uwaaaa!!!
Tak lama dah tuh. *lompat-lompat atas katil*
Rasa seronok dan takut bercampur-baur. Seronok sebab ikatan selama hampir 5 tahun nih akan diakhiri dengan satu ikatan yang sah dan halal. Insyaallah. Kalau ada rezeki, tak payah dah duduk jauh-jauh lagi. Seksa tau percintaan jarak jauh (PJJ) nih! Tak percaya, tanya orang-orang yang PJJ macam kami.
1. Bil telefon melambung tuh takyah nak kira la. Lagi pulak jenis yang tak suka ber'sms' macam kami. Congak jer laa berapa duit kami keluar tiap bulan untuk bayar bil telefon jer. Mujur ada Digi Postpaid. Orang kuning sentiasa bersama kami. Cehh. Sempat promote lagi.
2. Duit minyak mengalir keluar macam air. Sorang kat KL. Sorang kat Johor. Sekali nak keluar dating, mau tak kopak duit gaji sebulan. Itu tak masuk duit tol, duit makan, duit tengok wayang, duit beli aiskrim, duit shopping dan err.. duit masuk toilet.
3. Perasaan cemburu yang membuak-buak setiap kali tengok orang lain masing-masing ada bf atau gf yang senantiasa di sisi. Boleh keluar makan sekali, pergi kelas sama-sama, study berdua.. pendek kata, semuanya boleh dibuat bersama, tiap masa, tiap ketika. Kan ke romantik tuh?
4. Ujian, godaan dan dugaan yang maha hebat. Perlu percaya, komitmen dan setia terhadap pasangan. Bukan mudah, tau. Yer laa, benda-benda yang melibatkan perasaan. Sendiri mau ingat la.
5. Rinduuuuuuuuuu. Eleh, betul la kan?
Oleh sebab itu, jangan ditanya kenapa kami ambil keputusan untuk berkahwin pada peringkat usia yang agak muda. Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan serba sederhana (Baca : aku masih tak bergaji. Mengharap ihsan tunang tercinta dan sponsor sahaja). Terlalu banyak cabaran dan dugaannya melalui PJJ nih. Itu belum termasuk dugaan di sepanjang tempoh perancangan perkahwinan kami. Terlalu banyak. Cukuplah 5 tahun.
Sementara ada masa senggang nih, jom intai sket kronologi persiapan perkahwinan kami. Memandangkan aku nih tergolong dalam orang yang agak cerewet dan perfectionist, kalau boleh semua benda aku nak buat sendiri. (Baca : lebih-lebih lagi aku tengah menganggur skang nih). Sampaikan lilit bunga manggar pun aku buat sendiri. Memang memenatkan. Yang penting, puas hati. Tak kisah la orang lain nak kutuk ke ape kan. Hasil buah tangan sendiri kan lebih bermakna. Ada sentimental value, gitu.
Ramai jugak yang tanya, apa warna tema kahwin bajet kami nih. Senang jer. Kami ambil berkat Syawal dan sempena Aidilfitri. Maka dengan itu, tema nya adalah warna-warni dan ceria di Aidilfitri. hehehehe.
Bermula dengan proses membersih, mengemas dan mengecat bilik sendiri. Memandangkan saiz bilik agak kecil, aku ambil keputusan nak tukar cat asal warna pink kepada warna vanilla yang lebih lembut. Bagi nampak macam luas sket laa kan. Warna siling pulak, dikekalkan putih. Grill tingkap dan pintu, tukar daripada hitam kepada caramel. Hasilnya, selamat tinggal bilik pretty in pink ku! Selamat datang bilik dewasa yang skema! gagaga
Masa temujanji dengan wedding planner. Sebulan sebelum puasa kot masa nih. Wedding planner aku nih jugak laa yang make up masa tunang ari tuh. Dia punya 'contact besar' dengan mak abah aku. Aku pun ambil kesempatan nak mintak 'diskaun besar'. hehe. Ambil pakej lengkap 2 hari 1 malam. Termasuk makeup, baju sanding, baju berinai, pelamin, meja makan beradap, bilik tidur, aksesori.. yadda..yadda.. RM 2000++. Still around budget. Syukur.
