Tuesday, November 4, 2008

Bersenang-lenang lagi.

Masuk hari ke-2 kat A' Famosa Resort.

Masalah loya dan muntah-muntah aku semalam agak kritikal. Hingga terpaksa dikejarkan ke klinik berdekatan sebaik saja aku sempat publish entri semalam. Dikhuatiri keracunan makanan. Mati-mati aku ingat aku sedang sakit kelaparan. Sungguh ironik, bukan?

Balik dari klinik, telan 2-3 jenis pil, terus tumbang tak sedar diri sampai pagi. Gila kritikal. Doktor cuma cakap, aku keletihan. Exhausted. Apa kejadahnya? Apa yang aku buat sampai letih begitu. Selain keletihan melayan bosan. Mungkin letih dari hari tuh tak habis-habis lagi kot. Pindah rumah pulak. Iye lah kot. Ngada-ngada betul.

Hari nih, rasa sihat sikit. Tapi, pening kepala masih tak hilang. Dalam pening-pening tuh, aku dok merayau keliling resort. Mencari makan dan...teman. Hampir semua orang aku tegur. Mat bangla jaga pun aku ajak borak sekali. Ada gak layan borak ngan kapel Mat Salleh yang mintak tolong aku bawakkan dorang berjalan-jalan sekitar resort. (Aku perasan bagus. Macam laa dah hafal jalan. Padahal pergi sini pun ada laa dalam sekali dua jer.)

Dah penat berjalan, perut pun lapar. Orang lain siap berkot, berkasut tumit tinggi bagai, pusu-pusu pergi Cafe, aku dengan jeans Levi's reput, selipar jepun, pun sibuk-sibuk masuk Cafe nak makan.

Pura-pura pandai baca peta di depan kapel Mat Salleh.

Mee Mamak Rm 14. Sila beliakkan bijik mata.

Lorong Haji Taib ke Club House.

Cafe di Club House memanggil-manggil, "Mari! Mari! Buffet RM 38 seorang. Mari! Pokaikan duit kompeni laki anda!"

Cencaluk mesti ada walau di mana jua berada.

Menikmati suasana hijau selepas makan. Elok untuk sistem penghadaman.

Sudah kenyang, pulang ke hotel, layan Nickelodeon, buat taik mata dan juga 'peta'.


Begitulah rutin hidup saya hari ini. Sekian.

5 comments:

  1. hahaha..best betul idup ko xeea...nk ikut la..hahaha

    ReplyDelete
  2. dah berapa kilo berat badan ko naik?
    huhuhu

    ReplyDelete
  3. Gambar makan takde ke, haruslah ko makan puas puas kt situ, bile lagi nk merasa. Hohohoho..

    ReplyDelete
  4. good girl >> feel good here. welcome. =)

    cik oren >> meh! meh! join my club. hari senang-lenang sedunia.

    al >> buat masa ini, alat penimbang adalah subjek alahan buat aku.

    momo aiza >> aku makan terlalu banyak. tak boleh siarkan gambar. dikhuatiri semua orang akan terliur kesengsaraan.

    ReplyDelete

Tak baik marah-marah, tau. Cepat kedut nanti.