Sunday, September 27, 2009

Ceritera Raya.

Sakan betul aku beraya.


Blog, fesbuk apa semua letak tepi. Baca komen pun sipi-sipi. Kamu patut ucap tahniah kat aku sebab berjaya mengharungi saat-saat genting pagi raya jauh dari famili. Menitik-nitik air mata masa bersalaman dengan keluarga sebelah mentua sebab rasa rindu sangat-sangat kat keluarga sendiri.


raya 033

Tahun ni jugak merupakan tahun pertama aku bagi duit raya kat anak-anak buah, sepupu sepapat dan pakcik makcik menakan semua. Selama 25 tahun sebelum ni, kerja menerima je.


Dah la first time, tup-tup terus nak kena bagi kat dua belah keluarga. Boleh tahan pokai jugak lah. Terkulat-kulat aku buat senarai untuk bajet duit raya yang penuh satu kertas A4. Tapi, terasa macam satu kepuasan pulak bila hulur duit raya kat saudara mara, diorang cakap terima kasih dan ucapkan moga terus dimurahkan rezeki.


Ucapan orang yang menerima tu kan umpama satu doa.


Lebih-lebih lagi yang keluar daripada mulut kaum keluarga kita. Lebih baraqah, gitu. Baru lima minit tadi aku berhabis 300 bagi duit raya, dan-dan petang tu jugak dapat berita yang online business Cfu tiba-tiba laku macam pisang goreng panas. Syukur.


What goes around, comes around.

Aku percaya yang lagi banyak kita memberi, lebih banyak Tuhan akan pulangkan semula kat kita. Insyaallah.


Oh, lupa nak cerita. Kat Johor, aku masih dapat duit raya, tau. Cfu pun merasa la tumpang sekaki. Boleh tahan jugak lah hasil kutipan kami. Lepas lah kalau nak buat beli beras segantang. heh. Mungkin kalau dah ada anak nanti, bahagian duit raya untuk aku tu, dah beralih tangan kot. Rezeki anak-anak pulak. ewah.


Nah, dah nama pun raya, mesti la ada gambar sekeping dua.


raya 035

Syawal pertama.

Gambar skema mesti ada.


raya 039

alohlohloh kiutnya dua-dua :p


raya 047

Selamat Hari Raya, Tok.


P9210140

Syawal dua.

Di Johor, jakun tengok rumah tinggi tok saudara.


raya 065

Pria-pria terhebat saya.


raya 061 Foto’gedik’ bersama bunda.

Syahdu pulak bila teringat pesan Mak masa bermaafan hari tu,

"Tahniah, dah beraya sebagai seorang isteri. Jaga hati suami dan keluarga mentua sepenuh hati walaupun hati sendiri kadang-kadang terguris. Adat bergelar isteri. Tu lah namanya asam garam rumahtangga." tsk.


raya 139 raya 084

raya 104 raya 127

Syawal tiga.

Ikut rombongan meminang hantar tanda.


raya 187

raya 186 raya 184

Syawal empat.

Pusing keliling rumah kawan-kawan terdekat.


raya 171

Syawal lima.

Singgah Kuantan, Juju naik singgahsana.


raya 167

Syawal seminggu.

Balik Ganu. Esok kerja bertimbun dah tunggu.

:(



HER : Tiba-tiba rindu gila kat Cfu cinta hati saya nun jauh di sana.

11 comments:

  1. seronok beraya kan! kak ziha tentunya double-triple seronok! eheee.

    selamat hari raya, kak ziha! =)

    ReplyDelete
  2. btul2..lg bnyk kiter kuar lg bnyk yg diterima..n btul jugk kt mak xeea..jg hti mertua walau hti sendiri terguris..uhuks..aperpun slmt kembali bekerja *masih mood raya, kerja pun rase berat jer*

    ReplyDelete
  3. sabar ye ziha,kak suzie doa satu hari nnti dpt dok dgn hubby.

    ReplyDelete
  4. mak xeea mmg super betul. sll terguris dlm diam :( moga trs bahagia n murah rezeki!!

    ReplyDelete
  5. ehh kamu nampak selim sedikit kan? ;) diriku yg menembun! bencik!!! gaga

    haa, dpt pun tgk juju..hehe tak berkesempatan kesana...tuntuan raya disebelah suami masih menanti waktu tu :D kalau tak, dpt kite bergedik bergambor kan xeea :P

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah, murah rezeki..

    sakan betul kamu beraya ye xeea!

    ReplyDelete
  7. cantik gambo I..thx ye sudi dtg..;)

    ReplyDelete
  8. tingginya rumahhhhhhhhhhhh..

    kad prime tu kad apa?

    ReplyDelete
  9. nurul tak bajet pun duit raya untuk budak2 sbb duit byk digunakan beli brg baby. awak ada buat business online ye?

    ReplyDelete
  10. anna :
    hee. mesti la seronok. nama pun raya. selamat hari raya jugakkk. jemput dtg rumah.

    aziyana :
    rezeki tuhan beri, elok lah dikongsi. bukan pergi kat siapa pun, kan.

    biasalah tu, kak. terguris sikit2. dgn keluarga sendiri pun selalu camtu ape. huu

    suzie :
    insyaallah.

    err. betul ke poli n kk dah confirm separate? mesti ade byk new position kat putrajaya nanti kan. dont forget let me know, eh.

    mrs syediz :
    maaf zahir batin, awak.

    tini :
    simpan dalam hati je la, kan. hee neway, thanx akak.

    hanie :
    eh eh. ai memang selim pun selama nih *muka innocent*

    kebetulan nk balik ganu ari tu, singgah sekali. tu lah. kalo tak, bole kite beramah mesra. ewah.

    ungu violet :
    amin. mesti la sakan. setahun sekali :p

    hantu ulam :
    mestilah. sebab ade muka ai sekali. heh

    saloma :
    kan? tu umah standby kalo jadik banjir besar kat Johor macam 2 taun lepas.

    tu tiket tol hiway pantai timur. negeri banyak duit jual minyak, tiket tol pun nak serupa macam kad kredit. hee

    nurul :
    rezeki lebih sikit taun ni. bolehlah nak bagi-bagi.

    suami sy punya bisnes, awak. kecik-kecik je. buat duit poket :)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.