. tumpang lalu ye suami peliharaan ku sayang :p
HER : Pengajaran buat bakal-bakal isteri, selidik dulu barang sentimental milik suami kamu. Takde lah nanti, porak peranda rumah tangga hanya kerana kamu 'ter'buang harta kesayangan suami.
ha hah ha.. laki kta sepesen. baju sentimental suami terjd kain buruk oleh mak akak! dah hbs tempoh bermanja, sian.. kuat kan semangat. thn ni beraya d johor ke ganu?
ReplyDeleteahahhahahaha.tak tahan part cfu cakap,NI LA LAKERS BEB! adoi.. :))
ReplyDeletehubby kak suzie pulak suka kumpul kertas2 iklan yg ntah pape,kalo buang marah la dia...bila dia dah baca semua iklan tu baru dia bg buang..huhu..
ReplyDeleteawak punya tiket flight tu dah boleh buat wallpaper ;p
ReplyDeleteheheheheeh
ReplyDeletei tak sempat nak tanya
bila kemas almari
tengok baju tu mcm dah buruk giler
ngan selamba buat kain buruk lap dapur
siap gunting2 lagi kecik2 kan
nampak kat dia...
nyaris2 nak nangis dia dibuatnya.
seb baik dia tak ngamuk
uheuheu suke dgn entri ini :D Samalah, suami saya, kalau brg2 die jgn la diubah tempat, karang die dah tak dpt cari, die tak suke :P Tp si isteringa ni tak tahan tgk kalau duk sepah2...huhu
ReplyDeletehehe..comel la akak berdua ni..
ReplyDeleteNeway, saya la peminat blog akak yg jumpe kat jj melaka aritu.;)
rugi plak x amik gambo ngan akak...konon malu..pastu da smpai umah nyesal..uhuk..
alahai....nurul kalu dah nampak buruk jer barangsuami terus buang tanya2 suami. mcm mana tu ye.
ReplyDeletewah...sangat sentimental value....
ReplyDeletek tini :
ReplyDeleteoohh kalo kite jadikkan kain buruk, mau cfu mogok tak mandi seminggu! huu
tis very first raye kat ganu.
tsk. takpe. malam raye 1 suda terbang pulang johor. heee
saloma :
siap dgn mimik muka mulut senget2 tau. bayangkan je camana rupa.
suzie :
ape2 je barang sentimental dorang ni kan. huu
hidd :
haha great idea tuh. tak terfikir pun :p
dayu :
haha. dayu lagi kejam. kalau saya lah yg buat gitu, mati. haha
hanie :
kan? lagi sepah, lagi dia suka. sampaikan mase baru kawen dlu, cfu siap ckp dia dah tak kenal lagi rumah dia yg dulu. huu
butterfly :
hello awk!! *malu-malu*
tu lah. sibuk sgt pilih kasut. sampai tak teringat nak bergambar. takpe, next time jumpe, jgn serik nk tegur lagi, ok :)
nurul :
ikut hati, mmg nak buang je, awak. tapi tak sampai hati. huu
kcynodia :
heee. baju tu dah tahap antik kot.