Saturday, September 12, 2009

Syawal yang Dinanti.

Tahun ni merupakan Syawal pertama kami sebagai suami isteri.


Aku dan Cfu dah bersepakat nak sambut di Terengganu. Sebagai isteri, aku wajib mendahulukan keluarga sebelah suami. Tapi, jauh di sudut hati, dah tentu aku rasa berdebar nak menghadapi kali pertama sambut 1 Syawal jauh dari famili. tsk.


Perkara yang akan paling dirindu nanti dah tentunya waktu malam raya. Semua keluarga akan berkumpul kat rumah nenek di kampung dan Abah akan mengetuai laungan takbir raya beramai-ramai. Masa tu, akan terselit satu perasaan syahdu yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.


Lepas tu, layankan adik-adik dan anak-anak saudara main bunga api kat laman. Pasang pelita keliling rumah. Sambil tu, tolong arwah nenek anyam ketupat. Takpun, Abah bawak pergi bazaar tengah malam yang lelong kuih raya lima balang sepuluh ringgit. Paling best, baring ramai-ramai depan TV tengok cerita drama raya takpun Sampaikan Aidilfitiri sampai dinihari. Meriah.


Tak tahulah kat sebelah keluarga mertua nanti sambut malam raya macam mana. Malam 7 likur ni pun, aku tengok macam tak berapa meriah macam kat Johor. Satu, dua buah rumah je yang ada pasang pelita. Takde jugak pasang lampu warna-warni.


Bukan jadik adat kat sini, agaknya.


Paling rasa sayu, tiap kali nak berbuka puasa, akan terngiang-ngiang suara Abah atau adik lelaki tunggal mengetuai bacaan doa. Keluarga sebelah mertua jenis baca doa sendiri-sendiri dalam hati. Sebab tu, aku selalu meroyan tiap kali nak dekat waktu bukak puasa ataupun selepas nya. Rasa lain sangat-sangat. Lagi pulak suami takde di sisi. Makin dasyat lah penangan royan nya.


Tiap kali lepas Tarawikh pulak, semakin kuat rasa rindu nak balik rumah. Rindu nak 'moreh' lepas Tarawikh. Kat sini, habis sembahyang, masing-masing terus balik rumah. Takde toleh kanan kiri dah. Sebab sembahyang kat masjid besar kot. Lainlah kalau famili aku kat Johor nun, lebih gemar buat kat surau taman perumahan kami. Orang di kanan, kiri, depan, belakang, semua kami kenal. Tu yang rasa macam lagi seronok kot.


Walau apa pun, raya kat mana-mana pun sama je.


Asalkan dengan kehadiran ahli keluarga di samping kita, selagi tu lah raya kita akan lebih bermakna. Tak kiralah keluarga sendiri ke keluarga mertua. Dua-dua pun aku cinta.


Salam Aidilfitri buat semua.

Maaf Zahir Batin.

:)


xperiment 055 Rindu.



HER : Buat ayahbonda dan adik-adik, nantikan kepulangan Along pada malam raya pertama ataupun raya kedua nanti. Insyaallah. *Tak sabar*

13 comments:

  1. bila bersama y tercinta, hal y lain2 tu jadi terlupa ;).. apapun salam aidilfitri

    ReplyDelete
  2. rajin-rajin nanti kalau dah sambut raya di rumah mertua tu...

    ReplyDelete
  3. bc doa sendiri2 ek..sbnrnya itu sunnah nabi..nabi tidak membca doa secara kuat..erm samer la kite, thn ni beraya di umah mertua tp alhmdulillah kelurga mertua pun meriah..aperpun sabar yer, walaupun ader beza tp raya ttp raya

    ReplyDelete
  4. ape yang aku tau, Terengganu n Kelantan mmg x meriah pun kalo raya Pose ni..kang raya ke2 diorg sume dah cbuk berpose..then bile g raya umah diorg..ahhaa..air je diorg angkat..mknan xder sbb alasan da pose sunat 6..itu la alasan yg bese aku dgr kalo ikut abah aku raya kat kg die..ehehe

    Raya Haji baru diorg meriah..

    ReplyDelete
  5. isk isk, sedih. sabarla yer, raya kedua, pulun kt kg sendiri pulak :D
    Selamat hari raya buat kamu sekeluarga ;)

    ReplyDelete
  6. easyou :
    tu yg tak saba tunggu dia pulang. mahu lupakan semua perkara yang bikin hati berkalang. heh

    salam eidulfitri buat perantau
    :)

    kcynodia :
    ai memang rajin, oke. tak payah tunggu raye. sah2 laa aku hari2 mmg duduk sini. huu

    aziyana :
    hoho ye ke? thnx for the info.

    tu lah. msg2 punya adat sendiri. apa2pun, raya tetap raya, tak kira lah kat mana, kan?

    ungu violet :
    eleh. dah dua2 parents ngan in laws awk kan duduk bandar. nak blk kg apenye. huu

    hantu ulam :
    ye ke raya haji baru meriah? kalo gini gayanya, macam tiap taun raya pertama syawal kena kat ganu la. dah kate raya 2,3 dorang tak raya dah.

    kat johor nun, raya sebulan! heee

    hanie:
    biasalah. first time, kan. tipu lah kalau tak rase sedih. neway, selamat hari raya awak! duit raye? :p

    ReplyDelete
  7. nasib baik tahun ni raya belah saya. kalau belah adi, mmg meraung ler malam dgn pagi raya tu.

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya ziha,blk puchong let me know...owh dtg la beraya rmh i kat presint 9 ;-)

    ReplyDelete
  9. nurul sampai skrg lum decide nak raya mana. tp kalu ikut hati mesti nak beraya dgn family sendiri dulu kan. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  10. hidd :
    whoa. besh la. beraya kat kampung sendiri. neway, selamat hari raya, awak. jemput dtg rumah :)

    k suzie :
    jumaat ni, balik puchong kot. jom la dtg beraya. tapi kuih raye takde. hee

    nurul :
    raya kat mana2 pun sama je, awak. tp of cos laa kalau dpt raya pertama dgn family sendiri lagi best, kan. huu

    ReplyDelete
  11. wahhhhhhhh..bestnya raya kat johor.ni nk p carik sorang laki johor ni..ahahhahah

    ReplyDelete
  12. saloma,

    memang meriah raye kat johor. sebulan belum tentu cukup. heh

    kawen dgn org johor, pastu berebut lah awak nak balik beraya utara ke selatan dulu :p

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.