Monday, September 29, 2008

Makan Besar

Lama betul mengidam nak 'makan besar' bersama famili tersayang.

Makan besar di sini bukanlah bermaksud makan secara besar-besaran dengan selera yang besar, berlaukkan ikan kerapu saiz besar, yang dihidang dalam pinggan besar, bersama air tembikai gelas besar, dan diakhiri dengan bunyi sendawa yang besar. Juga perut yang besar.

Bukan. *angguk-angguk, geleng-geleng*

Makan besar bagi kami sekeluarga bermaksud, semua ahli keluarga tak kira saiz kecil atau besar, duduk berkumpul kat satu meja besar, kat kedai makan / restoran besar. Biasanya, acara makan besar hanya diadakan bersempena dengan sesuatu peristiwa besar dan bersejarah dalam keluarga. Contohnya, aku baru lulus ujian memandu kereta ataupun adik lelaki jadi juara lumba kuda.. err.. lari macam kuda. Lagipun, benda-benda best mana boleh dapat selalu, kan? Kalau selalu sangat, bukan makan besar namanya. Mungkin namanya ditukar kepada makan-makan sahaja. Ataupun jalan-jalan cari makan. Atau sarapan.

Makan besar kali ini agak berbeza daripada biasa.

Kali ini, aku menjadi orang yang 'diraikan' kerana bakal meninggalkan zaman anak dara. (iskk.. sangat sedih, ok. Dah tak boleh berpoye-poye sesedap rasa =p). Kiranya macam makan besar terakhir laa sebelum bergelar Puan Seri Afziha. Mungkin juga sebelum bergelar Mommy-to-be dalam tempoh masa dua tahun lagi (wahh.. perancangan keluarga yang sangat rapi.)

Menu makan besar pun lebih kurang sama dengan acara makan besar yang lepas-lepas. Nasi putih 7 pinggan (Aku punya dikurangkan separuh sebab tengah diet pengantin. Konon.) Ikan Kerapu dan Siakap 37 rasa, TomYam Aneka Rasa, Kangkung Belacan dan juga Sotong Crispy. Kadang-kadang, termasuk jugak Otak-otak barang 1.. 2.. 5.. hingga 11 batang.. err buah... err.. tak tahulah apa penjodoh bilangan yang tepat untuk Otak-otak.

Sebaik azan Maghrib berkumandang, tadah tangan baca Allahumma lakasumna.. tak sempat toleh kiri kanan, terus melakukan proses me'licin'kan pinggan mangkuk yang ada tanpa meninggakan sebarang sisa (kecuali sisa penyahtinjaan) Akhirnya, semua orang bergelimpangan kekenyangan (sangat huduh untuk digambarkan dengan perkataan.)


Tempat nih namanya, Medan Ikan Bakar Sabak Awor (mak oiii.. tergeliat lidah Jawa aku nak menyebut). Terletak kat pinggir bandar Muar, Johor (lalu 2nd link a.k.a jambatan ke-2 Muar). Berderet-deret kedai seafood ada kat sini yang boleh dikunjungi. Ala-ala Medan Ikan Bakar kat Umbai dan Serkam, Melaka. Maveles jugak laaa environment kat sini. Scenery paling menawan di kala matahari nak terbenam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Unggas berterbangan. Boleh layan open-air stall. Sampaikan ada yang sanggup berlaukkan 'TomYam hujan' semata-mata kerana nak sangat menikmati hidangan dengan ber'atap'kan langit dan disinari serta dilimpahi cahaya bulan dan bintang.

(oh-so-romantic. and wet. hahaha)


Dari segi facilities, Sabak Awor (tergeliat lagi) menang berbanding Umbai pasal ada surau dan tandas yang bersih dan cantik (walaupon kena bayar RM 0.30 hanya untuk membuang air yang kecil). Tapi, personally, aku tetap prefer Umbai dari segi hidangan seafood. Mungkin sebab dah bertahun-tahun tekak nih dah setia dibiasakan dengan Kerapu 3 rasa jenama Umbai. Mungkin juga sebab nama Umbai lebih sedap disebut berbanding Sabak Awor (lagi-lagi tergeliat).


Ya. Saya memang seorang yang sangat setia.

Dan jelita.

(kategori gadis berhidung 'pesek').

6 comments:

  1. aku pernah mkn kat sini..
    ikan bakar dia not bad..

    so , ni kira last mkn besar before tambah lagi ahli baru la ek?

    ReplyDelete
  2. wah
    org jb dah lame sampai sini
    aku yg mmg org sini pun baru jumpe
    huuu

    yer kot
    pasnih, abah aku dah kena tambah bajet utk 3 org makan
    cfu = 3 orang
    hahahaha

    ReplyDelete
  3. aku xtau la penjodoh bilangan 'otak-otak' but i just found out that kaki is used for mushrooms, as in sekaki cendawan.

    like, sudi berkongsi cendawan sekaki dua bersamaku?

    ReplyDelete
  4. byn >> oh, i likee! macam berkongsi sekaki payung pulak.

    ReplyDelete
  5. been there early august aritu bawak mak and my han... makan punya banyak sampai kembong2 pewot... yet my han sebut2 lagi dalam kunjungan baru2 ni bout this sabak awor... mau makan lagi kot kan... hikhik... tapi trauma kekenyangan terus takmo g dah...

    kwang3..

    ReplyDelete
  6. bole pulak trauma kekenyangan yer. slaloo org trau ma ketakutan jer. huu

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.