Tuesday, September 23, 2008

Resipi #01 : Honey Cornflakes.

Dalam kekalutan nak naik pelamin nih. ehem. Sempat jugak curik-curik masa nak buat kuih raya. Lama betul rasenye tak buat kuih raya. Setahun kot (padahal memang buat kuih setahun sekali jer.)


Tahun lepas memang tak sempat nak buat. Pasal tengah bertungkus-lumus sambung belajar Master. Cuti raya pun tak lama. Balik-balik cuti raya pulak, kena bertungkus-lumus buat persiapan untuk bertunang. Ada tempoh lebih kurang 3-4 hari jer masa tuh. Memang tunang koboi la. Mana tak nya, takde angin, takde ribut, tiba-tiba ada rombongan sambil belajar err.. sambil meminang nak datang. Konon-konon nak buat simple jer. Setakat sarung cincin la. Tapi paham-paham laa kan. Jiwa sentimental macam aku nih. Mesti laa nak buat majlis sikit. Ambil gambar sikit. Makan-makan sikit. Hantaran sikit. Make up sikit. Lepas tuh, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Siap ber balai-balai bagai. Sampai ada yang ingat aku nak menikah. Semua tuh berlaku pasal penggunaan ayat tipikal 'sekali seumur hidup' yang terlalu kerap.


Berbalik kepada kisah kuih raya tadi.


Dah memang tradisi, ada 3 jenis kuih wajib yang kami; adik-beradik selalu buat.

Honey Cornflakes.

Famos Amos Chocolate Chip.

Moist Chocolate Cake.


Tiga nih laa. Kalau takde 3 kuih nih dihidangkan kat rumah kami masa raya, maka penyimpan mohor besar raja-raja seolah-olah mengisytiharkan yang kami tak beraya la tahun tuh. Macam tahun lepas. Memang takde feeling raya langsung. Aku yang nak bertunang, dengan adik-beradik aku semua rasa macam nak bertunang sekali BUKAN nak raya.


Bagi menebus kembali suasana yang hilang pada tahun lepas, walaupun tahun nih peristiwa tuh hampir-hampir berlaku lagi pasal aku nak kahwin masa raya jugak, maka aku pun menggagahkan diri dan nekad nak buat kuih raya. Walau apa badai yang mendatang. Kecuali datang penyakit M.A.L.A.S. hehehehe


Siri kuih raya pertama. Honey Cornflakes.
Biskut raya paling senang dalam dunia.


Bahan-bahannya :

Sangat senang. Boleh didapati di mana-mana pasar raya, di 7-eleven belakang rumah aku, di kedai runcit harga patut Kumaran mahupun di dalam almari stok makanan sebulan yang dibeli oleh mak kami.




1. Cornflakes - 1 kotak besar. Nak dekat raya nih, siap ada free 50 g lagi dan satu resipi biskut raya kat belakang kotak.

2. Madu - 1 jar. Beli yang dah siap-siap dalam jar tau. Tak payah susah-susah nak sukat dan timbang. Add math aku masa SPM dulu pun bukan bagus sangat. Salah sukat kang, tak menjadi pulak.

3. Mentega - 1 bar. Dicadangkan Buttercup. Sebab lebih menjilat jari.


Cara-cara nak buat pulak? Lagi senang.


Cuma cairkan mentega bersama dengan madu. Campur sekali. Kacau sampai sebati. Baik-baik, api jangan besar-besar, nanti menjadi lawan. Dah siap cairkan, angkat, dan biar sampai sejuk. Tunggu la dalam beberapa minit. Selalunya, makan masa 1/2 jam jugak la. Biar je. Biarrrrrrrrrrrrrr je la. Jangan usik-usik dah.



Dah sejuk, barulah boleh digaul bersama Cornflakes sekotak tadi. Gaul lah dengan sesuka hati sehingga betul-betul sebati. Kalau kita gaul masa tengah panas tadi, dikhuatiri Cornflakes dah tak rangup lagi. Segan laa nak bagi mak mertua makan nanti. Jatuh saham.


Dah habis gaul, guna sudu besar, masukkanlah dalam mangkuk kecil-kecil. Ulang langkah ini, sampai siap. Jangan tiba-tiba datang penyakit 'M' pulak. Terbantut kuih raya nanti.


Ulang langkah tadi kurang lebih 100 kali, siap untuk dibakar. Tetapkan suhu oven kepada 180 darjah celcius, bakar dalam masa kurang lebih 10 minit. Tunggu sampai oven dah bunyik 'tinggg', gunakan sarung tangan untuk keluarkan, dan siapppp!!!


Biskut dah sedia untuk dimakan. Dan boleh juga dicanang ke seluruh kampung, tayang kat mek siti kepoh, yang kuih nih dibuat dengan air tangan sendiri. Biar menganga dia tengok sampai meleleh air liur. Tak lupa juga di 'tapaw' untuk kekasih hati tercinta untuk dibawa pulang ke desa, bagi bakal mak mertua rasa dan tahu bahawa bakal menantu dia nih, agak berpotensi jugak laa nak membela perut anak lelaki kesayangannya nanti.




Senang kan?


Sesetengah orang suka tabur kacang tanah atau badam yang dihiris halus-halus sebagai hiasan. Tak pun letak ceri merah ke, ceri hijau ke. Bagi ceria sikit la. Tapi, kami; adik-beradik suka yang plain jer. Lebih jimat dan nikmat. Less is more, right?


Sekian sahaja rancangan Ketuk-ketuk Kuih kali ini. Kita berjumpa lagi pada episod yang akan datang.


Selamat mencuba!

3 comments:

  1. haha..bgs tul ko ye xeea..dlm kelam kelibut nak kawen sempat lg bwat kuih ry...wa suspect la sama lu!hehe

    ReplyDelete
  2. waaa..dah nak kahwin afziha rupanya!!!

    emmm..blog masakan ke?? ehe :)

    ReplyDelete
  3. cik oren >> i kan super woman. ngeh ngeh ngeh


    mayuli >> blog 'carca-merba' nihh. welkam, neway! =)

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.