Proses design kad kahwin makan masa 1-2 bulan jugak la. Gambar atas kiri sekali tuh gambar original yang digunakan dalam kad nih. Gambar ke-2 tuh, selepas di edit dengan Photoshop menggunakan teknik 'carca-merba'. Gambar ke-3 pulak, contoh design yang berkenan di hati. Gambar ke-4 dan seterusnya, proses metamorfosis design kad setelah melalui proses suntingan, kritikan, kutukan, cadangan dan sebagainya. Gambar akhir sekali, design akhir kad kahwin kami. Pheww!
Proses design kad kahwin makan masa 1-2 bulan jugak la. Gambar atas kiri sekali tuh gambar original yang digunakan dalam kad nih. Gambar ke-2 tuh, selepas di edit dengan Photoshop menggunakan teknik 'carca-merba'. Gambar ke-3 pulak, contoh design yang berkenan di hati. Gambar ke-4 dan seterusnya, proses metamorfosis design kad setelah melalui proses suntingan, kritikan, kutukan, cadangan dan sebagainya. Gambar akhir sekali, design akhir kad kahwin kami. Pheww!
Dah susah-payah design, ambil masa 2-3 bulan pulak nak carik printing company yang sesuai. Yer laa, nak abadikan hasil kerja kita, mesti la nak cari yang betul-betul berkualiti. Akhirnya, syarikat Kanda Dinda yang menjadi pilihan. Syarikat orang Melayu. Harga pun berpatutan. Hasilnya pun sangat menepati piawaian kami.
Proses tulis alamat dan tampal setem pun aku buat sendiri. Itu tak masuk kad jemputan mak dan abah lagi. Beribu-ribu lemon.
Gadjet yang perlu ada untuk buat gubahan hantaran. Beli semua benda ni kat Ayer Hitam, Johor. Memang kat situ banyak pilihan dan harga pun berpatutan la.
Haaa.. yang nampak merah-merah sikit kat belakang tuh pulak hasil kerja gubahan hantaran untuk my cfu. Tema : Garden of Roses. Bagi kabur-kabur sket. Baru saspen.
Haaa.. yang nampak merah-merah sikit kat belakang tuh pulak hasil kerja gubahan hantaran untuk my cfu. Tema : Garden of Roses. Bagi kabur-kabur sket. Baru saspen.
Ini pulak bunga telur dan rosette. Duit seringgit kat rosette tuh aku buat sendiri guna teknik 'lipat dan lilit'. Rosette nih untuk orang-orang yang datang rewang jer tau. Yang tak rewang, memang sah-sah takkan dapat. (Baca : Rewang = gotong-royong. Kat sesetengah tempat jer yang masih amalkan rewang nih. Esp. kat kampung-kampung dan taman perumahan yang ada pertubuhan pakatan penduduk yang kuat.)
Tuala Good Morning nih pun untuk orang-orang yang datang rewang jer. Untuk buat lap peluh laa konon-konon. Dah memang jadi macam tradisi kat taman aku, mesti bagi tuala sebagai cenderahati kat orang yang datang rewang.
Tuala Good Morning nih pun untuk orang-orang yang datang rewang jer. Untuk buat lap peluh laa konon-konon. Dah memang jadi macam tradisi kat taman aku, mesti bagi tuala sebagai cenderahati kat orang yang datang rewang.
Goodie bag. Dibeli secara online daripada Garden of Galleria. Cantik-cantik souvenir yang dijual kat sini. Harga pun ok. Sesuai la untuk kahwin bajet macam kami.
Semua nih, barang-barang sponsor. Ihsan orang-orang taman aku yang berhati tulus dan qudus. Sebelah kiri sekali, beras Faiza Basmathi 10 kampit. Satu kampit RM 60. Kalau 10 kampit? Mau pengsan abah aku nak membalas nya nanti. Kerepek ubi dan kerepek kacang hijau 2 kampit besar. Telur masin 2 kotak. Terima kasih semua.
