Baru pulang dari ibu negara.
Maaf tak roger.
Kepergian atas urusan rasmi (urusan kawin = separa rasmi).
Dek kerana tidur melebihi 8 jam, sekarang nih mata aku masih terkebil-kebil tak boleh nak lelap. Pandang kanan, adik kecik sedang nyenyak berdengkur. Pandang kiri, telefon sunyi tak menyanyi. Sang kekaseh tertidur keletihan gamaknya sampai terlupa nak mendodoi diri ini. Iskk..
Teringat masa naik Cepat Ekspres tempoh hari. Tangkak-KL makan masa kurang lebih 3 jam. Aku lebih suka duduk diam memerhati daripada berborak tak henti-henti. Bukan apa, kan tengah puasa. Kering tekak pulak nanti.
Nak dijadikan cerita, duduk seat agak terkehadapan, memberi lebih ruang kepada aku untuk memerhati dan juga mendengar.. err, 'mencuri dengar' sebenarnya.
Alkisah pakcik drebar bas (Baca : sawo matang, mata bundar, hidung agak 'pesek', tak berapa tinggi = melayu) berbual rancak dengan pembantunya (Baca : sawo matang, mata bundar, hidung agak 'pesek', tak berapa tinggi = juga melayu)
Pada mulanya, aku tak berapa nak ambil kisah dengan butir bicara mereka nan berdua itu. Tapi, bila aku terdengar satu perkataan yang keluar dari mulut pakcik drebar bas tuh, buat aku tiba-tiba rasa sangat teruja nak 'pasang telinga'.
Perkataan apa?
Jackpot.
Ya. Katalah apa saja. Aku mata duitan. Materialistik. Peduli apa.
Berulang-ulang kali aku dengar perkataan 'jackpot' keluar dari mulut pakcik drebar bas. Sang pembantunya pula, setia duduk di sebelah membelek-belek akhbar tabloid dari kulit ke kulit. Tapi, hanya muka surat bahagian belakang-belakang jer. Pastinya, bukan bahagian berita nasional.
Mulut pakcik drebar bas terkumat-kamit menyebut nombor 4 2 1 8 6.. 4 2 1 8 6.. 4 2 1 8 6..
Berulang-kali.
Dah jadi macam zikir. Kalau betul berzikir, takpe jugak. Menambah pahala di bulan Ramadhan nih. Ini tidak, berjampi nombor pulak. Kejap-kejap adjust bluetooth headphone kat telinga. Buat panggilan telefon merata-rata. Bukan reti nak fokus masa memandu. Mata sibuk melilau-lilau menjengah kat akhbar tabloid yang dipegang oleh pembantunya.
Lama memerhati. Barulah aku faham pokok perkara yang dikecoh-kecohkan oleh pakcik drebar bas dan pembantunya sejak dari tadi.
Nombor ekor, rupanya.
Ada umpan yang dah mengena.
Terus hilang mood aku nak memerhati dan mendengar err.. 'mencuri dengar' lagi. Mengenang orang bangsa sendiri.
HER : Tiba-tiba rasa nak tahu dari mana asal-usul 'nombor ekor'. Siapa yang cipta 'permainan' nih dan kenapa dinamakan 'nombor ekor'?
No comments:
Post a Comment
Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.