Semua nih, barang-barang sponsor. Ihsan orang-orang taman aku yang berhati tulus dan qudus. Sebelah kiri sekali, beras Faiza Basmathi 10 kampit. Satu kampit RM 60. Kalau 10 kampit? Mau pengsan abah aku nak membalas nya nanti. Kerepek ubi dan kerepek kacang hijau 2 kampit besar. Telur masin 2 kotak. Terima kasih semua.
Ini pun orang taman sponsor. Bekas telur yang dibuat sendiri hasil anyaman surat khabar lama pastuh, disembur dengan cat minyak. Ada la dalam 500++ biji.
Yang nih bukan sponsor. Berangan nak beli satu lagi cadar Jean Perry kat Home's Harmony sama macam yang dibeli untuk belah Terengganu. Tapi, budget tak mengizinkan. Akhirnya, set Jewel kat Jusco yang menjadi pilihan. Kita ukur baju di badan sendiri.Cukuplah kot.
Kalau sempat, nak buat Sneak Peek Part II, III, IV ... dan seterusnya.
Tungguuuuuu!
HER : Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan. Amin.
Kalau sempat, nak buat Sneak Peek Part II, III, IV ... dan seterusnya.
Tungguuuuuu!
HER : Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan. Amin.
Nanti aku nak srh ko wat design hantaran aku plak..hahaha...
ReplyDeleteehh...aku tu momo..terguna id lain plak..sorry
ReplyDeletegeea.... tak sabarnya nak tunggu hari bahgia tu... hehehehe... driver sudah ditempah tauuu... lalalla, habisla qawar kene kerjakan ngan atun... nway, all the best untuk persiapan terakhir key!!!
ReplyDeletemomo >> boleh jer. yang penting, fulus nya ada.
ReplyDeletemane ade benda percuma kat dunia ni kan?
hehehehe
tiffany >> wah. siap tempah drebar lagi. one more thing. hadiah besa utk geea. =p
bestnyer dah nak kahwin..
ReplyDeleteaku pun dah x sabar nak kahwin ni(baca: nak meng-halalkan cara)
camne ko kumpul duit ziha??
aku ni try kumpul2 x bole lagi..
duit aku abes kat shopping, travel n entertainment ni(hidup aku x aman tanpa benda2 ni)..
majlis sehari tp habis ribu-riban..
kalau budget 1K apa yg dapat??
gile cheapskate aku..
al >> nak citer bab kumpul duit nih, tak cukup 2-3 entry. hehe
ReplyDeleteaku pon kinda shopaholics gak. tp, kena sacrifice sket la. skang nih, tgh gian gile nak sopping mega sale. dah bape taun aku tak pi.
berjimat nye pasal. prinsip kami senang jer, 'SAVE THE BEST FOR THE LAST'.dah bergaji nanti, siap la. aku sopping sampai pengsan~
psstt.. btw, kami ade gak wat sikit investment. bisnes online kecil2an kat eBay. bole la tambah income sket2. tapi btol aa kate orang, lagi dekat nak kawen, lagi murah rezeki kita.
tak caya, try laa. hehe
nak wat sederhana, jd mcm 'besar' gak. mane tak nye, sume nak. Yer laa, kate seumor hidup sekali. ade mase nanti, aku wat entry pasal bajet kawen plak.
p/s : komen dah macam entry =p
waaaa..bgs nye ko xeea...byk org sponsor..hoho..aku pon cm ko gak nnt..hoho...
ReplyDeletetp yg bestnye korang ni..byk sentimetal value..memoriable betul la..caya la...
bagus, bagus..
ReplyDeletebuat entry pasal budget..
aku ske
cik oren >> tuh la. sgt2 bersyukur. kalo tade org sponsor, kawen koboi la kitorang, juju. hehe
ReplyDeletewe both kinda romantic type. suke mende2 yg sentimental gitu. =p
al >> nti aku selongkar balik budget list kami. tungguuu